Friday, July 20, 2012

Atkins dan bulan puasa .

Assalamualaikum..

pertama sekali , korang jangan menggedik ye nak buat mukat terkejut :wah! dzul update! ajaib!" ..
dan macam biasa , sila baca dari bab 1 dulu..soalan yg berulang , tak akan dilayan kecuali jika anda perempuan bawah 25tahun..haha..


**********************************************


macam yang dah dijanjikan..aku nak update pasal diet atkins di bulan puasa..
sebelum melalut dengan lebih panjang , aku bagi sedikit peringatan ye..sikit je....maybe banyak..huhu
dalam ni aku cerita macam mana nak diet masa puasa cara Atkins.so , apa yang aku tulis , itulah yang boleh . ikut lah cenggitu . kalau korang nak modified bagi lain , itu terpulang kepada korang nak buat diet apa pun..cuma aku ingatkan , kalau diet tu , makan and makan..jangan gantikan makanan dgn benda bukan2...


ok..
konsep masa diet atkins di bulan puasa , aku suka guna ratio 2:1 .
membawa maksud ..
2 untuk sahur , 1 untuk berbuka.


contoh . 1 saiz hidangan atkins 
ayam 2-3 ketul air 5-6 gelas , sayur 1 mangkuk 
ayam tak kisah ayam apa , cuma..kalau ayam tu berkuah , jangan ambil sangat kuah dia..


ok..kalau waktu sahur kena makan dalam saiz hidangan 2 . maksudnya .. ayam korang akan jadi dalam 6 ketul , air dekat 10 gelas , dan sayur 2 amngkuk . kenapa? sebab korang perlukan tenaga yang banyak untuk aktiviti harian . air banyak tu jangan lupa!!!!  dan jangan juga lupa mutivitamin .

waktu berbuka pula ambil 1 saiz hidangan.kalau lebih sedikit tak jadi masalah punya . kalau dapat bersenam lagi cantik.


tips dia senang je ... JANGAN KANTOI!! kalau tak kantoi , korang konfirm berjaya!!! ni bukan macam exam dalam u kalau kantoi boleh try next sem weih..haha


apa2 soalan tanya je kat bawah ok??
info , kurma 1 biji 5g carbs .. terpulang kpd korang mcm mana nalk organize dia ok..


minta jasa baik korang untuk like page  Givephotovideo


dan add fb saya ( dzulfikri zulkifle )


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yg MULIA . SEMOGA BERTAMBAH PAHALA  dan KURANGLAH DOSA . insyaALLAH


.........

Wednesday, July 18, 2012

Raub !!

Assalamualaikum..

pertama sekali , korang jangan menggedik ye nak buat mukat terkejut :wah! dzul update! ajaib!" ..
dan macam biasa , sila baca dari bab 1 dulu..soalan yg berulang , tak akan dilayan kecuali jika anda perempuan bawah 25tahun..haha..

******************************

aku tau apa yang korang tak sabar sangat nak aku update?
pasal Atkins masa puasa kan???
yes aku tepat sekali!!!

kalau nak aku update pasal puasa , boleh..tp 1 syarat..korang kena bagi aku update pasal tourism malaysia dan kementerian pelancongan dulu sebab dah belanja www.taknakgemuk.com 1 trip yang sangat la besttt!!! nanti lepas aku dah update pasal ni , lusa pagi , lepas pukul 6am , bunyi je kokokan ayam jantan yang pertama ,aku update pasal puasa terus . (kat sini mana ada ayam .yesss)

pada 13 julai yang lepas , acara yg penuh gilang gemilang ,berkelipan dan lagi terang daripada lampu motorsikal telah diadakan di Raub , Pahang . iaitu Majlis Pecah Tanah Perhentian Bas baru di Raub
KERtama sekali, mari aku cakap..aku ada pakcik di raub.dulu aku pernah pergi raub . dah lama la..last masa sekolah menengah kot.sekarang aku dah belajar kat Unisel (saja nak mention) huhu.


Aku mesti katakan yg Raub sangatlah maju sekarang . ini semua atas usaha DatoDr Ng Yen Yen ingin menjadikan kawasan raub sebagai kawasan eko-pelancongan .
i told u my pren , kalau nak bercuti melawat kawasan yg ala2 sekolah lama (old school) silalah datang ke raub . pelbagai aktivit dan kemudahan yg disediakan . 
tempat penginapan? selesa gila weh . haritu kami tidur di Hotel Jelai . semuanya ditaja . terima kasih Tourism Malaysia dan kementerian pelancongan ..:)


perhentian bas Raub akan mendapat nafas baru.maksud aku nafas baru tak bermakna yg perhentian bas tu boleh bernafas macam kita . jangan tadika sangat ok .perhentian bas baru di Raub akan dilengkapi dgn kemudahan2 asas yang serba baru macam baju raya korang tahun ni . 
Ok , ni ada beberapa gambar ..


Jangan lupa melancong di Raub!!!!!














itu ada sedikit gambar dari Raub ... nanti aku akan upload video pulak.. thanks tourism malaysia and kementerian pelancongan kerana menyuppport www.taknakgemuk.com !! :D




aku janji , lusa aku akan update pasal puasa ok?? :)




********************************************************************


jangan lupa yang untuk join otot kalau korang nak lebih mudah dalam diet , tak perlu baca panjang , dzul yang terangkan face to face..heheh . KLIK sini

Tambahan lagi , Give photography ada buat promosi untuk video kahwin . KLIK SINI