Monday, May 21, 2012

Pengumuman.. Berehat!

Assalamualaikum..

ok , macam biasa , baca dulu daripada bab 1 dan khatamkan semua isi kandungan blog sebelum korang keluarkan apa2 soalan.ini untuk mengelakkan sebarang soalan pelik seperti kenapa motor tak ada tayar spare..


************************************************************



Saya akan berehat daripada segala urusan berkaitan dengan www.taknakgemuk.com untuk 3-4 hari bagi memberi ruang kepada sy menyelesaikan segala urusan untuk saya masuk ke Universiti .


diskaun 20% untuk OTOT untuk masa ini! :D
KLIK


Harap anda faham..segala soalan akan dijawab oleh admin saya... 




Wednesday, May 16, 2012

Senaman??!!!

Assalamualaikum..
haipp..jgn buat muka terkejut dzul update blog ok? mulai sekarang nak berubah , nak jawab semua komen dgn cepat dan rajin update blog untuk mengelakkan rindu korang semakin membuak buak...


ok , macam biasa , baca dulu daripada bab 1 dan khatamkan semua isi kandungan blog sebelum korang keluarkan apa2 soalan.ini untuk mengelakkan sebarang soalan pelik seperti kenapa motor tak ada tayar spare..

www.taknakgemuk.com juga dalam usaha untuk refurbish(aku sendiri pn takpaham maksud dia) balik blog ni , mana2 perkataan yang terlampau singkat yang menyukarkan pembaca yang lebih berusia untuk faham ,akan diubah semula... seriously aku rasa aku ni sangat prihatin..haha..

ok,good news! discount 20% untuk OTOT sepanjang mei ini..klik SINI untuk mendapatkan maklumatnya,,,
Rugi kalau tak join OTOT ni , macam2 dapat...heheh


Penjualan ebook masih berjalan seperti biasa..KLIK SINI

Saya aktif di FB sekarang..ini akaun facebook sy.. lagi aktif drpd bersukan..

*************************************************************

Ok , cerita sikit pasal exercise..

Dr. Atkins ada kata , (dalam omputih la , bila masa Dr. Atkins jadi melayu kan )
"exercise is non negotiable" ... kenyataan ni tak membawa maksud yg exercise ni macam business online , boleh nego2..huhu...

Maksud dia , exercise ni mesti ada.
Ada yang bila buat diet , langsung taknak exercise... apa kau fikir buka peti ais ambil makanan tu kira exercise ke?

Yang menjadi persoalan sekarang ni , ramai tanya , perlu ke buat exercise macam bodybuilder? Macam mana pulak kalau makcik ni dah berusia dan tak larat nak exercise?

Bila cakap mesti exercise , tak bermakna kena exercise gila2...jangan jadi taksub sangat... kecuali la kalau berkemampuan... Korang boleh buat weight training , cardio , interval , masing2 ada kelebihan tersendiri...tapi kalau dah berat 120kg ke atas , nak jalan pun sakit lutut , yg kau pergi buat full squat tu apesal , nanti injured , last2 tak boleh bersenam langsung..ape cite???

ikut kemampuan , asalkan ada senaman.. jangan ambil risiko kalau tak mampu.. kalau agak2 angkat gula 2kg pun dah boleh patah tangan , gatal weight training dgn 10kg nape?

apa yang aku cuba maksudkan sekarang ni , kalau kita dapat injury , lagi hampeh tak dapat exercise...dannnn...berdasarkan observation sy , orang2 yang terus buat senaman gila2 , hanya akan kekal bersenam buat sementara waktu je..sebab nanti dorang akan boring..ha , ini penting , buat exercise yang korang enjoy .. katakanlah suka joging , joginglah..nanti bila badan dah boleh gerak banyak , dah rasa ringan , buat weight training..  jujur aku cakap , masa berat aku 150kg , mana mampu aku buat weight training? just boleh jalan2 kat taman je tengok gadis2 yang bukannya boleh dapat pun..haha...

Taknak exercise? ok.. bayangkan sekarang ni korang dalam KETOSIS...dah ready ni nak bakar lemak.. tapi korang buat bodoh je , tak gerak... mcm mana loemak tu nak hilang kalau lemak tu tak digunakan WALAUPUN masa tu korang tengah ketosis...

banyak lagi aku boleh meraban , tapi aku undur diri dulu lah , nanti korang bosan dengar panjang sangat..(bukan korang dengar pun , korang baca..kannn..)





***************************************************

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul