Friday, February 25, 2011

Jawab soalan

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua follower taknakgemuk dan pengguna jalan raya . Sila baca daripada bab 1 supaya anda semua tahu ape kejadahnya diet ini . Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang soalan yang berulang . Soalan berulang kemungkinan tidak akan dijawab akibat ... entah , aku pun tak tahu .. jadi , baca je dari mula dan berhati hati di jalan raya ok ?

Setiap maklumat yang aku dapat pada peringkat awal mungkin tidak lengkap , jadi , ada kalanya bila aku baru sedar daripada angan yang aku ni tersilap , baru la aku mengaku aku bodoh dan membetulkan kesilapan yang ada . sebab tu kena selalu Usharrr blog ni ye ? uit ..jangan doa aku jadi bodoh , mampus aku dalam exam nanti ...

*************************************************

Ok , masalah yang sering korang buat..benda ni la yang buat korang kantoi dalam diet korang...bende ni jugak la yang buat korang sedih , menangis , atau menari tanpa memakai sebarang baju .

Apa kesilapan yang korang buat?

sebelum diet , korang dah set dalam otak "aku nak diet gila2 , aku nak kurus!" .
Ye , penyataan tu tak salah , tapi cara yang korang gune terlampau salah . Silap2 bukan kurus yang korang dapat , tapi sakit yang korang dapat...Bila korang sakit , siapa lagi dapat? Hospital gak dapat duit korang kan?

Disebabkan korang nak turun berat cepat , korang mula skip makan ... Ha , pemikiran "sekolah lama" , Kalau tak makan mesti kurus.. siapa cakap ? Dalam post2 yang lepas aku dah cakap dah , jangan skip makan ... Jangan biarkan metabolisma kita jadi rendah ... Semakin sikit kita makan , semakin sikit jugak la nutrisi yang kita dapat..mungkin boleh kurangkan berat badan untuk jangka masa pendek , lepas tu ? bila korang makan balik macam biasa ? then kalau korang sakit pulak macam mane ?

Sebab tu korang mesti khatamkan blog ni sebelum korang nak mula..prepare dulu semua barang2 yang diperlukan . Nak lagi semangat ? beli baju kecil awal2 , nanti dah kurus kan senang , baju besar yang lame tu buat je kain lap tingkap atau lepas ni atau edit bagi ajdi wallpaper rumah...

Rules diet hampir semua aku dah cerita kat blog , jadi khatamkan semua dulu dan pastikan korang ikut update terkini sebab ade maklumat yang aku silap tulis dahulu dah pun dibetulkan dalam post baru.. Sama jugak kalau bila buat diet ni berat tak turun , kita kena check balik apa silap kita..dan pastikan korang dah baca bab 31...dalam atkins , berat tak penting,yang penting saiz kite turun...

Paling penting , ingat , jangan skip makan !

*****************************************************

Ok , nak jawab soalan...takkan aku plak nak bagi solan kan ? sape yang nak jawab nanti,,,

Soalan :

kenapa dah minum banyak2 tue perut jadik boyot? pastue ashik kencing jek... dalam 30 minit sekali... huuuwaaaaaa penat tue nak gi toilet jauh pulak tue kalau time kerja... tolong...tolong jawab

Jawapan :

yup , bila kita salu pergi toilet tuh la maksudnye air yang kite minum dah cukup..paling penting , check urine kite , warne putih tak .. die mesti jernih ... n paling best , die tak berbau tau..aku tak suruh korang bau air kencing korang ok? Air banyak membantu korang dalam diet ni .. Sebab tu aku kate MESTI minum air banyak... Mesti ! Air suam ok..
Pasal perut ? mule2 masuk tu maybe la , tapi ingat , air yang lebih akan keluar , die takkan stay je dalam tu..Mane ade gemuk air ..

Soalan :

Susu boleh minum ke tak ?

Jawapan :

Tak boleh ! Susu carbsnye sangat tinggi .. biasenye 1 cawan dalam 10g... Susu paling rendah carbs pun aku pernah tengok , susu high goat tu... tu pun dekat 5g..tinggi jugak tu,..,tak berbaloi..

Soalan :

salam dzul...aku nak tnya sikit..sikit je tak banyak..aku ni dh 4 hari wat diet Atkins ni..tp masalah aku,aku minum air suam selepas makan..boleh ke dzul??ader ape2 effect tak utk diet aku??seperti lambat turun ke??harap dapat menyelesaikan masalah yg membelengu aku selama ni..tq.

Jawapan :

Masih tak ade fakta sains yang tepat pasal waktu minum.. Pemerhatian aku , memang susah berat nak turun kalau selepas makan...Dalam islam pun digalakkan minum sebelum kan ? Kalau ikut ape yang aku try , bile minum selepas makan , memang tak berkesan sgt..

Ok , aku ni pun dah macam kaunter pertanyaan kan ? huhu..

*****************************************
Soalan2 yang korang tanya dalam post yang lepas , kejap lagi aku jawab dalam post tu ok ?

Ok , nanti bagi la apa2 soalan ok..tapi jangan la tanya soalan " mana keluar dulu , ayam atau telur" . Tu soalan untuk yang dah lama tak makan ... Kaki , tangan , kasut ...

Ok , stakat ni je , jangan lupa klik apa-apa yang berunsur iklan dalam ni ok ? setiap bantuan anda amat dihargai .. atau pun ,,, tolong la klik , aku merayu ni...huhu..klik yang dekat nuffnang tu ...

Letak link blog korang dekat bahagian komen dan kita akan exchange link ok ? taknak ? taknak sudah .. Merajuk .. ~...~

Sekian...Assalamualaikum...

Wednesday, February 23, 2011

Resipi : Chicken Cheese Soup

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua follower taknakgemuk dan pengguna jalan raya . Sila baca daripada bab 1 supaya anda semua tahu ape kejadahnya diet ini . Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang soalan yang berulang . Soalan berulang kemungkinan tidak akan dijawab akibat ... entah , aku pun tak tahu .. jadi , baca je dari mula dan berhati hati di jalan raya ok ?

Setiap maklumat yang aku dapat pada peringkat awal mungkin tidak lengkap , jadi , ada kalanya bila aku baru sedar daripada angan yang aku ni tersilap , baru la aku mengaku aku bodoh dan membetulkan kesilapan yang ada . sebab tu kena selalu Usharrr blog ni ye ? uit ..jangan doa aku jadi bodoh , mampus aku dalam exam nanti ...

************************************************

Alhamdulillah blog ni dah berjaya mendapat 1000 follower ... walaupun nuffnang dah tak suke dekat aku , tapi aku tetap tersenyum bila dapat 1000 follower ... tengok ? sekarang semakin ramai dah yang mula risau dengan berat badan , bagus , kalau tak sekarang , bila lagi kita nak berubah ? nak tunggu sampai keluar rumah pun susah ? nak tunggu suami cari perempuan yang lagi kurus dan cun ? nak tunggu sampai hujan ? (yang ni tak ada kene mengene )

InsyaALLAH aku akan teruskan maju blog ni daripada masa ke semasa . Next plan adalah "big gathering" yang akan aku umumkan kemudian .

Korang tak suka dengar aku merepek kan ? korang lagi suka dengar pasal diet je kan ? aku paham ... =D

So, aku nak kongsi satu resipi kat korang ... kenape satu ? sebab bukan dua .. (mesti gelak!)

***********************************************

Ok , resipi kita kali ini , "Chicken Cheese Soup"

Hah , bunyi macam hebat , tapi ni la antara resipi paling simple dan gedik ala mat saleh .

Ok , bahan2nya...

Air x3 cawan atau mengikut rasa
Keju 2 keping
Ketulan ayam
Kiub Ayam
Lada Hitam
Cendawan

Ok , macam mana nak buat ? ha...gaul je semua dalam periuk yang panas..Siap !
Hasilnya ?

Rasa dia macam Mushroom soup tu..mushroom soup kan tinggi carbs..yg ni tak..

Sekian...

*****************************************************************

Soalan aku jawab besok boleh ? aku tau ade soalan yang aku tertinggal..mintak maaf ok ? tengok , bukan hari raya pun aku mintak maaf...Baik kan ?
Aku agak sibuk dengan hari sukan..

Ok , nanti bagi la apa2 soalan ok..tapi jangan la tanya soalan " mana keluar dulu , ayam atau telur" . Tu soalan untuk yang dah lama tak makan ... Kaki , tangan , kasut ...

Ok , stakat ni je , jangan lupa klik apa-apa yang berunsur iklan dalam ni ok ? setiap bantuan anda amat dihargai .. atau pun ,,, tolong la klik , aku merayu ni...huhu..klik yang dekat nuffnang tu ...

Letak link blog korang dekat bahagian komen dan kita akan exchange link ok ? taknak ? taknak sudah .. Merajuk .. ~...~

Sekian...Assalamualaikum...

Tuesday, February 15, 2011

Taknakgemuk's Diet Group

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua follower taknakgemuk dan pengguna jalan raya . Sila baca daripada bab 1 supaya anda semua tahu ape kejadahnya diet ini . Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang soalan yang berulang . Soalan berulang kemungkinan tidak akan dijawab akibat ... entah , aku pun tak tahu .. jadi , baca je dari mula dan berhati hati di jalan raya ok ?

Setiap maklumat yang aku dapat pada peringkat awal mungkin tidak lengkap , jadi , ada kalanya bila aku baru sedar daripada angan yang aku ni tersilap , baru la aku mengaku aku bodoh dan membetulkan kesilapan yang ada . sebab tu kena selalu Usharrr blog ni ye ? uit ..jangan doa aku jadi bodoh , mampus aku dalam exam nanti ...

*********************************************

Pertama sekali , Salam Maulidur Rasul . Rindu betul kat baginda kan ? dah la tak pernah jumpa , kita pulak makin jauh daripada baginda . Mintak2 dapat la syafaat kat akhirat kelak ...

ok , eh dzul , selalunya seminggu sekali ko update blog , tu pun sebab kena paksa atau ko nak naek kan view hit ..

Cis , jangan beranggapan begitu , aku suka update blog , kalau boleh , sebelum tidur aku nak update blog , waktu tunggang moto pun aku nak update blog . Dalam toilet ? Lagila!

Tapi tetap aku tak update...huhu ...Hari ni aku update bersebab...

*************************************************************

Marcapada kini , (wah ayat ) ramai yang semakin sedar mereka perlu membuat allignment kereta sebulan sekali disebabkan berat badan mereka , Katil mereka pula asyik menangis dan minta dilepaskan akibat kesakita . Ko tengok ! kalau katil tuh boleh bersuara , suara dia hilang dalam masa tiga hari akibat meninggal kerana dihempap korang . Ha ...

Macam aku pulak , perjalanan diet aku bermula dengan berat 150kg . Dalam masa 5 - 6 bulan , berat aku turun sebanyak 60 kg..iaitu menjadi 90 kg..

Kemudian aku tak diet setahun , dan aku ada melantak dengan rakusnya .. Ko tawu berapa yang naik ? 5kg je ! try la buat diet lain , mencacak penimbang tu naik . Tak fikir pulak betapa sakitnya penimbang tu ?

**********************************************
Back to the point , aku nak bagitawu korang akan selalu gagal kalau korang bersendirian .
Sebab itu , aku nak tubuhkan... Persatuan jejaka tampan! teeet...tak ada kena mengena .. Aku nak tubuhkan Taknakgemuk's Diet Group.

Macam mana ia berfungsi ?
-Hantar borang yang disediakan kat taknakgemukDG@gmail.com

-Akan ada Closed Facebook Group untuk diet group ni

-Update menu 3hari sekali sekurang-kurangnya dekat email

-penyertaan hanya dilimitkan 30 orang

-seelok-eloknya orang yang tinggal atau pun boleh pergi ke KL kerana kita akan buat cheat day
bersama-sama...ha...Makan nanti sendiri-sendiri ha .. aku belanja sekolah rm5 sehari termasuk
minyak moto , celah mana aku nak belanja korang? Air mineral aku belanja ,sorang separuh .. huhu

-Tempoh diet 16/2 - 10/4 (cheat day beramai-ramai , hari ahad) Kenapa 10/4 ? hampir dengan harilahir aku..memang ngade2 aku ni..

-Mesti sering memberi galakan kepada ahli lain . Marah ahli lain yang kantoi . Kita kena pastikan setiap ahli takkan giveup

-beberapa admin akan dilantik . Sila nyatakan dalam borang jika anda ingin jadi admin dalam Facebook group itu nanti .

-Kita kena serious dalam ni , kita kena ingat , sampai bila kita nak tergolong dalam obesiti..yang gemuk sikit tu , ko agak ko takkan gemuk ? aku jamin la , algi 10 tahun mesti ko cari blog ni balik..ha...kan3?

-Nyatakan sekali alamat Facebook

Ok , download borang tu kat sini dan hantar terus ke alamat emel yang aku nyatakan tadi ...

****************************************************

Soalan2 yang korang tanya dalam post yang lepas , kejap lagi aku jawab dalam post tu ok ?

Ok , nanti bagi la apa2 soalan ok..tapi jangan la tanya soalan " mana keluar dulu , ayam atau telur" . Tu soalan untuk yang dah lama tak makan ... Kaki , tangan , kasut ...

Ok , stakat ni je , jangan lupa klik apa-apa yang berunsur iklan dalam ni ok ? setiap bantuan anda amat dihargai .. atau pun ,,, tolong la klik , aku merayu ni...huhu..klik yang dekat nuffnang tu ...

Letak link blog korang dekat bahagian komen dan kita akan exchange link ok ? taknak ? taknak sudah .. Merajuk .. ~...~

Sekian...Assalamualaikum...

Sunday, February 13, 2011

Taknakgemuk.com Lebih serius =D

Assalamualaikum..

Perhatian kepada semua follower taknakgemuk dan pengguna jalan raya . Sila baca daripada bab 1 supaya anda semua tahu ape kejadahnya diet ini . Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang soalan yang berulang . Soalan berulang kemungkinan tidak akan dijawab akibat ... entah , aku pun tak tahu .. jadi , baca je dari mula dan berhati hati di jalan raya ok ?

Setiap maklumat yang aku dapat pada peringkat awal mungkin tidak lengkap , jadi , ada kalanya bila aku baru sedar daripada angan yang aku ni tersilap , baru la aku mengaku aku bodoh dan membetulkan kesilapan yang ada . sebab tu kena selalu Usharrr blog ni ye ? uit ..jangan doa aku jadi bodoh , mampus aku dalam exam nanti ...

******************************************************

Taknakgemuk.com lebih serius!

Mungkin ada yang perasan blog ni mula mengaut kekotoran dan ia kelihatan seperti blog usang yang tidak berpenghuni dan ditakuti ramai . Ini akibat sifat malas yang mula merangkumi diri aku yang baik lagi kacak ini . Ok , boleh muntah sekarang .

Tapi ia akan berubah! Aku kini lebih serius memastikan korang semua menjadi lebih kurus . Ingat , obesiti sifar ! markah exam jangan sifar pulak ~.~

Jadi , sesiapa yang ada hantar soalan akt akaun facebook aku , sila hantar lagi sekali sebab message yang lama sudah pun hilang . aku tak tahu pergi mana , shopping complex mungkin ?
Tapi ingat , jangan soalan berulang tau , kasihani la aku ni ...

Untuk yang ada hantar sms kat no. aku pula , mintak maaf , handphone aku baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya . Jadi , disebabkan aku tidak mempunyai duit sekarang nak beli yang baru , kemungkinan untuk aku on fon amat jarang akibat aku hanya boleh pinjam fon drpd mak aku . Dijangkakan aku dapat beli fon baru bulan tiga tahun depan sebab duit belanja sekolah aku agak ciput la kan , jadi hanya seringgit sehari aku kumpul . huhu . Faham ? tak faham ? study atau jumpa cikgu .

**********************************************

Ok , jawab soalan sikit .

salam...
sy dah bace bab 1..ari 1st day start..kan xleh mkn buah tp kalo kite mkn kismis 11 biji sehari xpe ke..pastu bfast mkn orange 1 biji leh x...tauge tauhu byk carb x..sy ad amek supplement lecithin die ad effect x kitenye diet..

Jawapan..
Ha , jangan ingat benda kecik carbs dia tak banyak..nak tahu carbs kismis berapa ?

Raisins : 1 cawan : 109.6grams
Orange pun tinggi..

Lecithin , aku tak tahu apa effect dia . Macam aku , aku ambil Multivitamin , tak ada apa problem . Memang digalakkan pun . Tapi dulu try Extra dose B+ , badan naik . Kejam , dah la kena beli , badan naik lak tu . Aku jugak yang naik marah .

Soalan ...

salam. en. dzul.. dari ape yang kite bace kat blog awk kan.. rata2 diet dengan ayam n telur.. na tanye cikit.. bukan ke kite ade limited makan telur bape biji dlm sebulan.. sbb telur kan colestrol.. bis lau da x mkn bende len.. asyik mkn telur jek.. nati dpt penyakit len plak.. i`m askin.. ngehhhh :D

Jawapan ...

Tadaaa...http://www.taknakgemuk.com/2010/11/bab-31-penting.html

Sepatutnya kolestrol kita akan jadi lebih elok lepas lama buat atkins . dalam buku atkins pun ada banyak research pasal ni..dah update dah pasal ni..=D

Soalan

susu leh amik x????

Jawapan

Tak !! amboi , garang benor kan ? huhu ..susu takleh amek eh , carbs tinggi..masuk sini untuk dapatkan maklumat jumlah carbs

***************************************************

Ok , nanti bagi la apa2 soalan ok..tapi jangan la tanya soalan " mana keluar dulu , ayam atau telur" . Tu soalan untuk yang dah lama tak makan ... Kaki , tangan , kasut ...

Ok , stakat ni je , jangan lupa klik apa-apa yang berunsur iklan dalam ni ok ? setiap bantuan anda amat dihargai .. atau pun ,,, tolong la klik , aku merayu ni...huhu..klik yang dekat nuffnang tu ...

Letak link blog korang dekat bahagian komen dan kita akan exchange link ok ? taknak ? taknak sudah .. Merajuk .. ~...~

Sekian...Assalamualaikum...

.

Thursday, February 3, 2011

Bab 39 : Coleslaw

Assalamualaikum... untuk sesiape yang baru masuk blog ni,tgk bab 1 dulu k? sebab....untuk mengelakkan soalan berulang... ade search button disebelah kiri..gunekan sebaik mungkin...please3...bace la sampai habis dulu k...

Plus , daripada hari demi hari aku dapat info yang semakin baru , jadi mungkin ada bab-bab yang dibelakang infonya salah dan aku masih tidak fix kerana aku sibuk atau pun aku busy . Huhu . Jadi baca sampai habis untuk dapat info yang terkini
.

************************************

Sekarang aku berade kat kedah ,kat Jitra , melawat kakak aku and ade kenduri kat sini . Jadi , ade follower kedah nak belanja makan ? huhu . First sampai teritory sini dah denga dah "hang" sane , "hang" sini ... ade plak aku denga baek punye ade sorang akk tuh cakap "doktaww" ... pergh , pekat , salu tengok kat tv je kan ..

eh , kenape mesti musim perayaan jalan jam ? musim menuai tak pulak ? musin mengawan ke..ni musim perayaan baru die nak jam ?

************************************

Arini aku nak share macam mane aku buat coleslaw citarasa aku..of course la citarasa aku , takkan citarasa sayang2 eh pulak kan ?

Dulu aku suke makan coleslaw yg kfc punye tu . tapi carbs die tinggi . untuk yg kecik tu pun carbs die dah sampai 5g . ape jenis mayo pn aku "doktaw" .. tah2 kapur p[apan itam tuh die pakai..ha...

so , cara aku ni carbs die tak rendah sgt , tak tinggi sangat...dalam 5g jugak..tapi kuantiti die lagi banyak daripade yg kfc punye..lagipun aku lagi ensem kan dari maskot kfc tu? cakap ye cepat !

ok , bahan2 die...

Kobis of course...
lobak merah sikit je..sekadar perhiasan and jage hati lobak tu supaye die tak rase terasing..
sikit je susu cair..dalam 1 tin ade 40 gram..ko pakai la 2 sudu , baru dalam 2gram...
last but not least , mayonis..aku pakai brand yang banyak persamaan dengan aku , lady's choice...ha...muntah la cepat..

so , first skali gaul dulu mayo n susu cair tu...
kobis tu potong dadu..jangan potong dadu dalam jutaria tu plak...
then campurkan...senang..
paling sedap biarkan sejuk dulu...pergh...

ni gamba yang aku wat...tolong la pecaye aku yang wat..tapi kobis tu mak aku potong..aku kene jage jari sensitif ni..ok,muntah lagi..

**************************************
Sebelum ni aku busy..sekarang aku akan aktif balik jawab semua soalan..soalan je tau..takkan aku nak jawab jawapan pulak..tanye la pape kat bahagian komen ok...

kalau boleh promot lagi blog ni eh..=D

Kalau sudi tekan la iklan nuffnang tu untuk tolong taknakgemuk.com ok?

Ok,nanti aku nak letak list blog korang dekat bahagian tepi sane..so,nanti letak link korang dan kite exchange link ok?
Untuk nak tahu bile mase aku update n so on,LIKE la Fanpage facebook taknakgemuk ok...

Nak fb aku? khatamkan blog ni dan korang akan
jumpe

Tuesday, February 1, 2011

Special Post...Bukit Kutu

Assalamualaikum... untuk sesiape yang baru masuk blog ni,tgk bab 1 dulu k? sebab....untuk mengelakkan soalan berulang... ade search button disebelah kiri..gunekan sebaik mungkin...please3...bace la sampai habis dulu k...

Plus , daripada hari demi hari aku dapat info yang semakin baru , jadi mungkin ada bab-bab yang dibelakang infonya salah dan aku masih tidak fix kerana aku sibuk atau pun aku busy . Huhu . Jadi baca sampai habis untuk dapat info yang terkini .

*********************************************

kalau ada yang perasan la kan atau pun amek peduli pasal aku , dah beberapa hari tak online .. kenapa ? Laptop rosak ? walau laptop aku rosak sekalipun , handset orang lain tetap aku cilok2 nak pakai kasi boleh online..

jadi , kalau aku tak online , maksudnye , dah kritikal sangat la tuh kan..

4hari yang lepas aku dan geng2 pengakap laut kelana SMK kuala kubu bharu membuat percubaan di bawah sedar untuk menawan puncak bukit kutu . Tanpa kitorang sedari , bukit yang disangkakan setinggi bukit merah rupa2nya mempunyai ketinggia 3+++kaki dari aras laut . Maknanya ? itu gunung !! siot ...

Perjalanan pun bermula...

Muka memasing semangat tyme ni , dengan harapan dalam masa 2-3 jam sampailah puncak...

kitorang pun berjalan..aku rasa adalah jugak berjalan macam dari kuala kubu ke batang kali ... dah jalan lama dekat 2jam tu , kitorang ingat ada la bau puncak bukit...rupa2nya...dengan selamba jurul
atih berkata... "kita dah sampai kaki bukit! " ...

Siot kali kedua !! aku dah penat ... tapi baru sampai kaki..

Guess what.. aku teruskan jugak sebab... aku nak bajet macho n tough , lalu aku teruskan walaupun aku tawu aku akan kecundang..saje je bajet kuat depan membe2...

ni antara gambar dalam pendakian..

Seriously dia punya seksa tu tak terkata...tapi kalau kita betul2 semangat nak daki , semuanya boleh...lantaklah dengan cram ke , pacat ke , lagi pun aku tak pernah lagi derma darah .. ape salahnya sekali sekala derma darah dalam hutan kan ?

Bila kitorang dah sampai tu..ya Allah .. Cantik giler la orag kate..boleh nampak batang kali dari puncak tuh ! kawan aku la cakap..waktu aku sampai , kabus dah tebal akibat cuaca yang ekstrem..

cuaca sejuk sangat...eh , malas la nak cita...tengok video ni..

video

Kalau nak tengok yang HD punye , kat fb aku k..

************************************************

Sekian mengenai Bukit Kutu..entri mengenai menjawab soalan2 diet pada next post ok..

Pasal Fiber haritu..boleh dapat dalam bentuk serbuk..nama die Psyllium Husk..dalam buku Atkins pun recommend tu...