Sunday, August 14, 2011

Buku Taknakgemuk.com dan Contest!



lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

**********************************************

Tengok ni dgn mata terbuka ok?


Judul: Diari Bagaimana Saya Kurus
ISBN: 978-967-10128-2-6
Harga: RM17.00
Penerbit: Mazni Irfan Publication
Kategori: Umum, Motivasi, Kesihatan, Nutrisi
Halaman: 160 m/s
------------------------------​------

apa tu? kuih raya? juadah berbuka ? tu la buku casual terbaru www.taknakgemuk.com yang akan mula terjual dalam Ramadhan ini . korang pun dah lama nantikan betul tak? tak betul? jadi , aku memang kuat perasan la?

ok , buku ini akan diterbitkan sebanyak 3000 copiess untuk cetakan pertama .. 1000 copies sudah pun ditempah . Tarikh buku ini akan keluar di kedai2 buku utama masih tidak konfem tapi dgn bertenaga dan yakinnye , ia pasti dalam Ramadhan ini juga...

yang aku tahu , akan sampai ke tangan aku pada 22 ogos...jadi , ingin tempah daripada aku?
korang boleh la membuat tempahan awal dengan cara

*sms nama korang ke 0173815814
kemudian korang akan dihubungi cara pembayaran selepas aku mendapat buku2 ni ok?

sesiapa yang beli melalui aku , akan mendapat buku yang ditandatangan oleh aku? euuuw , dzul sign? taknaklah! taknak sudah , kalau taknak yang sign , aku cop nanti , hambek ko...huhu..
korang juga akan layak menyertai cabutan bertuah..kalau korang tak dapat hadiah , korang malang la kan ? huhu

ok , cepat tempah ye , kalau korang lambat tempah dan buku dah habis , korang nak ke salin drpd orang lain? huhu.. ha, cetak rompak! =D

***********************************************

ok , aku juga akan buat 1 pertandingan! pertandingan mewarna? jangan harap..

Pemenang akan memenangi hadiah senaskhah buku Diari Bagaimana Saya kurus dan ada hadiah sampingan sekali..

Cara nak sertai?

sila ceritakan mengenai blog www.taknakgemuk.com di fb korang...senang kan? dan kemudian , sila letak link fb korang di bawah bahagian komen..
Senangkan? cerita je pasal apa2...ampu mengampu dan rasuah tidak diterima sama sekali...haha..

Sekian..

******************************************

Sekian , ingat , soalan sila letak di bahagian komen..selain drpd bahagian komen , aku akan berlagak merajuk dan tak jawab soalan korang..huhu...

Untuk sesiapa yg nak iklankan perniagaan , boleh la hubungi aku di dzfikri@gmail.com untuk berurusan.. jangan nak iklankan diri sudah la..

Jangan lupa lawat FANPAGE TAKNAKGEMUK...

Assalamualaikum.. =D