Tuesday, June 5, 2012

Dengar ni kawan2! jangan kurang makan!!

Assalamualaikum.. dan hai!

macam biasa , sebelum korang baca dengan lebih lanjut dan mula mengomen , sila khatam dahulu daripada Bab 1 . Ini untuk mengelakkan soalan pelik dan berulang . Sila jangan tanya soalan seperti "dzul , bila malaysia nak masuk fifa world cup" 

diskaun 20% untuk OTOT untuk masa ini! :D
KLIK

********************************************

JANGAN MAKAN SEDIKIT


*ini memang aku nak tekankan sangat . Korang ni pelik la . suruh makan , taknak pulak , hantar pergi uganda kang baru tahu . 


*bila kita kurang makan , metabolisme akan rendah . bila metabolisme rendah , apa jadi? paras air laut naik? takkk ... berat kita akan turun dengan lebih perlahan .


*bila kita kurang makan , kita terdedah dengan kekurangan nutrisi . tak mustahil kita akan mendapat perkara yang tidak elok . perkara yang tidak elok tak bermaksud berjumpa hantu pocong yg meminta supaya dilonggarkan sedikit ikatan di kepala sebab panas .


*maksud aku perkara yg tak elok tu macam ni . Ada 1 kes , dia makan 0 karbohidrat . Hasilnya? hampir pengsan semasa melakukan senaman . kalau orang dah suruh makan 20g carbs tu , jgn la skip atau kurang makan . Babab kang !


*berapa kali dah pesan jangan skip makan?  ni nak pesan lagi . Jangan skip makan . eh , lagi sekali la , jangan skip makan!! paling minima adalah seperti biasa , 3 kali sehari . jangan ingat kalau skip satu waktu lagi cepat kurus , nanti metabolisme jadi rendah . nak elakkan mode lapar . nanti apa? nanti metabolisme jadi rendah (jerit kuat2 dalam office tu ok?)


*tolong ye , sekali lagi dingatkan , jangan amalkan Carbs sifar . Kalau korang amalkan jugak , taknak update blog dah .....


*lagi 1 kalau kita skip makan sebagai contoh.. nanti kita tahan lapar ,takut nanti sekali kita kantoi , kita tak dapat diet balik dahhhh...

*********************************************

jangan lupa yang untuk join otot kalau korang nak lebih mudah dalam diet , tak perlu baca panjang , dzul yang terangkan face to face..heheh . KLIK sini

Tambahan lagi , Give photography ada buat promosi untuk video kahwin . KLIK SINI

sekian , dzul melaporkan dari batang kali di tempat yang sunyi pukul 5pagi . haha .