Tuesday, January 15, 2013

Bab 75

Assalamualaikum!

haaa... mula la tu pelik aku update blog untuk kali kedua dlm seminggu.. come on la , ingat aku takda azam ke dalam hidup.. aku ada 2 azam..
1st.aku nak rajin update blog
2nd.aku ada azam.sedara aku , nama dia azam.

Ok,mcm biasa , siapa yang baru masuk blog ni , sila baca dulu daripada bab 1.. baca sampai habis ok.. buku teks sekolah pun korang boleh habis baca , ni kan blog yg ada 80 bab JE ..

Kalau korang nak buat donation kat taknakgemuk.com boleh tengok disebelah kanan , ada no. akaun..
setiap sumbangan korang akan membantu aku untuk update lagi blog dan bagi information berguna..plus boleh membantu aku dalam pengajian aku kat unisel ni..

untuk yang nak membeli ebook , buku , dan OTOT , klik link2 di atas... :)

**********************************************

1.ok , ramai antara korang yg suka ada cicahan untuk makan ayam atau daging atau yg seangkatan dgnnya.
haritu aku bagitau guna mayonis Kraft.lepas tu aku ckp jangan beli Kraft sebab tak ada logo halal . Aku dah bagitau ha , so , kalau korang beli jugak , aku tak tanggung..dosa sendiri pun tak tertanggung , ni kan dosa korang..puiii..(sila baca dgn nada gurau)
jadi , aku recommendkan kat korang , mayonis lady's choice...tapi bukan yg biasa.. yg western recipe..
kalau yg biasa , rupa dia mcm ni kan?

tapi yg western recipe , label dia warna Coklat..carbs dia rendah je..dalam 0.7g untuk 1 sudu..

2.Sardin
ramai org risau wo nak makan sardin. sebab dia ada kuah , and kuah dia rasa macam ada carbs tinggi..eh , jgn risau , sardin tin carbs dia tak tinggi.. cuba cari kat mall.. kalau tak silap aku , yg 1malaysia punya sardin , 0g carbs..tapi rasa dia.. baik makan ikan mentah..huhu..

3.Creative sikit boleh?
ni nak bagitau , selalu bosan dgn makanan yg sama kan? cuba kreatif sikit..guna bahan2 low carbs , and jadikan dia menarik..lg menarik drpd nora danish.. 
ni contohnya breakfast aku 


aku just grill ayam , pastu ratakan telur , letak cheese atas telur , letak ayam , letak lada hitam sikit and oregano kalau ada...pastu rollkan dia..kan menarik? plus sedap.. :)
jgn risau pasal serbuk2 perasa yg tak manis , biasanya low carbs.. contohnya lada2...

aku cuba sebaik mungkin untuk update 2 kali dalam seminggu sepertimana aku cuba sebaik mungkin untuk bangun pagi.

******************************************************
apa2 pun , jangan lupa add aku di fb..just cari "dzulfikri zulkifle"

Kalau nak whatsapp , sila pm di facebook ya..

ok, selamat berdiet , asslamualaikum!! Goodluck!!


Monday, January 7, 2013

Kembali!!

Assalamualaikum!! :)

haa... apa macam? dah rindu kat dzul untuk update blog? kalau anda berusia 20-27 tahun dan masih bujang , rindu itu dibenarkan..
ok , macam biasa , jangan lupa baca daripada Bab 1...  ini link dia..KLIK SINI
baca daripada bab 1 sampai la bab akhir..ini untuk mengelakkan semua soalan yg berulang..
and pleaseee , jangan la tanya soalan mcm "dzul , kalau nak makan ayam tu , ayam tu kena ayam tempatan atau import?"

*******************************************************

So , rasanya ramai dah yang kurus dgn Atkins ,,
ok , apa lagi , ucap Alhamdulillah , dan berjalanlah 1 kampung untuk tunjuk anda dah kurus...
and cari budak yg pernah ejek anda gemuk dulu , tumbuk muka dia 3 kali , and cakap , "aku minta maaf sebab tumbuk ko"

oookaaayyy.. jgn ikut nasihat kat atas...

bila dah setel induction , kena la masuk fasa 2,3,4 .. semua tu ada dalam ebook and buku taknakgemuk..

sangat penting untuk korang handle stress dgn berkesan dan kawal perasaan nak makan semua benda yg boleh dikunyah termasuk katil kayu yg hampir reput... ive been there..kekadang memalam rasa nak makan je semua yg ada.. tahap desperate tu sampaikan sanggup pinjam megi kat jiran..but its ok , tu la function jiran..

tahun ni tahun baru..azam baru.. jgn la kantoi diet , semangat baru..badan dah naik? its ok , masih ada masa lagi.. lagipun doomsday 21.12 tak jadi apa2...korang baru berharap kot meteor jatuh boleh kasi pecah lemak korang kan? teruskan berharap...

nak diet? rajin la sikit..dah la malas , bangun tido , sambung tido.. bukannya nak bangun , senaman sikit... set dalam otak , kena "paksa" diri tu.. jgn biarkan diri anda , diselubungiiii.. LEMAAAAKKKKK
ada kesempatan untuk bersenam , pergi! tak semestinya dalam cara formal..contohnya main bola , kejar anak buah yg dah jatuhkan galaxy tab , atau lari sambil menjerit dalam kawasan perumahan tanpa sebab..pun boleh!

Motif utama aku update nak dapatkan soalan dr korang..next post aku balas haaa... tulis soalan korang kat bawah bahagian komen.

and last but not least , support la sikit www.taknakgemuk.com ni kalau korang nak tengok www.taknakgemuk.com ni penuh dengan info2 yg menarik...
kalau rasa dah kurus dgn taknakgemuk.com dan nak bantu taknakgemuk , boleh buat donation kat sidebar...
maaf sebelum ni mmg tak update , aku sibuk sangat , baru masuk Universiti..tahniah Unisel sebab dapat dzul..puiii..

**********************************************

apa2 pun , jangan lupa add aku di fb..just cari "dzulfikri zulkifle"

jgn lupa beli ebook , klik link di tab atas...

ok, selamat berdiet , asslamualaikum!! Goodluck!!