Sunday, July 31, 2011

Puasa Post 2

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

*********************************

Pertama sekali , selamat menyambut Ramadhan yang indah ini..
Sama2 la kita berdoa Ramadhan kali ni jadi Ramadhan yg baik dan jika ini adalah Ramadhan yg terakhir , biarlah ia jadi yang terbaik kita pernah lalui...Amin...

Kedua , korang mesti tak sabar nak tahu menu Atkins waktu puasa kan? kalau aku taknak bagitau camne? huhu ...

Ok , perkara penting , nisbah makanan untuk sahur dan berbuka adalah 2:1 .. maknanya , makanan yang kita makan pada waktu sahur adalah dua kali ganda daripada waktu kita berbuka..kenapa? sebab kita ada dua waktu makan , dan waktu sahur kita nak kumpul tenaga dengan makan...jangan buat tgh hari plak ye...

Jadi , macam dalam post lepas , dah cakap , multivitamin dan air sangat penting ..jadi , multivitamin dan air ni mesti ada sewaktu sahur... jangan ada je tapi tak makan plak multivitamin tu...

Contoh sahur :

Sup ayam saiz kecil (ayam 8-10 ketul)
Sosej dan telur hancur.....
Multivitamin selepas makan...
Air yang banyak...2 liter pun ok... Kalau korang perasan urine warna jernih bila nak buang air waktu pagi , maknanya dah cukup la tu...

Sup ayam tu korang tukar2 la setiap hari bagi jadi tak bosan..tukar dgn ikan ke , daging kekadang , jangan makan kucing sudah la kan...? Jangan asyik sup je, tukar2 dgn menu yg lain yg tak membosankan...

*****************************

Berbuka :

Ayam bakar dan ikan bakar contohnya...
Air...

******************************

BERGERAK... lagi banyak kita exercise , lagi cepat lemak hilang.. dan kita pun boleh la makan carbs lebih sikit...

ok , apa2 pertanyaan , letak di bahagian komen di bawah ye..

mintak maaf lambat post pasal ni...

Selamat Berpuasa...

*****************************

Friday, July 29, 2011

Puasa Post 1

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

*****************************

Sebelum aku cerita pasal diet sewaktu puasa atau pun nyanyi lagu puasa , aku perkenalkan penaja baru taknakgemuk .. Penaja ni bukan sebarang penaja , penaja baru ni pakar lapis tapi bukan perut dia yang lapis2 , kek dia tuh kek lapis... huhu... Kek lapis Sarawak tu.. tak apa , nanti aku buat kek lapis selangor pulak ...
Penaja kali ni boleh buat macam2 kek lapis , yg ada cheese pun boleh...nanti aku nak try order kek lapis ayam la...

apa yang lagi special , penaja ni ada buat 1 contest.. contest bergaya dengan baju melayu @ kurung ... Disebabkan aku nak jimat duit beli kek waktu raya nanti , aku pun join la... kalau korang pun nak join , boleh klik SINI

Untuk buat aku menang , sila like Fanpage facebook INI ... dan kalau nak aku menang dan tengok aku pakai baju melayu dengan poyonya , klik INI .... Pemenang akan dapat dua kek free worth rm50..=D

ok , jangan lupa ye lawat penaja keklapisborong.blogspot.com .. lawat ramai2 macam lawatan sekolah..

*********************************************

Ok , mengenai diet Atkins sewaktu puasa .. siapa kata tak boleh , jangan kata puasa , hari raya , raya korban , krismas , deepavali , raya cina , pesta gawai pun boleh ...

Dulu aku ada buat post mengenai diet sewaktu puasa , tapi tahun ni punya post lebih matang dan aku lebih berilmu , tak la bodoh sgt..huhu..(sila doa aku pandai =D)

tak teringin ke confident bila nak beraya tahun ni? kalau dulu malu je nak raya rumah orang sebab gemuk , siap ada menyorok di rak kasut...huhu ... Jadi , diet la , aku yakin korang akan tersenyum bila raya nanti... =D

***********************************
Nota penting...

1)metabolisma mesti selalu tinggi
Maksudnya ? jangan ingat bila korang berlapar , korang akan kurus , pembakaran tenaga pun akan jadi rendah kalau metabolisma pun rendah... bagaimana pastikan sentiasa tinggi? lihat no. 2 dan 4 5

2) Makan ... Sebab tu jangan skip sahur... lagipun , kalau bersahur kan dapat pahala...sama macam berbuka , berbuka awal kan lagi elok ? jangan berbuka bila azan zuhur pulak .. Jumlah makanan yang kita ambil pun jangan terlalu sikit , terutama sewaktu sahur... sebab pagi tu la kita akan dapat punca tenaga untuk seharian kita ...

3)Tenaga tambahan..
Multivitamin ... Banyak kali dah aku cakap , multivitamin sangat penting.. (bila masa aku cakap , aku type je kan? ) Ramai tanya aku , nak beli multivitamin brand apa ? aku cakap brand SHELL , PETRONAS , kang korang terkejut pulak ... tak kisah la brand apa pun..yg penting , multivitamin dan dalam dos yang normal... lebih baik cari multivitamin tanpa IRON .... Minta je kat farmasi .. dah mintak tu bayar la ye , jangan lari pulak ...

4)Pergerakan...(Sambungan no. 1)
Jangan la dah macam mayat hidup pulak waktu puasa ni sampai nak pergi toilet pun merangkak ... Kenapa kena banyak bergerak ? METABOLISMA... Lihat no. 1 , aku ada cakap kan tingkatkan metabolisma.. Jadi , rerajin la buat solat sunat , tolong orang angkat barang, atau pun menari di tengah2 datarang merdeka...

5)Air
Air yang banyak sewaktu sahur terutamanya amat penting untukmengelakkan dehydrate dan kesan2 ketosis seperti bad breath dan bibir kering...

6) Jangan makan waktu tengahari...
Berdosa...huhu..

Ok , ni adalah episod pertama , episod kedua aku akan cerita pasal menu pulak... aku janji sebelum hari ahad aku post... Bukan tak nak cerita semua , aku nak cerita panjang pasal menu..takut nanti jadi panjang lebar pulak ...

******************************************

Sekian , ingat , soalan sila letak di bahagian komen..selain drpd bahagian komen , aku akan berlagak merajuk dan tak jawab soalan korang..huhu...

Untuk sesiapa yg nak iklankan perniagaan , boleh la hubungi aku di dzfikri@gmail.com untuk berurusan.. jangan nak iklankan diri sudah la..

Jangan lupa lawat FANPAGE TAKNAKGEMUK...

Assalamualaikum.. =D

******************************

Monday, July 18, 2011

Kurus Sebelum Raya Taknakgemuk.com Challenge

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

***************************
Kurus Sebelum Raya Taknakgemuk.com Challenge
eh , challenge apa ni? ataupun ini binatang baru spesis terbiar? ni sebenarnya adlah pertandingan diet ... Kita akan bermula diet daripada esok hinggalah selepas raya...

selepas itu , kita akan adakan acara Walk With Atkins...satu program di mana kita jalan2 (tak pegang tangan ok,huhu) di taman layang2 di Kepong tu...untuk kesihatan kita dan komitmen kita untuk terus cergas dan sihat..=D

Macam mana nak join pertandingan ni? masuk sini dan tekan like...=D
Kemudian lihat post INI dan reply komen di bawah post tersebut dengan perkataan ini...
"saya nak join dgn jakunnya boleh?"
Pemenang akan membawa pulang satu set Dzulfikri termasuk aksesori..huhu..gurau2..hadiah adalah rahsia...=D

syarat pertandingan akan diterangkan dalam Group yang aku add korang tu ok?

Sekian...

**********************************

Sekian , ingat , soalan sila letak di bahagian komen..selain drpd bahagian komen , aku akan berlagak merajuk dan tak jawab soalan korang..huhu...

Untuk sesiapa yg nak iklankan perniagaan , boleh la hubungi aku di dzfikri@gmail.com untuk berurusan.. jangan nak iklankan diri sudah la..

Jangan lupa lawat FANPAGE TAKNAKGEMUK...

Assalamualaikum.. =D

Tuesday, July 12, 2011

Atkins Diet & Gout

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

*************************************************

Salam semua. hari ini aku, ijat karchak selaku mod baru ingin memulakan post pertama aku berkenaan dengan Atkins Diet & Gout. Gout ialah sejenis penyakit dimana kandungan acid uric di dalam badan seseorang pesakit melebihi tahap normal. Ini menyebabkan apabila acid uric tersebut meningkat, kristal akan terbentuk (bukan kumpulan rock kristal) dan parking baek punye dekat sendi2. apabila ini terjadi, akan tercetuslah rasa sakit yg teramat sangat seperti ada kaca dan pisau di sendi2 itu. kalo kena kat kaki, nak jalan tu rasa mcm pijak paku. dah lama gak aku tak kena gout sbb aku control makan, elakkan makanan2 yg pantang gout ni. tapi sejak aku buat atkins, tetiba kadang2 pagi aku rasa kaki aku sengal2 la kadang2 sakit2 sikit.. dan kemudian aku pon buat la sedikit research (pembacaan jer bukan research makmal dengan penunu bunsen dan kaki retort). Dari situ, aku modified sikit atkins diet ni utk kesesuaian pesakit Gout.

So apa kena mengena Atkins Diet dengan Gout?

Seperti yg kita sedia maklum,dalam post2 yg lepas pun Dzul ada cakap , Atkins diet ni tak sesuai utk orang2 yg sudah menghidapi masalah buah pinggang dan mengandung , atau menyusukan bayi...

Gout juga ada kena mengena sikit dengan buah pinggang dimana buah pinggang pengidap sukar utk meng-discharge lebihan acid uric keluar dari badan. tak payah la aku cerita banyak sgt pasal gout kot, korang bole google sendiri. Apa yg kita makan dalam atkins diet ni? kebanyakannya protein kan? dan apa proses yg terjadi dalam atkins diet ni? ketosis kan? so 2 perkara ni bole yg menyebabkan Gout kita menang motor.. maksudnya gout kita menyerang la. kenapa?

1) Kebanyakan makanan berprotein ialah makanan yg tinggi kandungan purine. So purine yg diproses oleh badan menghasilkan acid uric.

2) Ketosis bukan sahaja menghasilkan ketones tetapi juga acid uric. so lagi hebat ketosis kita n penurunan berat badan kita, lagi byk acid uric terhasil.Ini tidak membawa masalah kepada mereka yang tidak mempunyai masalah gout..

Macam mana saya nak teruskan Atkins Diet kalo saya menghidapi gout?

Gout disebabkan kita byk acid uric kan? dulu kat sekolah kita belajar kalo nak neutralkan acid pakai apa? ye betulll.. alkali. nanti dulu. baca sampai abis.. jgn baca sampai sini jer korang gi beli alkali pastu telan pulak. So ni tips2 yg aku sendiri amalkan.. sbb aku sendiri ada gout:

1) Jgn terlalu teruja nak turunkan berat korang dengan laju. lagi laju korang turun lagi byk acid uric terhasil

2) Cardio / Interval Exercise at least selang sehari. hari2 lagi bagus. 20-30 minit sehari.

3) Research pasal alkaline foods & drinks dan pilih ikut selera dan kesesuaian atkins. Pilihan aku (tak semestinya ikut) ialah:

- Seaweed asli tanpa campuran apa2 perisa (yg ni biasanya sekeping besar macam nak dekat size A4 tu dalam 1g carbs dia).
refer contoh gambar bawah ni

bole ke ganti seaweed ni dengan supplement Spirulina? sbb spirulina pon sejenis rumpai. jawapan dia tak bole. sbb spirulina tinggi protein dia dan besar kemungkinan purine dia juga tinggi. Seaweed takde protein. aku cari gak kalo2 ada Seaweed Extract punya supplement kat Malaysia ni tapi so far belum jumpa.

- Sayur Celery dan Celery Supplements (sayur celery tak payah la aku taruk gambar. google jer. kalo tak kenal gak aku tinju)
refer contoh supplement Celery yg aku amik kat bawah ni:

untuk pengetahuan korang, Celery bukan sahaja makanan beralkali, tapi juga terkenal sebagai negative calories food. dimana jika kita makan Celery, calories kita akan dibakar lebih byk daripada jumlah yg kita makan.

- Green Tea yg takde gula n carbs. fav aku ialah Pokka Japanese Green Tea (jangan salah beli yg Jasmine punya, yg tu ada gula n carbs tinggi giler). refer gambar bawah ni:

ok yg tu suma ialah pilihan aku. tak semestinya korang ikut sbb ada yg pahit dan payau hahahaha. tapi aku ok jer. so korang pilih alkaline foods, drinks and supplements pilihan korang ok asalkan dia compatible dengan atkins diet. Benda2 ni aku consume hari2, contohnya seaweed tu aku jadikan snacks aku time aku rasa nak kunyah2. sayur celery tu aku campur dalam setiap makanan aku... tak kira la sawi goreng ke sup ke ayam goreng kunyit ke suma aku letak celery. celery supplement pulak aku amik tiap2 pagi dengan multivitamin sekali. Pokka Japanese Green Tea tu pulak aku amik segelas selepas setiap meal.

4) Kurangkan sumber protein dari haiwan. So dalam setiap meal korang, bykkan sayur, kurangkan lauk lain. yg ni korang kena byk research pasal high purine foods. elakkan high purine (kebanyakkannya ada dalam animal protein). Tapi korang jgn terkejut. ada jugak sayur yg high purine. contoh: bayam. untuk pengidap gout, elakkan bayam sama sekali. kalo ayam compare dengan ikan n daging. ayam paling bagus. ikan n daging lagi tinggi purine dia. Kurangkan Cheese, mayonese n cuka. Tu semua acidic. dalam mayonese ada kacang tanah iaitu musuh ketat gout. Kurangkan jugak telur. sehari sebijik ok kot. Kurangkan frozen foods seperti sosej n processed meat mcm daging burger walaupun dia low carbs. bole je mkn tapi jgn hari2.

5) Minum air masak / mineral dengan sgt banyak. 4-5 liter sehari. sbb air ni pun sumber alkali n bole membantu mengeluarkan acid uric kita melalui urine. selalunya aku minum tak berhenti. lepas kencing je minum, kencing je minum, minum je kencing. tapi selalunya sejam sebelum aku tido aku stop minum. sbb taknak kencing malam nanti mak aku botakkan rambut aku.

6) jgn induction terlalu lama. dalam 2 bulan tu korang tros switch ke phase 2. tingkatkan sikit carbs consumption supaya berat korang turun slow sikit. dengan cara ini dapat mengurangkan penghasilan acid uric. tapi kalo korang induction takde rasa sakit2 ke ape... bole jer nak teruskan lama sikit lagi pun.

7) sentiasa monitor level kesihatan korang. pegi buat full blood screening n urine test 3 bulan sekali ke 4 bulan sekali ke or 6 bulan sekali. untuk memastikan apa yg korang buat ni on-track. kalo test tu mendapati acid uric korang makin tinggi, so ada something yg tak kena. mintak pendapat doktor atau pakar kesihatan.

8) apa2 yg pantang dalam gout, korang kena pantang jugak. bukan bermakna Atkins Diet membenarkan, korang bole makan. contoh macam udang, ikan bilis, ikan sardin suma tu pantang tetap pantang.

9) Berdoalah hari2 agar apa yg kita lakukan ini diberkati dan direstui Allah. mudah2an niat murni kita ini bukan sahaja untuk kurus, tapi juga untuk memperbaiki tahap kesihatan badan kita, insyaAllah. haaaaaaahhhhhh semputttttttt.

Saya bukan pengidap Gout, ada kemungkinan ker saya boleh kena Gout kalo buat Atkins Diet ni?

Sihat atau Sakit itu semua ketentuan / ujian Allah dan kita sebagai manusia bertanggungjawab atas apa yg kita lakukan keatas fizikal kita. Macam mana pun, gemuk itu tetap tidak sihat. kadang2 bila org tgk kita gemuk, orang ckp "wah sihatnya ko!". korang patut jawab camni... "kepala otak anda. saya tinju anda mahukah?" So kalo nak elakkan peningkatan acid uric di dalam badan kita, walaupun kita tidak menghidapi gout, kita bole jugak ikuti serba sedikit tips2 diatas dan sentiasa buat checkup seperti yg disarankan.

So far ni jer yg aku ingat. kalo ada apa2 aku update lagi. n korang dialu-alukan jugak bagi pendapat or tips korang gak. mesti ramai lagi yg nak tau tentang apa lagi makanan2 or supplements yg beralkali dan membantu mengurangkan acid uric or apa2 acid dalam badan kita. so apa salahnya kita sama2 research n share kat comments bawah ni kan? Sharing is Caring and Caring is not Cacing. Soalan juga dialu-alukan tapi pls jgn tanya soalan2 macam "bole ke saya makan tempe?" "bole ke saya makan roti?" "bole ke saya makan nasi sesuap jer?" "bole ke saya minum susu rendah martabat" "bole ke saya minum soya?" "bole ke saya pakai seluar kotak2 yahudi mabuk?" kalo ada soalan2 camni, harus kena tinju je..

jumpa lagi di post2 akan datang

-ijat yg karchak bergaya

Thursday, July 7, 2011

CONTOH menu yang lengkap..Ponteng sehari seminggu?

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

***************************
ok , btw , www.taknakgemuk.com dah ade author baru... Mod IJAT .. Kalau korang klik , boleh korang nampak gambar toyol..try la..=D
saudara ijat ni atkiner yg menghidapi gout , dia akan aja camne nak modified diet atkins kalau mengalami gout dan akan jawab beberapa soalan kat blog..
Di fanpage Facebook "tak nak gemuk" pula , adminnya , kak myoliza... Atkiner yg dah berjaya sampai ke fasa 4...

*****************************
Lagi satu , baru2 ni , aku dah dijemput oleh Dr. Firdaus dr fakulti perubatan UPM untuk beri sedikit TALK pasal motivasi untuk diet kepada beberapa org staff..satu pencapaian yg besar untuk aku sebab fakulti perubatan UPM sgt besar...kalau ada asma , ish3 , semmmputtttt...

tp syg , gambar2 dah hilang daripada fon aku...waktu tu aku suruh kawan ambilkan gambar , takkan nak ambil sendiri kot..gila ke penceramah boleh main kelik2 gamba waktu bagi talk..sia2 aku makan kasut nanti..bila aku balik rumah , aku dioffer untuk upgrade fon...sebab aku excited , aku lupa nak backup...pandaikan aku?
apa pun terima kasih kpd Dr. Firdaus kerana menjemput aku dan thanks kepada nurse kat sana yang tolong hantar aku dan kawan aku ke stesen komuter UKM kalau tak silap....

tiba2 ada lampu neon berkelip di atas kepala ? bagaimana kalau kita buat kelas diet? siap dgn workout sekali..nak join? huhu,,

******************************************
arini aku nak explain 1 benda je....

MENU YANG SEMPURNA...

ramai sangat mintak menu induction daripada aku...banyak kan menu dalam ni , tapi ramai lagi yang nak tahu menu..mungkin korang tak baca sampai habis..kalau susah sangat nak baca sampai habis , cuba nyanyi sampai habis? huhu...

COntoh..

Breakfast..
telur 1 biji..0.3gram
sosej rendah carbs(honeychick) 4 batang...1.2gram
Air 5gelas sebelum makan...
Multivitamin 1 biji...

Lunch...
Ayam bakar 3ketul..3gram..
Sayur goreng 1 mangkuk...5 gram..
air suam sebelum makan 5 gelas..

Between Dinner and lunch
Telur scramble 2 biji..0.6gram
sesudu mayonis...1.7gram

Dinner..
Sup Ayam 1 mangkuk..4 gram..
ikan seekor .. 2 gram..
air 5 gelas sebelum makan..

total , hampir 19 gram carbs..

lihat , ada multivitamin..mesti ambil! pergi farmasi , mintak je multivitamin..mesti bayar la kan..tak kisah la ape brand pun ok?

ada yang tanya , sehari ponteng diet dalam seminggu boleh? tak boleh...sebab untuk ketosis kantoi senang sangat..untuk dapatkan ketosis , lebih drpd 2 hari tau..sumber = "buku Atkins"

**********************************************