Friday, July 29, 2011

Puasa Post 1

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?

*****************************

Sebelum aku cerita pasal diet sewaktu puasa atau pun nyanyi lagu puasa , aku perkenalkan penaja baru taknakgemuk .. Penaja ni bukan sebarang penaja , penaja baru ni pakar lapis tapi bukan perut dia yang lapis2 , kek dia tuh kek lapis... huhu... Kek lapis Sarawak tu.. tak apa , nanti aku buat kek lapis selangor pulak ...
Penaja kali ni boleh buat macam2 kek lapis , yg ada cheese pun boleh...nanti aku nak try order kek lapis ayam la...

apa yang lagi special , penaja ni ada buat 1 contest.. contest bergaya dengan baju melayu @ kurung ... Disebabkan aku nak jimat duit beli kek waktu raya nanti , aku pun join la... kalau korang pun nak join , boleh klik SINI

Untuk buat aku menang , sila like Fanpage facebook INI ... dan kalau nak aku menang dan tengok aku pakai baju melayu dengan poyonya , klik INI .... Pemenang akan dapat dua kek free worth rm50..=D

ok , jangan lupa ye lawat penaja keklapisborong.blogspot.com .. lawat ramai2 macam lawatan sekolah..

*********************************************

Ok , mengenai diet Atkins sewaktu puasa .. siapa kata tak boleh , jangan kata puasa , hari raya , raya korban , krismas , deepavali , raya cina , pesta gawai pun boleh ...

Dulu aku ada buat post mengenai diet sewaktu puasa , tapi tahun ni punya post lebih matang dan aku lebih berilmu , tak la bodoh sgt..huhu..(sila doa aku pandai =D)

tak teringin ke confident bila nak beraya tahun ni? kalau dulu malu je nak raya rumah orang sebab gemuk , siap ada menyorok di rak kasut...huhu ... Jadi , diet la , aku yakin korang akan tersenyum bila raya nanti... =D

***********************************
Nota penting...

1)metabolisma mesti selalu tinggi
Maksudnya ? jangan ingat bila korang berlapar , korang akan kurus , pembakaran tenaga pun akan jadi rendah kalau metabolisma pun rendah... bagaimana pastikan sentiasa tinggi? lihat no. 2 dan 4 5

2) Makan ... Sebab tu jangan skip sahur... lagipun , kalau bersahur kan dapat pahala...sama macam berbuka , berbuka awal kan lagi elok ? jangan berbuka bila azan zuhur pulak .. Jumlah makanan yang kita ambil pun jangan terlalu sikit , terutama sewaktu sahur... sebab pagi tu la kita akan dapat punca tenaga untuk seharian kita ...

3)Tenaga tambahan..
Multivitamin ... Banyak kali dah aku cakap , multivitamin sangat penting.. (bila masa aku cakap , aku type je kan? ) Ramai tanya aku , nak beli multivitamin brand apa ? aku cakap brand SHELL , PETRONAS , kang korang terkejut pulak ... tak kisah la brand apa pun..yg penting , multivitamin dan dalam dos yang normal... lebih baik cari multivitamin tanpa IRON .... Minta je kat farmasi .. dah mintak tu bayar la ye , jangan lari pulak ...

4)Pergerakan...(Sambungan no. 1)
Jangan la dah macam mayat hidup pulak waktu puasa ni sampai nak pergi toilet pun merangkak ... Kenapa kena banyak bergerak ? METABOLISMA... Lihat no. 1 , aku ada cakap kan tingkatkan metabolisma.. Jadi , rerajin la buat solat sunat , tolong orang angkat barang, atau pun menari di tengah2 datarang merdeka...

5)Air
Air yang banyak sewaktu sahur terutamanya amat penting untukmengelakkan dehydrate dan kesan2 ketosis seperti bad breath dan bibir kering...

6) Jangan makan waktu tengahari...
Berdosa...huhu..

Ok , ni adalah episod pertama , episod kedua aku akan cerita pasal menu pulak... aku janji sebelum hari ahad aku post... Bukan tak nak cerita semua , aku nak cerita panjang pasal menu..takut nanti jadi panjang lebar pulak ...

******************************************

Sekian , ingat , soalan sila letak di bahagian komen..selain drpd bahagian komen , aku akan berlagak merajuk dan tak jawab soalan korang..huhu...

Untuk sesiapa yg nak iklankan perniagaan , boleh la hubungi aku di dzfikri@gmail.com untuk berurusan.. jangan nak iklankan diri sudah la..

Jangan lupa lawat FANPAGE TAKNAKGEMUK...

Assalamualaikum.. =D


******************************

13 comments:

  1. Harap2 menunya yg tidak memerlukan kos yg tinggi.. nnti pun dpt risiko bebelan yg tinggi

    ReplyDelete
  2. nak diet ! nak diet !
    nak kurus ! nak kurus !

    harap2 dpt laa sblm raya ni :D

    ReplyDelete
  3. saya nak kurus...saya nak diet..tp saya xde smngt....sonok bler dgr rmi dh berjaya turunkan berat...tp sy sdikit pom x ase kecur air liur nak diet blik cam dlu..tolong2..tolong..anyone....saya dh xtahu cmne nak upkan semangat sy biar diet blik....saya nak kurus before grad....seyes....

    ReplyDelete
  4. Ramai antara kita yg nak diet sbb nak kurus, nak diet before raya, nak diet before kawin dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir utk diet sebelum terkena penyakit2 kritikal? ataupun kita sudah berpenyakit baru tergerak hati utk diet? perkara tersebut berlaku kpd saya. so kepada sesiapa yg sedang mencari semangat or kekuatan nak diet, renung2kan lah apa yg saya luahkan ini.

    ReplyDelete
  5. Berkat kerajinan Dzul menaip dan daku membaca berjam-jam berhari blog Dzul ni...Daku telah turun sebanyak 12kg sejak bulan akhir Mac (ada byk kali skip2..huhuhuh). Sekarang dalam usaha bersungguh2 diet semula terutamanya bulan puasa ni. Selain nak slim mlim time raya, diet sebab kesian kaki dah penat bawa berat berlebihan..HUhuhuhu....

    Thanks Dzul..cayang dia..(mcm Uncle Aznil plak)

    ReplyDelete
  6. Tq coz sudi kongsi ilmu dgn semua pembaca.....akak pun br jumpa blog nie....harap2 akak berjaya....insyallah

    ReplyDelete
  7. wahwahwah ade post untuk puasalah,baiklah dak Dzul ni,tapiii jangan lupa bagi menu untuk berbuka dan sahur lak yer.mudah2an solid molid den rayo nanti idak le nyorok mcm rayo thn lopeh..mudah2an berjaya Amin.

    ReplyDelete
  8. nape sebelum ahad dah la akk cuti umah tak de tenet nk pinjam jiran malu lak...akk baca post lama jek la...mudahan berjaya...

    ijat karchak...dh rasa normal bila diet sebb nk cantik...kalau sbb penyakit tu mmg jarang diperkatakan...so nk capai matlamat kurus untuk cantik adalah lebih mudah berbanding kita nk jaga kesihatan...sebenarnya trpulang pada niat kita kurus nk cantik @ nk jaga kesihatan @kedua2nya...:) selamat pose

    ReplyDelete
  9. bley x nak makan tauhu? tauhu soya or tauh telur? bpe aeh carbs dier? ade ker? lgi 1 nak tnya, tidur sekurng2 nye 7jam.. 7jam 2 total 4 sehari or 7jam d waktu malam...?


    miss huhuh

    ReplyDelete
  10. salam.nak tnye.untk perempuan.seelok2nya masa sahur n berbuka,brapa liter air nk kena minum yer?tlg jwb.sy nak tahu sgt3..n setiap hari,waktu sahur,sy mkn semangkuk sayur kobis+brokoli+tomato n telur goreng atau telur rebus dua bijik cukup x?

    ReplyDelete
  11. air kelapa & air barli without sugar boleh minum tak semasa induction process?

    sekali dengan isinya. (:
    thanks.

    ReplyDelete
  12. ish ish..bnyak ni nak kn kurangkan..wahai puan baju kebaya..tggu aku nak pkai engkau..

    ReplyDelete
  13. soalan2 mengenai tauhu telur, air nak minum berapa liter, tido nak kena berapa jam, air takde gula dan seumpamanya suma tu dzul dah penah update pasal tu , cuba guna button search di sebelah kiri..ada explanation detail

    ReplyDelete