Tuesday, July 12, 2011

Atkins Diet & Gout

lepas dah baca , jangan perli aku , "eh , dzul update la.." huhu...memang aku busy sangat dengan sekolah sekarang ni , sebab tu tak ada new post..lagi pn , aku tak keje kat pejabat pos , macam mane nak buat post baru? <- budak bermasalah

Ok , seperti biasa, korang semua dimestikan untuk membaca daripada bab 1 dahulu..kenapa ? sebab untuk korang semua mudah faham dan tak adalah soalan yg berulang..soalan yg berulang tak dijawab kerana nanti ia akan jadi jawapan yang berulang...ini bukan astro nak ulang2...huhu..

ok , sila lawat penaja aku..yang ada di kiri dan kanan..lawat dan beli lah barangan2 yang dorang jual sebab kalau korang beli , aku happy..huhu..bukan apa , duit2 hasil iklan ni untuk blog ni juga sebab nanti aku akan hire beberapa orang moderator supaya soalan akan selalu terjawab...tolong aku ye?


*************************************************

Salam semua. hari ini aku, ijat karchak selaku mod baru ingin memulakan post pertama aku berkenaan dengan Atkins Diet & Gout. Gout ialah sejenis penyakit dimana kandungan acid uric di dalam badan seseorang pesakit melebihi tahap normal. Ini menyebabkan apabila acid uric tersebut meningkat, kristal akan terbentuk (bukan kumpulan rock kristal) dan parking baek punye dekat sendi2. apabila ini terjadi, akan tercetuslah rasa sakit yg teramat sangat seperti ada kaca dan pisau di sendi2 itu. kalo kena kat kaki, nak jalan tu rasa mcm pijak paku. dah lama gak aku tak kena gout sbb aku control makan, elakkan makanan2 yg pantang gout ni. tapi sejak aku buat atkins, tetiba kadang2 pagi aku rasa kaki aku sengal2 la kadang2 sakit2 sikit.. dan kemudian aku pon buat la sedikit research (pembacaan jer bukan research makmal dengan penunu bunsen dan kaki retort). Dari situ, aku modified sikit atkins diet ni utk kesesuaian pesakit Gout.



So apa kena mengena Atkins Diet dengan Gout?


Seperti yg kita sedia maklum,dalam post2 yg lepas pun Dzul ada cakap , Atkins diet ni tak sesuai utk orang2 yg sudah menghidapi masalah buah pinggang dan mengandung , atau menyusukan bayi...

Gout juga ada kena mengena sikit dengan buah pinggang dimana buah pinggang pengidap sukar utk meng-discharge lebihan acid uric keluar dari badan. tak payah la aku cerita banyak sgt pasal gout kot, korang bole google sendiri. Apa yg kita makan dalam atkins diet ni? kebanyakannya protein kan? dan apa proses yg terjadi dalam atkins diet ni? ketosis kan? so 2 perkara ni bole yg menyebabkan Gout kita menang motor.. maksudnya gout kita menyerang la. kenapa?


1) Kebanyakan makanan berprotein ialah makanan yg tinggi kandungan purine. So purine yg diproses oleh badan menghasilkan acid uric.


2) Ketosis bukan sahaja menghasilkan ketones tetapi juga acid uric. so lagi hebat ketosis kita n penurunan berat badan kita, lagi byk acid uric terhasil.Ini tidak membawa masalah kepada mereka yang tidak mempunyai masalah gout..


Macam mana saya nak teruskan Atkins Diet kalo saya menghidapi gout?


Gout disebabkan kita byk acid uric kan? dulu kat sekolah kita belajar kalo nak neutralkan acid pakai apa? ye betulll.. alkali. nanti dulu. baca sampai abis.. jgn baca sampai sini jer korang gi beli alkali pastu telan pulak. So ni tips2 yg aku sendiri amalkan.. sbb aku sendiri ada gout:


1) Jgn terlalu teruja nak turunkan berat korang dengan laju. lagi laju korang turun lagi byk acid uric terhasil


2) Cardio / Interval Exercise at least selang sehari. hari2 lagi bagus. 20-30 minit sehari.


3) Research pasal alkaline foods & drinks dan pilih ikut selera dan kesesuaian atkins. Pilihan aku (tak semestinya ikut) ialah:


- Seaweed asli tanpa campuran apa2 perisa (yg ni biasanya sekeping besar macam nak dekat size A4 tu dalam 1g carbs dia).
refer contoh gambar bawah ni






bole ke ganti seaweed ni dengan supplement Spirulina? sbb spirulina pon sejenis rumpai. jawapan dia tak bole. sbb spirulina tinggi protein dia dan besar kemungkinan purine dia juga tinggi. Seaweed takde protein. aku cari gak kalo2 ada Seaweed Extract punya supplement kat Malaysia ni tapi so far belum jumpa.


- Sayur Celery dan Celery Supplements (sayur celery tak payah la aku taruk gambar. google jer. kalo tak kenal gak aku tinju)
refer contoh supplement Celery yg aku amik kat bawah ni:





untuk pengetahuan korang, Celery bukan sahaja makanan beralkali, tapi juga terkenal sebagai negative calories food. dimana jika kita makan Celery, calories kita akan dibakar lebih byk daripada jumlah yg kita makan.


- Green Tea yg takde gula n carbs. fav aku ialah Pokka Japanese Green Tea (jangan salah beli yg Jasmine punya, yg tu ada gula n carbs tinggi giler). refer gambar bawah ni:






ok yg tu suma ialah pilihan aku. tak semestinya korang ikut sbb ada yg pahit dan payau hahahaha. tapi aku ok jer. so korang pilih alkaline foods, drinks and supplements pilihan korang ok asalkan dia compatible dengan atkins diet. Benda2 ni aku consume hari2, contohnya seaweed tu aku jadikan snacks aku time aku rasa nak kunyah2. sayur celery tu aku campur dalam setiap makanan aku... tak kira la sawi goreng ke sup ke ayam goreng kunyit ke suma aku letak celery. celery supplement pulak aku amik tiap2 pagi dengan multivitamin sekali. Pokka Japanese Green Tea tu pulak aku amik segelas selepas setiap meal.


4) Kurangkan sumber protein dari haiwan. So dalam setiap meal korang, bykkan sayur, kurangkan lauk lain. yg ni korang kena byk research pasal high purine foods. elakkan high purine (kebanyakkannya ada dalam animal protein). Tapi korang jgn terkejut. ada jugak sayur yg high purine. contoh: bayam. untuk pengidap gout, elakkan bayam sama sekali. kalo ayam compare dengan ikan n daging. ayam paling bagus. ikan n daging lagi tinggi purine dia. Kurangkan Cheese, mayonese n cuka. Tu semua acidic. dalam mayonese ada kacang tanah iaitu musuh ketat gout. Kurangkan jugak telur. sehari sebijik ok kot. Kurangkan frozen foods seperti sosej n processed meat mcm daging burger walaupun dia low carbs. bole je mkn tapi jgn hari2.


5) Minum air masak / mineral dengan sgt banyak. 4-5 liter sehari. sbb air ni pun sumber alkali n bole membantu mengeluarkan acid uric kita melalui urine. selalunya aku minum tak berhenti. lepas kencing je minum, kencing je minum, minum je kencing. tapi selalunya sejam sebelum aku tido aku stop minum. sbb taknak kencing malam nanti mak aku botakkan rambut aku.


6) jgn induction terlalu lama. dalam 2 bulan tu korang tros switch ke phase 2. tingkatkan sikit carbs consumption supaya berat korang turun slow sikit. dengan cara ini dapat mengurangkan penghasilan acid uric. tapi kalo korang induction takde rasa sakit2 ke ape... bole jer nak teruskan lama sikit lagi pun.


7) sentiasa monitor level kesihatan korang. pegi buat full blood screening n urine test 3 bulan sekali ke 4 bulan sekali ke or 6 bulan sekali. untuk memastikan apa yg korang buat ni on-track. kalo test tu mendapati acid uric korang makin tinggi, so ada something yg tak kena. mintak pendapat doktor atau pakar kesihatan.


8) apa2 yg pantang dalam gout, korang kena pantang jugak. bukan bermakna Atkins Diet membenarkan, korang bole makan. contoh macam udang, ikan bilis, ikan sardin suma tu pantang tetap pantang.

9) Berdoalah hari2 agar apa yg kita lakukan ini diberkati dan direstui Allah. mudah2an niat murni kita ini bukan sahaja untuk kurus, tapi juga untuk memperbaiki tahap kesihatan badan kita, insyaAllah. haaaaaaahhhhhh semputttttttt.


Saya bukan pengidap Gout, ada kemungkinan ker saya boleh kena Gout kalo buat Atkins Diet ni?


Sihat atau Sakit itu semua ketentuan / ujian Allah dan kita sebagai manusia bertanggungjawab atas apa yg kita lakukan keatas fizikal kita. Macam mana pun, gemuk itu tetap tidak sihat. kadang2 bila org tgk kita gemuk, orang ckp "wah sihatnya ko!". korang patut jawab camni... "kepala otak anda. saya tinju anda mahukah?" So kalo nak elakkan peningkatan acid uric di dalam badan kita, walaupun kita tidak menghidapi gout, kita bole jugak ikuti serba sedikit tips2 diatas dan sentiasa buat checkup seperti yg disarankan.


So far ni jer yg aku ingat. kalo ada apa2 aku update lagi. n korang dialu-alukan jugak bagi pendapat or tips korang gak. mesti ramai lagi yg nak tau tentang apa lagi makanan2 or supplements yg beralkali dan membantu mengurangkan acid uric or apa2 acid dalam badan kita. so apa salahnya kita sama2 research n share kat comments bawah ni kan? Sharing is Caring and Caring is not Cacing. Soalan juga dialu-alukan tapi pls jgn tanya soalan2 macam "bole ke saya makan tempe?" "bole ke saya makan roti?" "bole ke saya makan nasi sesuap jer?" "bole ke saya minum susu rendah martabat" "bole ke saya minum soya?" "bole ke saya pakai seluar kotak2 yahudi mabuk?" kalo ada soalan2 camni, harus kena tinju je..


jumpa lagi di post2 akan datang


-ijat yg karchak bergaya

60 comments:

  1. Ijat ko dah trun brapa kg,skarang dh slim ke?..

    ReplyDelete
  2. ikhwan:
    takde la byk pon. aku newbie, baru 2 bln buat. hehehe.. tapi ada la dlm 11kg 12kg camtu turun kot. naik pon penah hahaha. aku terpaksa maintain slow sbb kalo aku turun laju sgt nanti efek kat gout aku. nak kata slim tu takde, tapi macho ada gak terasa sikit.

    ReplyDelete
  3. ijat... lau suplement celery tu mahal x? bape rm ea?

    ReplyDelete
  4. Anonymous (July 15, 2011 7:48 AM):
    yg botol 60 biji tu dalam 50 lebih. sehari mkn 2 biji. try survey kat guardian / watson / farmasi tgk mana lagi murah

    ReplyDelete
  5. haha.ok la tu 12kg,nk tanya ko ada fb x,ak nk add..

    ReplyDelete
  6. yeke aku da ilang 9 kilo(dalam 2 week).. tp aku nk turun lagi dalam 35 kilo lagi.. if nak makan suplement celery tu boleh kan.. aku xde gout la..

    ReplyDelete
  7. ikhwan:
    ada ym?

    Anonymous (July 15, 2011 8:58 PM):
    kalo takde masalah gout, tak perlu pun takpe supplement tu. better include je sayur celery tu dalam hidangan sayur2 yg lain. :)

    ReplyDelete
  8. if mkan telur shari lbih dari 3 biji elok x?

    ReplyDelete
  9. Anonymous (July 15, 2011 10:44 PM):
    takde masalah tapi tak bosan ke? hehe
    kalo bole pelbagaikan menu. mcm2 lagi bole makan.

    ReplyDelete
  10. saya dah buat diet ni start 11.07.2011 dan kini dah 6 hari saya wat diet ni.. alhamdulillah... semuanya terkawal n yg penting sekali saya sgt bersemangat & enjoy dgn diet ni.. cuma saya mengalami sembelit la. mcm mana yer?

    ReplyDelete
  11. Zul just sekadar nk berkongsi, aku rasa diet atkins ni bkn sume org sesuai ko try wt research tgk diet based on blood type, sb darah kite ni lain2 composition die so die nyer efficiency nk mnguraikan enzyme2 lain, contoh research ckp darah O klau protein dr haiwan (ape2 daging) mmg efficient tp klau bahan2 grain (cereal, ke jagung ke ape) mmg slow sket nk proses, try aa tgk

    ReplyDelete
  12. Baju Kurung:
    cari supplement fiber

    mus:
    maksud ko kesesuaian macam mana tu? tak bole buat terus atkins? bole kasi reference tak?
    n pasal proses tu, mmg lain org lain process rate dia. ada org turun berat cepat, ada org turun berat laju. byk faktor yg menyebabkan hal ni, antaranya metabolism.

    ReplyDelete
  13. celery tu bukan supplement fiber ke

    ReplyDelete
  14. Anonymous (July 16, 2011 3:38 AM):
    Celery mmg kaya dengan fiber tapi dia bukan secara khususnya supplement fiber dan takdelah membantu sgt melegakan sembelit tu (kot).
    Sebagai contoh, limau kaya dengan vitamin C, tapi limau tak semestinya bole dijadikan supplement vitamin C utk mengubat/mencegah penyakit.
    Reason yg logic disebaliknya ialah, supplement ialah makanan tambahan yg telah dipadatkan dan sukatannya btol2 mengikut keperluan badan.
    itu hanyalah pendapat saya. mungkin org lain mempunyai pendapatan yang lebih lumayan :)

    tambahan utk Baju Kurung:
    Dzul penah mention dalam salah satu post dia masalah sembelit n supplement fiber ni. nanti cuba cari ok?
    n jgn lupa minum air dengan byk.

    ReplyDelete
  15. ijat ko update la banyak2 lgi.. aku nga cuti sampai bulan 9 ni nak bace lagi byk2 psl diet ni.. contohnya senaman yg perlu ke? ye ak taw senaman tu optional..yg lg specific

    ReplyDelete
  16. mkan byak telur x effect jantung ke? kolesterol dalam telur agak tingi kan

    ReplyDelete
  17. jack...
    green tea lipton tu bpe carbs die..
    boleh minum x?

    thanks... jwp taw. :)

    ReplyDelete
  18. anonymous..
    baca post2 terdahulu mengenai kolestrol..ada butang search di sebelah kiri..

    Semua...untuk sembelit..boleh beli psyllium husk...

    nanti kita akan bincang pasal interval training n cardio training...=D

    Anonymous..ada tertgk lipton punya...macam tinggi..ada yg 0 , tp tak ada logo halal..

    ReplyDelete
  19. yayyyy yayyyy dzul dah balik!
    hahahahaha

    ReplyDelete
  20. nak tanya, sy amik herbalife. tp sy skrg mcm nak try atkin diet pula. utk pengetahuan awk, herbalife kan kena amik shake pagi and ptg. so jika sy nk wat diet atkins ni, boleh x sy continue amik shake herbalife pagi n mlm. so utk lunch sy amik ikan atau ayam bakar mcm atkins.

    soalan kdua, sya xmkn sayur la. any suggestion utk vitamin yg boleh gantikan sayur?

    tq.

    ReplyDelete
  21. afina:
    since awak dah beli herbalife, awak habiskan herbalife tu before start buat atkins ni ok? pengambilan herbalife semasa dlm atkins diet amat tak sesuai.

    naper tak mkn sayur? sayur tu mcm2 nutrient ada. lain sayur lain nutrient dia so keseimbangan tu penting. kalo specifically nak suggest supplement utk replace sayur mmg susah la.

    ReplyDelete
  22. ok sy igt mcm ni, sy nak stop dlu herbalife sbb sy cm gain weight pulak dgn herbalife. so start hari ni sy nak try atkins. can u atau zul advise me.

    kalau sayur sy makan coeslow kfc boleh x? itu je sayur yg sy mkn. huhu.

    bfast: telur scramble egg 2 biji. air 4 gelas before mkn.
    lunch: ikan keli 2 ekor. ayam goreng 2 ketul .
    dinner: ayam goreng 2 ketul.

    in between minum air. okay ke x? if coeslaw boleh amik, then i will insert it in lunch. mcm mana?

    ReplyDelete
  23. afina:
    menu awak so far sounds ok tapi make sure air minum byk ok? sehari dlm 4-5 liter kalo bole.
    coleslaw kfc tu tinggi carbs dia
    saya suggest awak buat coleslaw sendiri menggunakan mayonese yg low carbs
    apa kata awak cuba egg salad?
    try resipi saya ni...
    rebus telur sebiji,
    then hancurkan telur tu
    gaulkan ngn salad + kubis + sikit carrot + mayonese dalam 1-2 sudu + planta setengah sudu
    letak sikit pepper kalo awak suka pedas2 sikit.
    try la :)

    ReplyDelete
  24. okay. terima kasih resipi tu. nak tanya kalau puasa pula mcm mana? sbb sy rasa sahur nk amik shake herbalife. and buka puasa just mkn carb je. ok x?

    ReplyDelete
  25. afina:
    bulan puasa pon bole atkins. Dzul pernah post pasal atkins masa puasa. cuba search balik ok?
    tapi herbalife tetap takleh dlm atkins. carbs tetap kena limit.

    ReplyDelete
  26. hmmm sy baca 2 scoop utk shake bersamaa dgn 8.4 g carbs. cmne tu?

    ReplyDelete
  27. tula. sy xamik. ni baru lepas sahur. sy amik 3 ketul ayam goreng and telur dadar 1. (2 biji telur dlm tu). okay x? nnt buka igt nk mkn, ayam goreng kunyit, sup ayam and ikan. okay?

    ReplyDelete
  28. jat : dzul ckap jgn skip bf/lunch/dinr supaya mengelakan mood lapar kan.

    seandainye aku tak lapar sampai ke petang macam ne? atau pun salah satu waktu makan tu aku tak nak amik sebab kenyang lagi.. nak kene makan jugak ke?

    ReplyDelete
  29. ijat nak tanya lagi, sy ada check website, http://www.myfitnesspal.com/food/search?search=mcdonalds+malaysia

    large fries dia tulis 0 carbs, yeke? ayam goreng 1 set 9.1carbs. cun la kalau nk amik utk lunch. kan sebab sy kalau mkn seketul ayam pun dah knyg boleh tahan smp malam.

    -afina-

    ReplyDelete
  30. sy@hirOo AhmAd:
    kalau kita tak lapar, tak bermakna badan kita tak lapar. mode lapar di sini bermaksud badan kita yg perlukan makanan. so even kita tak rasa lapar sekalipun, makan la sikit asalkan jgn skip meal. tak pun kunyah la chewing gum yg low carbs. jgn telan pulak. breakfast paling penting n jgn skip. lunch jgn skip. dinner pon jgn skip tapi bole kurangkan amount makanan sbb malam kita tak byk perlukan tenaga sgt pon melainkan kita kerja mlm.

    Anonymous:
    sungguh tak logic kentang tu 0 carbs hahahaha. utk nutrition facts yg paling tepat, bila kita order mcd, kat tray tu dia akan alas 1 kertas. kertas ni jarang ada manusia yg baca. dlm tu ada senaraikan suma menu mcd punya nutrition facts. ayam tu percayalah.. mesti lebih dari 9g 1 set huhuhu. kalo 9g sekalipun tetap tinggi n tak sesuai untuk induction phase.

    ReplyDelete
  31. oh yeke? sy salah baca la kot. sbb ada yg ckp kalau nk mkn ayam goreng mcd boleh tp kena buang kulit dia. huhuhu.... btw sy dah try atkins baru 2 hari temasuk hari ni. and paling mengejutkan turun 2 kg!!!!! syukur alhamdulillah.tq dzul sbb ajar. sy nk berusaha utk turunkan lg. insyaallah boleh. doakan ye.

    btw yg supplement celery tu yg blackmore tu, sy blh amik x? utk gantikan xmkn sayur.

    ReplyDelete
  32. Anonymous (July 19, 2011 6:29 AM):
    yup kalo buang kulit bole tapi tak sedap huhuhuhu
    kulit tu yg sedap tu hahahahah
    supplement celery tu tak sama ngn kalo nak ganti sayur. sbb sayur ada byk jenis n mcm2 nutrient.
    apa kata cuba multivitamin

    ReplyDelete
  33. oooo, tp kiranya boleh juga la mkn ayam mcd. sbb leceh la nk goreng ayam. ni lunch senang boleh mkn ayam mcd je. kalau buang kulit, adakah carbs dia akan sama mcm ayam goreng biasa? and sy akan cuba amik multivitamin. wahh awk dah trun 11-12 kg, apa menu awk hari2? boleh bg x? atleast sy boleh ikut yg mana boleh. terima kasih sgt2.

    ReplyDelete
  34. ijat kalau amik multivitamin xde efek ke? cm jadi gemuk ke. ahaha. efek horman. hahaha

    ReplyDelete
  35. afina:
    bole je kalo buang kulit. tapi kalo nak kira carbs dia tepat2 susah la.. mesti ada termakan gak tepung dia sikit2 kan hehe.
    ni antara menu saya:

    breakfast:
    before breakfast 700ml air
    egg salad gaul ngn planta n mayonese + sosej low carbs 1 ketul
    or
    telur dadar 2 biji + cheese 1 keping + mayonese + oblong ayam ramly 2.9g carbs
    or
    telur dadar 2 biji + cheese 1 keping + mayonese + sosej ramly 1 ketul
    sejam lepas breakfast 700ml air

    lunch:
    before lunch 700ml air
    sup ayam + telur dadar
    or
    ayam tandoori
    or
    ayam yg nasi ayam tu (ayam saja)
    or
    ayam goreng
    kadang2 ngn sayur
    (saya mmg gila ayam)
    sejam lepas lunch 700ml air

    dinner:
    sblm dinner 700ml air
    ayam tandoori / ayam roasted / ayam golek + sos hot peri peri nandos
    +
    sayur goreng or sup sayur
    or
    ikan goreng + ayam goreng + sayur
    sejam lepas dinner 700ml air

    multivitamin tu takde efek pape pon.. lebihan vitamin yg tak diperlukan, badan kita akan buang. sbg contoh, kalo badan kita dah cukup vitamin B, vitamin B tu akan dikeluarkan melalui urine.. so kita leh tgk urine kita warna macam hijau.. tu ialah lebihan vitamin B.

    ReplyDelete
  36. ohh okay. wahhh cun gila diet! ayam tu awk makan bape ketul?
    sy pagi tadi,

    before breakfast minum air dlm 500-600ml kot.
    telur scramble, ayam goreng kecik2. (size ibu jari) byk gak la. dlm 10 ketul. hehe. (xpe kan???) tuna sikit.

    lunch, ayam kenny rogers, 1/4 je. sbb xnk membazir, sy mkn la coeslaw dlm 3 suap. tp sikit lah. pakai garfu.
    air suam.

    dinner, sy dah tapaw ayam kenny rogers peha dua. so, tu je la kot dinner. atau pun sy mkn la dgn supayam ke apa ke.

    okay x? and td after lunch sy mkn multivitamin blackmore. baru beli.

    ReplyDelete
  37. afina:
    menu pass tapi air kosong make sure minum byk2

    multivitamin tu seelok-eloknya mkn pagi2 selepas breakfast

    all the best ok.

    ReplyDelete
  38. ijat. sy tadi mkn dinner, ayam 2 ketul peha kenny rogers, pastu mkn ayam goreng kunyit and sup ayam. tp awat berat naik sekilo. :(

    ReplyDelete
  39. afina:
    lepas mkn ofkos la berat naik cik adik oiiii..
    waktu paling tepat utk timbang berat ialah bgn pagi lps buang air tapi before mandi.

    ReplyDelete
  40. ijat, afina ni. alhamdulillah, pagi tadi timbang before sahur turun sekilo. hahahahaha. oh my! hari ni puasa, hopefully turun lagi 1 kg. ya allah, terima kasih kat ijat and dzul ye. sy sebelum ni dah buntu pikir nk turunkan berat badan. akhirnya turun jugaaaa!!!!! :DDDDDDD terima kasih memperkenalkan atkins. and time kasih kat kak long sy sebab bagi link blog ni!!!

    ReplyDelete
  41. best betul tengok korang berdiet nih.. hari2 gua usha comment2 korang.. dah macam pesta berdiet kata ko..... ditambah lagi dkt nk raya ni kan... gudluck all..

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum wrt. wbt.
    alhamdulillah.. suka saya baca artikel n comment2 dri semua org.
    kat sini sy pun ada sikit nak kongsi pengalaman yg sy dah lalui.. sy start join blog ni dr tahun lepas. dan from 10.01.2010 sy berazam nak turun kan brt badan. dah hasil nyer WOW!!! sy dah turun 13kg. cara yg saya ikuti jalani diet pemakanan mengikut kumpulan darah. dan saya Jenis darah A. so darah A adalah VEGETERIAN. jadi.. sy sayang dan suka sayur-sayuran.. selain itu saya ada mengunakan dan memakai DETOX TIGHT utk melancarkan peredaran darah/ membakar kalori dan melancarkan pembuangan air (kecil, besar dan angin). apa yg pasti, sy kena usaha gigih lagi sbb impian utk berat yg ideal lum tercapai.. USAHA PASTI JAYA.

    ReplyDelete
  43. kak zila, cara detox tight tu mcm mana?.. hehe.

    saya baru start hari isnin. emmm dah 4kg turun dlm masa 5 hari. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  44. ijat, saya rasa berat sy maintain x turun sebab sy ada makan, ayam madu utk buka puasa. xboleh ke mkn ayam madu and puding gula hangus skit?

    ReplyDelete
  45. Hahahah.... afina, ceq tengok hang macam dah kurus... nak kurus lagi ke?

    kalau tak silap dzul ada kata ada satu tahap dimana berat bdn tak kan turun lg. ntah2 hang dah sampai tahap tu kot. hehe

    ReplyDelete
  46. syahiroo afina ni.

    eh itu gamba lama! hahahaha, emmmmm... saya nak tunang. sebab tu sy perlu kurus. lagpun sy ganti puasa last week. so berat x turun sgt. tapi pagi ni dah turun balik. alhamdulillah. heeheeeeeee. sy rasa betul la diorg ckp kalau bulan puasa, mmg berat lambatttt sikit turun.

    ReplyDelete
  47. afina:
    harus la madu tu takleh makan cik adik
    puding gula pon tak bole
    apa2 yg ada gula suma tu takleh

    ReplyDelete
  48. no wonder berat sy 2 hari baru turun 1 kg. hahahaha. salah makan rupanya! hehe okay2.

    ReplyDelete
  49. salam dzul dan para pesakit gout, aku da cube 1ubat ni blh neutralkan air msak mnjdi alkali dan ubat ni xgnakn bhan kimia pn...dan dluluskn oleh kmentrian kshatn, sila google "JINLIYUAN" utk mklmt lnjut, alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  50. JINLIYUAN ni oke ke? ade sape2 da cube?

    ReplyDelete
  51. salam...sy tak dapat cari laa seaweed yg takde perisa...saya makan yang "tao kae noi" tota carbs dia 4g...boleh tak?

    ReplyDelete
  52. sy nk ikut diet ni... sbb sy bwu thu uric acid dah melebihi tahap normal.. 466umol/l daaa... tp bukan gout k..

    ReplyDelete
  53. nak tanyer laa apsal biler mintak suppliment celery tue kat sinie (mesir) diorang cakap x der eh?? dier ader namer saintifik ker??

    ReplyDelete
  54. Salam, kalau masa atkins ni ambil spirulina 5 bijinpg, 5 biji malam boleh ke? Ganggu diet x?

    ReplyDelete
  55. thank utk info. sy pun nk startla buat atkins.

    ReplyDelete
  56. Dah termakan syur kfc:(

    ReplyDelete