Friday, July 20, 2012

Atkins dan bulan puasa .

Assalamualaikum..

pertama sekali , korang jangan menggedik ye nak buat mukat terkejut :wah! dzul update! ajaib!" ..
dan macam biasa , sila baca dari bab 1 dulu..soalan yg berulang , tak akan dilayan kecuali jika anda perempuan bawah 25tahun..haha..


**********************************************


macam yang dah dijanjikan..aku nak update pasal diet atkins di bulan puasa..
sebelum melalut dengan lebih panjang , aku bagi sedikit peringatan ye..sikit je....maybe banyak..huhu
dalam ni aku cerita macam mana nak diet masa puasa cara Atkins.so , apa yang aku tulis , itulah yang boleh . ikut lah cenggitu . kalau korang nak modified bagi lain , itu terpulang kepada korang nak buat diet apa pun..cuma aku ingatkan , kalau diet tu , makan and makan..jangan gantikan makanan dgn benda bukan2...


ok..
konsep masa diet atkins di bulan puasa , aku suka guna ratio 2:1 .
membawa maksud ..
2 untuk sahur , 1 untuk berbuka.


contoh . 1 saiz hidangan atkins 
ayam 2-3 ketul air 5-6 gelas , sayur 1 mangkuk 
ayam tak kisah ayam apa , cuma..kalau ayam tu berkuah , jangan ambil sangat kuah dia..


ok..kalau waktu sahur kena makan dalam saiz hidangan 2 . maksudnya .. ayam korang akan jadi dalam 6 ketul , air dekat 10 gelas , dan sayur 2 amngkuk . kenapa? sebab korang perlukan tenaga yang banyak untuk aktiviti harian . air banyak tu jangan lupa!!!!  dan jangan juga lupa mutivitamin .

waktu berbuka pula ambil 1 saiz hidangan.kalau lebih sedikit tak jadi masalah punya . kalau dapat bersenam lagi cantik.


tips dia senang je ... JANGAN KANTOI!! kalau tak kantoi , korang konfirm berjaya!!! ni bukan macam exam dalam u kalau kantoi boleh try next sem weih..haha


apa2 soalan tanya je kat bawah ok??
info , kurma 1 biji 5g carbs .. terpulang kpd korang mcm mana nalk organize dia ok..


minta jasa baik korang untuk like page  Givephotovideo


dan add fb saya ( dzulfikri zulkifle )


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yg MULIA . SEMOGA BERTAMBAH PAHALA  dan KURANGLAH DOSA . insyaALLAH


.........

Wednesday, July 18, 2012

Raub !!

Assalamualaikum..

pertama sekali , korang jangan menggedik ye nak buat mukat terkejut :wah! dzul update! ajaib!" ..
dan macam biasa , sila baca dari bab 1 dulu..soalan yg berulang , tak akan dilayan kecuali jika anda perempuan bawah 25tahun..haha..

******************************

aku tau apa yang korang tak sabar sangat nak aku update?
pasal Atkins masa puasa kan???
yes aku tepat sekali!!!

kalau nak aku update pasal puasa , boleh..tp 1 syarat..korang kena bagi aku update pasal tourism malaysia dan kementerian pelancongan dulu sebab dah belanja www.taknakgemuk.com 1 trip yang sangat la besttt!!! nanti lepas aku dah update pasal ni , lusa pagi , lepas pukul 6am , bunyi je kokokan ayam jantan yang pertama ,aku update pasal puasa terus . (kat sini mana ada ayam .yesss)

pada 13 julai yang lepas , acara yg penuh gilang gemilang ,berkelipan dan lagi terang daripada lampu motorsikal telah diadakan di Raub , Pahang . iaitu Majlis Pecah Tanah Perhentian Bas baru di Raub
KERtama sekali, mari aku cakap..aku ada pakcik di raub.dulu aku pernah pergi raub . dah lama la..last masa sekolah menengah kot.sekarang aku dah belajar kat Unisel (saja nak mention) huhu.


Aku mesti katakan yg Raub sangatlah maju sekarang . ini semua atas usaha DatoDr Ng Yen Yen ingin menjadikan kawasan raub sebagai kawasan eko-pelancongan .
i told u my pren , kalau nak bercuti melawat kawasan yg ala2 sekolah lama (old school) silalah datang ke raub . pelbagai aktivit dan kemudahan yg disediakan . 
tempat penginapan? selesa gila weh . haritu kami tidur di Hotel Jelai . semuanya ditaja . terima kasih Tourism Malaysia dan kementerian pelancongan ..:)


perhentian bas Raub akan mendapat nafas baru.maksud aku nafas baru tak bermakna yg perhentian bas tu boleh bernafas macam kita . jangan tadika sangat ok .perhentian bas baru di Raub akan dilengkapi dgn kemudahan2 asas yang serba baru macam baju raya korang tahun ni . 
Ok , ni ada beberapa gambar ..


Jangan lupa melancong di Raub!!!!!














itu ada sedikit gambar dari Raub ... nanti aku akan upload video pulak.. thanks tourism malaysia and kementerian pelancongan kerana menyuppport www.taknakgemuk.com !! :D




aku janji , lusa aku akan update pasal puasa ok?? :)




********************************************************************


jangan lupa yang untuk join otot kalau korang nak lebih mudah dalam diet , tak perlu baca panjang , dzul yang terangkan face to face..heheh . KLIK sini

Tambahan lagi , Give photography ada buat promosi untuk video kahwin . KLIK SINI

Tuesday, June 5, 2012

Dengar ni kawan2! jangan kurang makan!!

Assalamualaikum.. dan hai!

macam biasa , sebelum korang baca dengan lebih lanjut dan mula mengomen , sila khatam dahulu daripada Bab 1 . Ini untuk mengelakkan soalan pelik dan berulang . Sila jangan tanya soalan seperti "dzul , bila malaysia nak masuk fifa world cup" 

diskaun 20% untuk OTOT untuk masa ini! :D
KLIK

********************************************

JANGAN MAKAN SEDIKIT


*ini memang aku nak tekankan sangat . Korang ni pelik la . suruh makan , taknak pulak , hantar pergi uganda kang baru tahu . 


*bila kita kurang makan , metabolisme akan rendah . bila metabolisme rendah , apa jadi? paras air laut naik? takkk ... berat kita akan turun dengan lebih perlahan .


*bila kita kurang makan , kita terdedah dengan kekurangan nutrisi . tak mustahil kita akan mendapat perkara yang tidak elok . perkara yang tidak elok tak bermaksud berjumpa hantu pocong yg meminta supaya dilonggarkan sedikit ikatan di kepala sebab panas .


*maksud aku perkara yg tak elok tu macam ni . Ada 1 kes , dia makan 0 karbohidrat . Hasilnya? hampir pengsan semasa melakukan senaman . kalau orang dah suruh makan 20g carbs tu , jgn la skip atau kurang makan . Babab kang !


*berapa kali dah pesan jangan skip makan?  ni nak pesan lagi . Jangan skip makan . eh , lagi sekali la , jangan skip makan!! paling minima adalah seperti biasa , 3 kali sehari . jangan ingat kalau skip satu waktu lagi cepat kurus , nanti metabolisme jadi rendah . nak elakkan mode lapar . nanti apa? nanti metabolisme jadi rendah (jerit kuat2 dalam office tu ok?)


*tolong ye , sekali lagi dingatkan , jangan amalkan Carbs sifar . Kalau korang amalkan jugak , taknak update blog dah .....


*lagi 1 kalau kita skip makan sebagai contoh.. nanti kita tahan lapar ,takut nanti sekali kita kantoi , kita tak dapat diet balik dahhhh...

*********************************************

jangan lupa yang untuk join otot kalau korang nak lebih mudah dalam diet , tak perlu baca panjang , dzul yang terangkan face to face..heheh . KLIK sini

Tambahan lagi , Give photography ada buat promosi untuk video kahwin . KLIK SINI

sekian , dzul melaporkan dari batang kali di tempat yang sunyi pukul 5pagi . haha .

Monday, May 21, 2012

Pengumuman.. Berehat!

Assalamualaikum..

ok , macam biasa , baca dulu daripada bab 1 dan khatamkan semua isi kandungan blog sebelum korang keluarkan apa2 soalan.ini untuk mengelakkan sebarang soalan pelik seperti kenapa motor tak ada tayar spare..


************************************************************



Saya akan berehat daripada segala urusan berkaitan dengan www.taknakgemuk.com untuk 3-4 hari bagi memberi ruang kepada sy menyelesaikan segala urusan untuk saya masuk ke Universiti .


diskaun 20% untuk OTOT untuk masa ini! :D
KLIK


Harap anda faham..segala soalan akan dijawab oleh admin saya... 




Wednesday, May 16, 2012

Senaman??!!!

Assalamualaikum..
haipp..jgn buat muka terkejut dzul update blog ok? mulai sekarang nak berubah , nak jawab semua komen dgn cepat dan rajin update blog untuk mengelakkan rindu korang semakin membuak buak...


ok , macam biasa , baca dulu daripada bab 1 dan khatamkan semua isi kandungan blog sebelum korang keluarkan apa2 soalan.ini untuk mengelakkan sebarang soalan pelik seperti kenapa motor tak ada tayar spare..

www.taknakgemuk.com juga dalam usaha untuk refurbish(aku sendiri pn takpaham maksud dia) balik blog ni , mana2 perkataan yang terlampau singkat yang menyukarkan pembaca yang lebih berusia untuk faham ,akan diubah semula... seriously aku rasa aku ni sangat prihatin..haha..

ok,good news! discount 20% untuk OTOT sepanjang mei ini..klik SINI untuk mendapatkan maklumatnya,,,
Rugi kalau tak join OTOT ni , macam2 dapat...heheh


Penjualan ebook masih berjalan seperti biasa..KLIK SINI

Saya aktif di FB sekarang..ini akaun facebook sy.. lagi aktif drpd bersukan..

*************************************************************

Ok , cerita sikit pasal exercise..

Dr. Atkins ada kata , (dalam omputih la , bila masa Dr. Atkins jadi melayu kan )
"exercise is non negotiable" ... kenyataan ni tak membawa maksud yg exercise ni macam business online , boleh nego2..huhu...

Maksud dia , exercise ni mesti ada.
Ada yang bila buat diet , langsung taknak exercise... apa kau fikir buka peti ais ambil makanan tu kira exercise ke?

Yang menjadi persoalan sekarang ni , ramai tanya , perlu ke buat exercise macam bodybuilder? Macam mana pulak kalau makcik ni dah berusia dan tak larat nak exercise?

Bila cakap mesti exercise , tak bermakna kena exercise gila2...jangan jadi taksub sangat... kecuali la kalau berkemampuan... Korang boleh buat weight training , cardio , interval , masing2 ada kelebihan tersendiri...tapi kalau dah berat 120kg ke atas , nak jalan pun sakit lutut , yg kau pergi buat full squat tu apesal , nanti injured , last2 tak boleh bersenam langsung..ape cite???

ikut kemampuan , asalkan ada senaman.. jangan ambil risiko kalau tak mampu.. kalau agak2 angkat gula 2kg pun dah boleh patah tangan , gatal weight training dgn 10kg nape?

apa yang aku cuba maksudkan sekarang ni , kalau kita dapat injury , lagi hampeh tak dapat exercise...dannnn...berdasarkan observation sy , orang2 yang terus buat senaman gila2 , hanya akan kekal bersenam buat sementara waktu je..sebab nanti dorang akan boring..ha , ini penting , buat exercise yang korang enjoy .. katakanlah suka joging , joginglah..nanti bila badan dah boleh gerak banyak , dah rasa ringan , buat weight training..  jujur aku cakap , masa berat aku 150kg , mana mampu aku buat weight training? just boleh jalan2 kat taman je tengok gadis2 yang bukannya boleh dapat pun..haha...

Taknak exercise? ok.. bayangkan sekarang ni korang dalam KETOSIS...dah ready ni nak bakar lemak.. tapi korang buat bodoh je , tak gerak... mcm mana loemak tu nak hilang kalau lemak tu tak digunakan WALAUPUN masa tu korang tengah ketosis...

banyak lagi aku boleh meraban , tapi aku undur diri dulu lah , nanti korang bosan dengar panjang sangat..(bukan korang dengar pun , korang baca..kannn..)





***************************************************

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul

Sunday, April 29, 2012

Group "Buang Lemak dengan Atkins"

Assalamualaikum... =D

hye! lama tak jumpa! jangan menggedik la cakap "eh , dzul update la!" . Bukan taknak update ok , aku busy sikit , nak beli kain buat baju raya , langsir , tepung tok buat kuih raya lagi..kannnn...

Ok , macam biasa , sebelum tanya apa2 soalan , pastikan anda khatam daripada bab 1 dulu..Ini untuk mengelakkan soalan berulang .. dan ada bebrapa info yg tak dikemaskini , lihat post2 terbaru ok?

Jangan lupa , ebook taknakgemuk.com masih ada , jangan lupa dapatkan..klik disini untuk membeli..

*************************************************************

Group "Buang Lemak dengan Atkins" dibuka di Facebook!

Group ni apa?  sejenis kuih tart? heh..bukanla..
Ni adalah group di Facebook , yg dibuat di bawah taknakgemuk.com untuk follower2 yang ingin diet , tapi inginkan kawan2 memberikan semangat..

Dalam group ini , kita akan melakukan induction selama 1bulan setengah...
Kebaikan diet dalam group:

Dapatkan elakkan daripada kantoi sebab masing2 akan beri semangat! Sesiapa yang kantoi diet dalam group ni , akan dikutuk dan dicaci..:p
bila kita diet dalam group , kita akan update menu kita dan share resipi2 kita..jadi , kita akan lebih bersemangat..
kita jugak akan berkongsi senaman yang kita lakukan dan kita akan terus motivate untuk senaman sebab kita nak tunjuk kat kawan2 dalam group yg kita ni bukan yo yo o jeee...


Untuk join , mesti ada Facebook dan KLIK LINK INI
lepas anda dah diApprove untuk join group ini , baca dulu peraturan dalam tu eh.. :)

Jadi , join group ni , terhad kepada 70 orang je..taknak crowded sgt...ingt , dalam sebulan lebih ni , banyak boleh kurang! :) we can do it!!

*********************************************************



Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. 
KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul...

Monday, April 9, 2012

jawab soalan (moderator)

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..
mula2 skali, terima kasih kepada DzulFikri OUR SIFU! sebab dah bagi macam2 info pasal diet.. kepada semua, saya telah diminta ehem.. digaji oleh encik dzul yang kaya untuk melakukan kerja ini, iaitu menjawab soalan kalian.. oleh sebab encik dzul yang hensem terlalu sibuk melihat ringgit malaysia masuk kedalam poket.. hehe...(jangan marah yer dzul macho... nak perkenalkan diri, bazir masa pula.. TAK PERLU OK!

seperti biasa, kepada sesiapa yang belum membaca blog ini, sila baca daripada awal post sampai akhir, untuk mengelakkan encik dzul mengamuk kerana terpaksa jawab soalan sama...

kepada yang berminat untuk one to one tutor.. sila ke KLIK

dan pengumuman! e-book dah keluar! sesapa yang nakkkk... dan berminat! sila ke Ebook

***********************************************************************************

soalan 1
as salam zull

nak tanya jika saya batuk dan minum sirap batuk dan sirao batuk itu ada mempunyai campuran madu,adakah ia akan menganggu diet saya?

jawapan : yer, menganggu. sebab ada madu. dalam madu ada gula.. dalam gula ada semut! ada carbs la.. kalau batuk banyakkan minum air suam.. :)


soalan2
salam dik,

aku dah terujas gilas dgn ko punya site ni. dah khatam dah baca.. n serius aku rs diet atkins ni paling senang nak buat kot except nak telan air masak tu, overlimit aku.. hahaha..

okay stret forward... soklannya:

1. Aku ni peten x amik breakfast. sebab apa? bukan sebab aku malas bekfes. Sebab aku hari2 kerja sampai 4-5 pagi. So kalau dah 4-5 pagi ofkos aku bgn tghari or lepas tghari. So adakah ketosis akan terganggu sebab aku x breakfast?

2. Sejujurnya aku punya rutin makan mmg lari. So xde istilah breakfast, lunch utk aku. Lunch aku stat dlm pkl 2 ptg sbb masa tu aku br lps mandi n nak pg keja. Dinner je wujud tp tu pun lewat. Tapi ko dah ckp jgn mkn lps pkl 8. Mandi toqq! Bila aku kerja smpi awal pagi, ofkos dicelah2 keheningan malam tu aku akan lapar. So kalau aku nak makan saladke, ikanke bleh x? tp bknlah bedal ikan dlm 5 ekor, cuma nak buat alas perut je. boleh tak? boleh tak?

3. Ni satu lagi masalah dlm hidup aku, aku xleh tinggalkan kaffein, dah sebati. Kalau satu hari aku x minum aku akan malas, lemah, longlai. Bila malas, kerja x jln, pastu bos aku kompomlah marah bila keja x jalan. So klu aku nak amik jugak tp kandungan gula hanya setengah sudu je boleh x? Secawan pun jadikla dpt ilangkan gian terhadap kfein tu.. boleh tak? aku baca 1 sudu gula = 4g carbs. agak tggilah, so aku kena kurangkan gula tu. boleh x?

Lagi satu, aku dh bkk si BOWULF tu punya youtube, cam menarik je menu dia, bleh ikutke menu atkins dia tu? Tu jelah kot buat masa ni.. ni pun dah berjela dah.. Thanks anyway! =D


jawapan :
1- ehem.... solat subuh jangan lupa.. lepas solat baru sambung tido tau.. okis? bila dah bangun tido tu terus makan ok! dan kalau dah macam ni, boleh la dinner lambat skit.. kan kerja shift lewat.. ketosis insya-Allah tak terganggu selagi tak terkantoi.. cuma kalau kurang makan, maka metabolisma rendah ler untuk bakar lemak.. jadi penurunan pun macam siput LAJUNYA...

2-boleh! sebab tido lambat.. encik dzul kata jgn dinner lebih kul8 sebab orang tido dalam pukul 10 gitu.. jadi kalau dah kes macam vertigo ni, dimaafkan... bekpes lambat, dinner pon lmbat.. tapi jangan makan lps tu tido tau!

3- saya cadangkan anda membeli decafee coffee... cari di pasar raya.. dan beli swetener atau gula stevia.. kalau swetener tu ada gak carb.. tapi rendah la.. kalau stevia 0g carb.. jimat kan?? tapi hati2 sbb takot nanti ketagih dengan gula.. so, hancurlah harapan untuk menjalani gaya hidup sihat.. slow2 buang yer.. skali skala takper...


soalan 3
dah try seminggu x turun sgt sbb lum khatam blog adik ni.rupanya banyak langgar pantang.isnin ni nak start semula.boleh tgok menu sya ni x..kira lulus x lam diet atkins ni.
bfst-telur rebus 2 biji+mayonis
lunch-dada ayam goreng+mayonis+salad
snack-telur rebus 1 bji
dinner-tuna+telur sebiji+chesee=omelet
air mineral 3 botol besar sehari.
kena beli telur bebanyak la ni..
lagi satu boleh bitau vitamin ape sesuai tuk saya yg baru nak start ni sbb x pnah mkan vitamin..


jawapan :
menu canteekkkk! tapi jangan terlalu bnyak mayonis.. sesudu or dua sudu ok lagi... pntau selalu carb counter yer..

suplement mana2 pun buleh... tak kisah.. pergi je farmasi, mintak multivitamin...

soalan 4

salam en.dzul...

sy ni setiap hari amal makan buah tin,kurma n mnyak zaitun.. so klu sy nak diet atkin ni, boleh tak sy teruskan amalan makan buah2 ni?

lagi satu, sy dah pnh try diet atkin ni, tp kantoi n dah lama sgt xmula balik, klu kta mula balik boleh ke? mcm mana en. dzul buat supaya bertahan ea?? dari sudut kewangan lagi,, nafsu makan lagi,, sebab sy student, so diet ni mcm mkn modal jgk la nk mkn ayam shari 2x.. dengan lemah n pening2 dekat seminggu...


jawapan :
wsalam (walaupun bukan encik dzul)
huhu.. menurut diet atikinss ni.. tak boleh la.. kurma dan buah tin banyak carbs sbb manis dan bergula.. jadi kene stop dulu wat sementara waktu.. saya faham, sebab saya pun mengalaminya.. rasa kiciwa... huhu... tpi takpe.. nanti lepas kurus makan balik ok!! bukan lama pun.. ce try dalam sebulan dulu, nanti buleh la tambah skit2 buat tu... minyak zaitun tak apa kot.. kalau tak ada gula didalamnya..

boleh mulakan balik.. dengan induction yer... hadkan 20gram carbs... untuk bertahan?? yang ni kene tanya encik dzul.. tapi saya boleh jawabkan dari segi logiknya insyaAllah...
tanamkan sifat syukur.. bersyukur dapat TURUNKAN BERAT TANPA PERLU BERSENAM DAN TANPA PERLU BERLAPAR... kira hebat la kan! org lain punyala seksa nk dapat bentuk idalam.. kita ni turun camtu je.. huhu..
lemah dan pening tu kesan permulaan sahaja... tpi kalau berterusan, sila jumpa doktor.. dan diet atkins ni tka semestinya makan ayam tiap2 hari.. telur kan ada! tauhu boleh makan kalau hadkan 2 ketul sehari... 80sen je 2 ketul kalau kat ganu ni.. kalau nk diet kene aga goal tau! tulis nk brapa berat idaman! tulis pnurunan! dah nampak penurunan mesti lebih bersemangat!! kalau rasa down, baca balik blog ni dari awal sampai akhir. baca buku encik dzul yer... terimass kasiss..

mohon maaf kepada semua jika anda kecewa dengan jawapan saya.. kecewa kerana tak boleh beramah mesra dengan encik dzul.. harap ampunkan.. encik dzul terlalu sibuk


sekian terima kasih..
moderator baru.... Farahiyah Amirah
Manir, Kuala Terengganu, Jordan

Thursday, April 5, 2012

Ebook Terbaru! :D

Assalamualaikum..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , MESTIlah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni . 

************************************************************


PENJUALAN EBOOK  "Tips , diari , resipi dan kiraan karbohidrat" ...


apa yang ada dalam ebook ini?


Nota suara (memo suara) mengenai tips penting dalam atkins...lebih 10 minit... suara aku..haha.. tips2 ni ada yang tak ada dalam buku atau pun blog tau..so , jgn lupa dapatkan.. :D


Food diary
diari makanan untuk seminggu...dah tersedia! korang follow je la:D


Resipi! lebih daripada 20 resipi rendah karbohidrat!
antaranya..
lemon sausage
simple soup
mix breakfast
ayam percik
chicken ball
ikan portuguese
ikan steam
ayam masak lemak
ayam masak kari
ayam asak kurma
ayam rendang
veggie rol



semuanya dah diubah suai supaya menjadi rendah karbohidrat..


dan akhir sekali carbs counter..lebih daripada 200 makanan.. :D




Bagaimana untuk mendapatkan ebook ni?


harga ebook adalah rm15....


cara untuk membeli?


mula2..
bank in rm15 ke 



DZULFIKRI BIN ZULKIFLE
CIMB-12560008934528
MAYBANK-162076610408


selepas dah bank in , emailkan nama dan transaction no. korang ke taknakgemuk@gmail.com

link untuk download ebook akan dihantar pada pukul 2.30pm esok, jumaat , atas sebab2 final touch up..



peringatan penting . harap tidak ada sesiapa yang melkukan cetak rompak (copy) ebook ini 
kerana hasil penjualan digunakan untuk blog ini jugak . 


lagi satu , nanti aku akan adakan satu contest yg sgt besar dgn hadiah yang menarik!! :D




200 copy sahaja akan dijual


*****************************************************



Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Canada



Thursday, March 29, 2012

Semangat la sikit~!!

Assalamualaikum..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , MESTIlah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni .


Minggu lepas handphone aku dicuri ... dan sekarang ni aku guna handphone harga rm50 tu pun pinjam duit  mak , huhu , jadi , aku dah hilang semua no. telefon client... dan tak silap aku ada 3 orang yang bukunya gagal dipostkan atas sebab2 Pos Malaysia return parcel dan lain2 , sila sms balik no. telefon korang ok . tak perlu lah sms hobi , makanan kesukaan , dan lain2...


Sesiapa yang berminat mendapatkan program One To One Tutor , sila KLIK SINI

terbaru , client One To One Tutor (otot) yg berusia lebih 50 tahun berjaya kurangkan saiz baju drpd 3xl ke xl.. jadi , siapa kata kalau dah berusia susah nak turun berat?   =D


************************************************************
 Post kali ni aku nak utamakan pasal motivasi boleh?
jangan risau , ni bukan motivasi Dato fadzilah kamsah , ni ABG DZUL punya motivasi . haha , geli ...


Ramai sangatlah antara korang ni yang semakin susah nak berdiet . Korang semakin hanyut dalam lautan yang tidak berpenghujung... ewahh... huhu.


Sedar tak badan tu dah mcm mana? kalau badan berat , nanti naik cruise pun kapal boleh tenggelam tau? sia2 dapat buat movie titanic2 ..


Berubah daripada sekarang . jangan bagi alasan . kalau aku dan testimonial2 yang lain boleh , kenapa korang pulak tak boleh? sila lihat bahagian testimonial kat atas ye untuk bakar semangat . 


Masalahnya sekarang ni bila korang berdiet . Mula2 korang semangat , tapi ada sekali gf ajak makan mcD , (gf pun gemuk , haha) korang pun cair dan hancurkan diri korang dalam double cheeseburger yg tengah murah sekarang .


Tahan sikit! ingat apa jadi kalau korang biarkan diri korang macam tu . Sekarang mungkin tak ada apa2 kesan .  tapi nanti? nak tunggu sampai sakit? nak tunggu sampai teruk semput korang tu ? Berubah! kita diet sama2 ok? ! join fanpage taknakgemuk untuk dapat motivasi dari rakan2 lain .



Lagi satu! korang mesti tgk Video ni untuk motivation!





*****************************************


Soalan
1. Aku ni peten x amik breakfast. sebab apa? bukan sebab aku malas bekfes. Sebab aku hari2 kerja sampai 4-5 pagi. So kalau dah 4-5 pagi ofkos aku bgn tghari or lepas tghari. So adakah ketosis akan terganggu sebab aku x breakfast


Jawapan 
Kenapa dah mcm burung hantu? huhu . takpe , kerja shift malam kan? then , ubah jam dalam badan tu.. makan mesti lengkap 3 kali jugak tak kira apa pun . kalau tgh hari tu bro punya pagi , then  makan terus lepas bangun tu . Kalau waktu tgh mlm bro punya dinner , makan jela... yang penting tidur cukup . sebab ada kajian menunjukkan tidur tak cukup memberi kesan kepada penurunan berat badan . sama la mcm aku . dulu selalu berjaga kekadang main msg sampai pagi , and then tak tidur . sekarang bila dah tak ada org nak msg ngn kita , tidur pun ok . haha


Soalan berikutnya aku jawab lusa sebab sekarang nak Jog!! :D


Jangan lupa nanti minggu depan Ebook terbaru taknakgemuk ! :D


********************************************************


abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;) sy juga mengharapkan mana2 insan yang sudi menyeponcer untuk perjumpaan 2012 ini ... 

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Switzerland . 

Wednesday, March 21, 2012

Honeychikcs dah Tinggi Carbs?

Assalamualaikum..

Assalamualaikum !!
www.taknakgemuk.com sudah pun berubah rupa kepada rupa yang lebih simple dan memudahkan orang yang ada masalah rabun warna untuk baca . Kelllllasss kau dzul ambil berat pasal colour blind.. huhu..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , wajiblah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni .

tolong baca ni..
bulan Jun mungkin aku akan travel ke Sarawak , konon nak jadi backpackers , dan mana tahu ada orang nak OTOT kat Kuching kan? meoow...huhu..
jadi , kalau korang nak tengok aku habiskan semua makanan kat Kuching , tolong like gambar ni di Facebook boleh? akak yang baikkk hati dan pemurah ni nak bagi aku tiket free... kelllasss kan? haha..
dijangkan akan ke Kuching drpd 26jun hingga 7julai...
tolong Like gambar ni di Facebook eh? TEKAN SINI

Sesiapa yang berminat mendapatkan program One To One Tutor , sila KLIK SINI

terbaru , client One To One Tutor (otot) yg berusia lebih 50 tahun berjaya kurangkan saiz baju drpd 3xl ke 2xl.. jadi , siapa kata kalau dah berusia susah nak turun berat?   =D

***************************************************

Ok..
ingat tak aku selalu sebut pasal honeychic ? aku sebut honeychic lagi banyak daripada aku sebut "apa khabar" kat orang ramai.. huhu..

Honey chic adalah antara sosej paling rendah karbohidrat.. 0.21g untuk 1 batang .
walaweih , rendahnya , lagi rendah daripada kawan2 aku yang pendek..

tapi..baru2 ini , honeychic dah keluarkan package baru..


Thanks kepada FB friend aku (sori lupa nama) untuk gambar di atas.

Sekarang , karbohidrat untuk sebatang sosej ni , 4.9g . yeay , tingginya , kalau aku dah cakap carbs dia tinggi , jangan la gatal pergi beli ok?
aku bercadang untuk email syarikat ni mengenai package baru dan nak tanya samaada package yg lama keluar lagi tak..

*****************************************************

abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;) sy juga mengharapkan mana2 insan yang sudi menyeponcer untuk perjumpaan 2012 ini ... 

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Brazil. 

Saturday, March 17, 2012

Jawab Soalan?

Assalamualaikum!!

Mcm biasa , masuk blog ni , perkara pertama yang korang mesti buat , khatamkan dulu blog ni daripada awal sampai habis bermua bab 1.. lepas dah khatam , senyum , dan katakan dgn riak , "aku dah berjaya baca benda panjang.." huhu...

Plus  , kalau berminat , boleh la join program OTOT ni . maklumat lanjut , sila KLIK SINI . Kita dah ada ramai client yang berjaya . masing2 dah kurus and bergaya , ha , kau adeeee??? =D 




kellllass korang sebab aku akan buat ebook terbaru yg bertajuk " cinta hati" .. kah3 , gurau , apa kejadah la dzul nak buat novel cinta kan?
www.taknakgemuk.com akan mengeluarkan ebook  "tips penting , menu , senaman , diari ,dan kiraan karbohirat dalam Atkins"
ebook ni memang berlainan daripada buku diari bagaimana saya kurus sebab terdapat banyak menu untuk atkins dan carbohydrate counter dannnn.... tips melalui audio drpd DZUL!
harga ebook dijangka rm15-20 dan akan dikeluarkan insyaAllah hujung minggu depan..limited edition dan hanya 200 sahaja akan dijual..
nantikan.. =D

*******************

ok , harini nak jawab soalan..

soalan
Zul,macamana kalau sayur2 tu dimasak ala-ala sup tapi pakai kuib ayam perasa bilis? 

Jawapan..
Ramai yang tanya pasal perencah2 ni..ok , kalau kata la dalam kiub ayam , cukup rasa ke , atau pun yg seangkatan dgnnya , biasanya untuk 1 kiub dlm 2-4g karbohidrat...nampak mcm tinggi? tapi bila kita fikir balik , 1 kiub tu guna untuk 1 periuk dan kita bukannya makan 1 periuk pun.. dan tak perlu la hirup 1 periuk ala2 iklan maggi...

Soalan
aku mmg berat giler. 130kg dgn ketinggian 182cm. after seminggu aku timbang n tengok da jadi 123kg. kiranye 7 kg lost. Yang aku muskilkan ni...apsal xde perubahan pun kat perut n peha aku yg kiut ni? suar pun still xlelonggar...whats wrong beb? paru2 aku ke yg kurus? 

Jawapan
Paru2 yang kurus? taklah , sebenarnya ginjal  , sebenarnya , kita punya kesabaran tu memang main peranan yang penting..macam aku mula2 dulu la, tak rasa mcm kurus..tapi bila tunggu , dan tak selalu obses dgn penimbang , nanti tgk2 , hasil dia..walawehhhh.....

Soalan
dzul...kalau kantoi...kena start semula all over again ke?  

Jawapan
yang ni lagi best..nak tahu tak , kalau korang kantoi , ketosis boleh terus hancusss... tapi  ,, nak dapatkan balik ketosis , ambil masa 2-4 hari.. bayangkan dah diet seminggu , lepas tu kantoi ... tak ke sedih sampai menangis..

Soalan
but penurunan dah semakin slow...sgt slow..do i need to do more exercise? is that helping? 

Jawapan..
exercise bawa perubahan..ye.. tapi jgn lupa perkara penting seperti jangan skip makan , jangan minum air kurang..

hey , enough la jadi gemuk , kita kena sedar , wake up! tengok , naik komuter pun senget , monorail pun berhenti sebab berat..lets change! ada sebulan lagi nak diet sebelum perjumpaan taknakgemuk! good luck!


aku minta maaf sebab dah lama tak update..recently keputusan STPM baru keluar dan kejutan yg lebih besar dr kejutan budaya , keputusan aku agak teruk . yg ditarget A jadi fail , yg ditarget fail tetiba elok pula..tapi ini ketentuan dan bukannya perhentian..wah , kelllass ko ayat amek dari telibisyen...

************************************************

abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;) sy juga mengharapkan mana2 insan yang sudi menyeponcer untuk perjumpaan 2012 ini ... 

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Switzerland . 

Thursday, March 1, 2012

TAKNAKGEMUK'S SUPER SALAD

Assalamualaikum !!
www.taknakgemuk.com sudah pun berubah rupa kepada rupa yang lebih simple dan memudahkan orang yang ada masalah rabun warna untuk baca . Kelllllasss kau dzul ambil berat pasal colour blind.. huhu..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , wajiblah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni .

Plus  , kalau berminat , boleh la join program OTOT ni . maklumat lanjut , sila KLIK SINI . Kita dah ada ramai client yang berjaya . masing2 dah kurus and bergaya , ha , kau adeeee??? =D


*******************************


ok , harini , abg wan nak ajar korang satu resipi yang kellllasss ko dzul...(buat bibir , buat bibir)


aku nak share kat korang satu resipi yg sgt la buat aku riak , takbur , bongkak , dan sekeluarga dengannya...


TAKNAKGEMUK'S SUPER SALAD 






ha , ko ada? sedap weh , paling special , die buat kite cepat rasa kenyang.. =D lagi special , sebab dia low carbs bai...




Bahan2nya... 


1sudu yogurt asli (mesti yogurt asli , x silap aku , brand nestle pun ada..mesti yang asli okeh , kalau yang ada perasa , semua high carbs..) jgn letak banyak sgt , nanti masam gila...

1sudu besar mayonis ladys choice western recipe 


1sudu cheese yang macam mayonis tu , tapi dia pekat , tapi takde la pekat macam kicap..huhu..


1/2 lemon , jangan mengada nak buang kulit , nak perahan dia je 


4 sosej hioneychicks dihiris halus dan digoreng atau direbus


1 biji telur digoreng hancur


1 keping cheese...cis... cisssss....bedebah kau .. huhu , cheesedale yang biasa tu je..yang 4 segi tu..=D carik halus2...

Daun salad atau apa2 juga sayur yang berbentuk daun.. jgn amek daun terup sudah...paling penting , jgn daun ketum...



1/2 tomato


1/2 sudu serbuk lada hitam ... kalau risau lada putih merajuk , boleh letak lada putih..




*************************************


cara penyediaan..


campurkan yogurt , cheese pekat , mayo , dan sedikit lemon , lada hitam..
gaulkan..tolong..tolong..tolong..jangan guna tgn..geli okeh..
ni dressing dia...




untuk saladnya..
letak daun salad , dan tomato , pastu taburkan kepingan cheese dicarik halus2 , kepingan sosej , dan telur hancur tadi .. perahkan sedikit lemon atas bahan2 tadi...




maka , terhasillah salad yang akan buat bapak korang habiskan sebelum korang mula makan... sekian , terima kasih kerana mengundang sy untuk menyampaikan tazkirah pada malam ini.. assalamualaikum...=D


Perhatian : salad ni ada rasa masam2 , ala2 yogurt , kelllllasss koooo...

*************************************



abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;) sy juga mengharapkan mana2 insan yang sudi menyeponcer untuk perjumpaan 2012 ini ... 

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Mexico .