Sunday, April 29, 2012

Group "Buang Lemak dengan Atkins"

Assalamualaikum... =D

hye! lama tak jumpa! jangan menggedik la cakap "eh , dzul update la!" . Bukan taknak update ok , aku busy sikit , nak beli kain buat baju raya , langsir , tepung tok buat kuih raya lagi..kannnn...

Ok , macam biasa , sebelum tanya apa2 soalan , pastikan anda khatam daripada bab 1 dulu..Ini untuk mengelakkan soalan berulang .. dan ada bebrapa info yg tak dikemaskini , lihat post2 terbaru ok?

Jangan lupa , ebook taknakgemuk.com masih ada , jangan lupa dapatkan..klik disini untuk membeli..

*************************************************************

Group "Buang Lemak dengan Atkins" dibuka di Facebook!

Group ni apa?  sejenis kuih tart? heh..bukanla..
Ni adalah group di Facebook , yg dibuat di bawah taknakgemuk.com untuk follower2 yang ingin diet , tapi inginkan kawan2 memberikan semangat..

Dalam group ini , kita akan melakukan induction selama 1bulan setengah...
Kebaikan diet dalam group:

Dapatkan elakkan daripada kantoi sebab masing2 akan beri semangat! Sesiapa yang kantoi diet dalam group ni , akan dikutuk dan dicaci..:p
bila kita diet dalam group , kita akan update menu kita dan share resipi2 kita..jadi , kita akan lebih bersemangat..
kita jugak akan berkongsi senaman yang kita lakukan dan kita akan terus motivate untuk senaman sebab kita nak tunjuk kat kawan2 dalam group yg kita ni bukan yo yo o jeee...


Untuk join , mesti ada Facebook dan KLIK LINK INI
lepas anda dah diApprove untuk join group ini , baca dulu peraturan dalam tu eh.. :)

Jadi , join group ni , terhad kepada 70 orang je..taknak crowded sgt...ingt , dalam sebulan lebih ni , banyak boleh kurang! :) we can do it!!

*********************************************************



Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. 
KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul...

Monday, April 9, 2012

jawab soalan (moderator)

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..
mula2 skali, terima kasih kepada DzulFikri OUR SIFU! sebab dah bagi macam2 info pasal diet.. kepada semua, saya telah diminta ehem.. digaji oleh encik dzul yang kaya untuk melakukan kerja ini, iaitu menjawab soalan kalian.. oleh sebab encik dzul yang hensem terlalu sibuk melihat ringgit malaysia masuk kedalam poket.. hehe...(jangan marah yer dzul macho... nak perkenalkan diri, bazir masa pula.. TAK PERLU OK!

seperti biasa, kepada sesiapa yang belum membaca blog ini, sila baca daripada awal post sampai akhir, untuk mengelakkan encik dzul mengamuk kerana terpaksa jawab soalan sama...

kepada yang berminat untuk one to one tutor.. sila ke KLIK

dan pengumuman! e-book dah keluar! sesapa yang nakkkk... dan berminat! sila ke Ebook

***********************************************************************************

soalan 1
as salam zull

nak tanya jika saya batuk dan minum sirap batuk dan sirao batuk itu ada mempunyai campuran madu,adakah ia akan menganggu diet saya?

jawapan : yer, menganggu. sebab ada madu. dalam madu ada gula.. dalam gula ada semut! ada carbs la.. kalau batuk banyakkan minum air suam.. :)


soalan2
salam dik,

aku dah terujas gilas dgn ko punya site ni. dah khatam dah baca.. n serius aku rs diet atkins ni paling senang nak buat kot except nak telan air masak tu, overlimit aku.. hahaha..

okay stret forward... soklannya:

1. Aku ni peten x amik breakfast. sebab apa? bukan sebab aku malas bekfes. Sebab aku hari2 kerja sampai 4-5 pagi. So kalau dah 4-5 pagi ofkos aku bgn tghari or lepas tghari. So adakah ketosis akan terganggu sebab aku x breakfast?

2. Sejujurnya aku punya rutin makan mmg lari. So xde istilah breakfast, lunch utk aku. Lunch aku stat dlm pkl 2 ptg sbb masa tu aku br lps mandi n nak pg keja. Dinner je wujud tp tu pun lewat. Tapi ko dah ckp jgn mkn lps pkl 8. Mandi toqq! Bila aku kerja smpi awal pagi, ofkos dicelah2 keheningan malam tu aku akan lapar. So kalau aku nak makan saladke, ikanke bleh x? tp bknlah bedal ikan dlm 5 ekor, cuma nak buat alas perut je. boleh tak? boleh tak?

3. Ni satu lagi masalah dlm hidup aku, aku xleh tinggalkan kaffein, dah sebati. Kalau satu hari aku x minum aku akan malas, lemah, longlai. Bila malas, kerja x jln, pastu bos aku kompomlah marah bila keja x jalan. So klu aku nak amik jugak tp kandungan gula hanya setengah sudu je boleh x? Secawan pun jadikla dpt ilangkan gian terhadap kfein tu.. boleh tak? aku baca 1 sudu gula = 4g carbs. agak tggilah, so aku kena kurangkan gula tu. boleh x?

Lagi satu, aku dh bkk si BOWULF tu punya youtube, cam menarik je menu dia, bleh ikutke menu atkins dia tu? Tu jelah kot buat masa ni.. ni pun dah berjela dah.. Thanks anyway! =D


jawapan :
1- ehem.... solat subuh jangan lupa.. lepas solat baru sambung tido tau.. okis? bila dah bangun tido tu terus makan ok! dan kalau dah macam ni, boleh la dinner lambat skit.. kan kerja shift lewat.. ketosis insya-Allah tak terganggu selagi tak terkantoi.. cuma kalau kurang makan, maka metabolisma rendah ler untuk bakar lemak.. jadi penurunan pun macam siput LAJUNYA...

2-boleh! sebab tido lambat.. encik dzul kata jgn dinner lebih kul8 sebab orang tido dalam pukul 10 gitu.. jadi kalau dah kes macam vertigo ni, dimaafkan... bekpes lambat, dinner pon lmbat.. tapi jangan makan lps tu tido tau!

3- saya cadangkan anda membeli decafee coffee... cari di pasar raya.. dan beli swetener atau gula stevia.. kalau swetener tu ada gak carb.. tapi rendah la.. kalau stevia 0g carb.. jimat kan?? tapi hati2 sbb takot nanti ketagih dengan gula.. so, hancurlah harapan untuk menjalani gaya hidup sihat.. slow2 buang yer.. skali skala takper...


soalan 3
dah try seminggu x turun sgt sbb lum khatam blog adik ni.rupanya banyak langgar pantang.isnin ni nak start semula.boleh tgok menu sya ni x..kira lulus x lam diet atkins ni.
bfst-telur rebus 2 biji+mayonis
lunch-dada ayam goreng+mayonis+salad
snack-telur rebus 1 bji
dinner-tuna+telur sebiji+chesee=omelet
air mineral 3 botol besar sehari.
kena beli telur bebanyak la ni..
lagi satu boleh bitau vitamin ape sesuai tuk saya yg baru nak start ni sbb x pnah mkan vitamin..


jawapan :
menu canteekkkk! tapi jangan terlalu bnyak mayonis.. sesudu or dua sudu ok lagi... pntau selalu carb counter yer..

suplement mana2 pun buleh... tak kisah.. pergi je farmasi, mintak multivitamin...

soalan 4

salam en.dzul...

sy ni setiap hari amal makan buah tin,kurma n mnyak zaitun.. so klu sy nak diet atkin ni, boleh tak sy teruskan amalan makan buah2 ni?

lagi satu, sy dah pnh try diet atkin ni, tp kantoi n dah lama sgt xmula balik, klu kta mula balik boleh ke? mcm mana en. dzul buat supaya bertahan ea?? dari sudut kewangan lagi,, nafsu makan lagi,, sebab sy student, so diet ni mcm mkn modal jgk la nk mkn ayam shari 2x.. dengan lemah n pening2 dekat seminggu...


jawapan :
wsalam (walaupun bukan encik dzul)
huhu.. menurut diet atikinss ni.. tak boleh la.. kurma dan buah tin banyak carbs sbb manis dan bergula.. jadi kene stop dulu wat sementara waktu.. saya faham, sebab saya pun mengalaminya.. rasa kiciwa... huhu... tpi takpe.. nanti lepas kurus makan balik ok!! bukan lama pun.. ce try dalam sebulan dulu, nanti buleh la tambah skit2 buat tu... minyak zaitun tak apa kot.. kalau tak ada gula didalamnya..

boleh mulakan balik.. dengan induction yer... hadkan 20gram carbs... untuk bertahan?? yang ni kene tanya encik dzul.. tapi saya boleh jawabkan dari segi logiknya insyaAllah...
tanamkan sifat syukur.. bersyukur dapat TURUNKAN BERAT TANPA PERLU BERSENAM DAN TANPA PERLU BERLAPAR... kira hebat la kan! org lain punyala seksa nk dapat bentuk idalam.. kita ni turun camtu je.. huhu..
lemah dan pening tu kesan permulaan sahaja... tpi kalau berterusan, sila jumpa doktor.. dan diet atkins ni tka semestinya makan ayam tiap2 hari.. telur kan ada! tauhu boleh makan kalau hadkan 2 ketul sehari... 80sen je 2 ketul kalau kat ganu ni.. kalau nk diet kene aga goal tau! tulis nk brapa berat idaman! tulis pnurunan! dah nampak penurunan mesti lebih bersemangat!! kalau rasa down, baca balik blog ni dari awal sampai akhir. baca buku encik dzul yer... terimass kasiss..

mohon maaf kepada semua jika anda kecewa dengan jawapan saya.. kecewa kerana tak boleh beramah mesra dengan encik dzul.. harap ampunkan.. encik dzul terlalu sibuk


sekian terima kasih..
moderator baru.... Farahiyah Amirah
Manir, Kuala Terengganu, Jordan

Thursday, April 5, 2012

Ebook Terbaru! :D

Assalamualaikum..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , MESTIlah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni . 

************************************************************


PENJUALAN EBOOK  "Tips , diari , resipi dan kiraan karbohidrat" ...


apa yang ada dalam ebook ini?


Nota suara (memo suara) mengenai tips penting dalam atkins...lebih 10 minit... suara aku..haha.. tips2 ni ada yang tak ada dalam buku atau pun blog tau..so , jgn lupa dapatkan.. :D


Food diary
diari makanan untuk seminggu...dah tersedia! korang follow je la:D


Resipi! lebih daripada 20 resipi rendah karbohidrat!
antaranya..
lemon sausage
simple soup
mix breakfast
ayam percik
chicken ball
ikan portuguese
ikan steam
ayam masak lemak
ayam masak kari
ayam asak kurma
ayam rendang
veggie rol



semuanya dah diubah suai supaya menjadi rendah karbohidrat..


dan akhir sekali carbs counter..lebih daripada 200 makanan.. :D




Bagaimana untuk mendapatkan ebook ni?


harga ebook adalah rm15....


cara untuk membeli?


mula2..
bank in rm15 ke 



DZULFIKRI BIN ZULKIFLE
CIMB-12560008934528
MAYBANK-162076610408


selepas dah bank in , emailkan nama dan transaction no. korang ke taknakgemuk@gmail.com

link untuk download ebook akan dihantar pada pukul 2.30pm esok, jumaat , atas sebab2 final touch up..



peringatan penting . harap tidak ada sesiapa yang melkukan cetak rompak (copy) ebook ini 
kerana hasil penjualan digunakan untuk blog ini jugak . 


lagi satu , nanti aku akan adakan satu contest yg sgt besar dgn hadiah yang menarik!! :D




200 copy sahaja akan dijual


*****************************************************



Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Canada