Friday, September 27, 2013

"diary , important or not?"

kita buat intro macam biasa dulu , sebelum tanya sebarang soalan , pertanyaan , question , tanda tanya , sila baca daripada bab 1 dahulu... kenapa? untuk mengelakkan daripada aku kena jawab soalan yg berulang ulang... kalau sekali dua takpa , kalau masuk 3 kali , dzul boleh jadi binatang buas ,semua dia nak makan..

Untuk membeli ebook , sila klik link INI

************************************************

Our topic today ladies and gentlemen , "food diary"

kita pernah buncang pasal ni sebelum ni , and aku ada bagi sample food diary kat korang sebelum ni..dah macam eksperimen kemain lagi ada sample bagai...

Food diary ni 1 diari yg mana kita catatkan segala yg kita makan , minum , exercise , dan apa2 notes pasal diet kita tuliskan dalam file office atau pun buku...

ramai yg persoalkan , penting ke?
aku taw , tak ramai yg buat...sebab..MALAS..LECEH,.MENYUSAHKAN..BUAT SEHARI DUA je...


memang jarang kita nak buat bendai ni , yelah  , kita dah sibuk , dgn kerja , belajar...tapi benda ni penting tau...penting sgt... lagi penting drpd printing..macam takda kena mengena kan?

WHY!

1.track back..
Pernah tak rasa ada 1 minggu tu kita dapat rasa yg diet kita bagi effect yg sangat ok..ada 1 minggu rasa lain pulak..tetiba badan jadi lemah , tak larat , dan lain2...
ni yg penting , kita boleh periksa balik diary kita..tgk ada tak silap makan..manataw tertelan tikus... amboi , buruk sangat pulak...
tambahan , kita boleh tgk berapa banyak dah kita bersenam..kita periksa , perlu ke ditambah lagi senaman tu supaya berat lebih cepat turun..kita tgk dalam diari , hari apa yg kita tak bersenam , supaya minggu seterusnya , kita boleh ubah dan bersenam!!!

2.Motivation
tiap kali kita rasa nak gagal , bukak2 lah diari tu..cuba tgk balik...aku dah berjaya berminggu minggu , takkan sebab aku teringin nak makan nasi putih dgn ikan kembung masak 3 rasa , kita nak kantoi? (tak merujuk diri sendiri.haha)
kita tgk diari , mesti kita kagum dgn diri kita sebab kita dah bertahan lama...bukan senang tau nak lepas seminggu..bila kita dah lepas diet lebih seminggu , mesti kita lagi motivated nak teruskan diet kita tau x!

3.Pastikan tidak lari
Selalu jadi , hari ni , kita makan 20g carbs , tetiba esok , dah sampai 30g..dah cenggitu , camna berat nak turun bang , kak... kena la strict..tegas dgn diri kita...waktu ni la food diary tu berguna  , bukan sekadar hiasan atau perfume kereta...tgk diari semalam , berapa g carbs , esoknya , kena pastikan sama atau lebih kurang..yg penting , kita tak lari drpd 20g carbs....


Sila tinggalkan soalan , sy jawab untuk next post!

*****************************************************

 Do not forget to check out my Facebook , click HERE

Sebarang soalan sila letak di bahagian comment..

Dzul out! Assalamualaikum..

Thursday, September 26, 2013

I'm back!

Assalamualaikum...

kita buat intro macam biasa dulu , sebelum tanya sebarang soalan , pertanyaan , question , tanda tanya , sila baca daripada bab 1 dahulu... kenapa? untuk mengelakkan daripada aku kena jawab soalan yg berulang ulang... kalau sekali dua takpa , kalau masuk 3 kali , dzul boleh jadi ironman..semua dia nak tembak...

Untuk membeli ebook , sila klik link INI

*******************************************

hmmm , well , selamat kembali kpd aku , korang , dan semua... nampaknya dah lama aku tinggalkan blog ni..aku taknak guna ayat mainstream "blog i dah bersawang la" . Tapi aku akan cakap , aku dah dewasa , aku sangat sibuk menguruskan kehidupan , takda masa nak blogging..*nada serius..

Tapi bila aku fikir2 balik , kenapa perlu berhenti kan? sama macam diet la..kalau berhenti , gemuk la jawabnya..kalau aku berhenti blogging , makin ramai la yg makin gemuk!

********************************************

Apa yg kita nak bincangkan pada hari ini? *macam lecturer

DIET

macam yg korang tahu , aku mengamalkan atkins...thousands of people yg dah berjaya turunkan berat badan menggunakan Atkins... It works! Diet nya mmg menjadi , testimonial bersepah2 , lagi sepah daripada bilik aku!

TAPI

Kenapa masih ada yg tak berjaya? kenapa masih ramai yg terpaksa beli seluar saiz besar di bundle? berapa ramai budak2 sekolah yg terpaksa berlakon sakit perut bagi tak payah merentas desa? semua tu puncanya satu je , GEMUK!

kalau dah tahu gemuk , kenapa tak diet ? "dah cuba bro , tapi gagal , paling lama tahan dua tiga hari"
yup..itu masalah utama kita , asyik kantoi ... mmg tak dapat nak nafikan , itu masalah utama aku juga... mengatasi masalah kewangan aku ... haha...

STAY on TRACK! itu sangat penting .. buatlah apa jenis diet pun , kalau kau mampu bertahan untuk jangka masa panjang , konfirm menjadi punya.. kalau tak mampu nak tahan , mmg kelangit le....
kalau dapat bertahan seminggu pun , tapi lepas tu kantoi sebulan , badan tak kurus bang , lagi gemuk ada la.... Cuba engkome pikior sikit... yeah , mmg susah nak diet , kena tahan makan semua , tapi think about the result...

aku nak bagi big tip! berkesan untuk aku
bila dah mula diet , cuba bertahan hingga hari ke4. lepas hari ke4 , banyak perbezaan yg boleh dilihat. Tapi , jangan terlampau fikirkan pasal scale...24 jam nak naik penimbang , apa gila? berat tak turun tak bermaksud kita tak makin mengurus.. kadangkala , memang berat kita tak turun..banyak faktor , contoh macam air masih belum diflush..banyak lagi dalam badan... plus kalau kita baru lepas makan , lu masuk makanan dalam badan lu , ofcourse la lepas masuk tu badan lu berat..tunggu la dah process baru nak nimbangnya,...

Pasal perbezaaan tadi , paling ketara bagi aku , badan rasa ringan..light...
kita akan rasa macam lagi cergas... then seluar rasa longgar2 sikit...ok , now , think! perbezaan yg ada tu , semua baik ke buruk? baik kan? kalau dah baik , taknak ke rasa lagi banyak perbezaan2 yg baik yg akan datang... Bayangkan! jadi kurus!! macam2 tau boleh buat kalau dah kurus , nak bersenam senang , nak beli baju senang...

So,katakanlah selepas 4 hari kita tgk ada perubahan sikit , kita kena set dalam otak , "aku kena dapat lebih! aku kena kuat lagi! takkan nak kantoi!"
biar aku bagitau korang apa kesan lepas korang dah diet beberapa hari , then korang kantoi..bagi aku , paling ketara adalah , jadi malas nak mampus...nak bangun pun malas..bila tgh diet tuh , pergh , fresh sangattttt... rasa macam lepas bangun pagi , nak berlari je pergi kerja...tapi make sure pakai baju dulu la...aku tak bertanggungjawab kalau korang masuk FB...

Banyak lagi kita boleh sembang ni , kita berhenti dulu kejap , nanti kita akan discuss pasal "diary , important or not?"

ill see u again tomorrow... aku janji aku akan rajin update blog , berubah!!! *macam ultraman

***********************************************
 Do not forget to check out my Facebook , click HERE

Sebarang soalan sila letak di bahagian comment..

Dzul out! Assalamualaikum..

Tuesday, January 15, 2013

Bab 75

Assalamualaikum!

haaa... mula la tu pelik aku update blog untuk kali kedua dlm seminggu.. come on la , ingat aku takda azam ke dalam hidup.. aku ada 2 azam..
1st.aku nak rajin update blog
2nd.aku ada azam.sedara aku , nama dia azam.

Ok,mcm biasa , siapa yang baru masuk blog ni , sila baca dulu daripada bab 1.. baca sampai habis ok.. buku teks sekolah pun korang boleh habis baca , ni kan blog yg ada 80 bab JE ..

Kalau korang nak buat donation kat taknakgemuk.com boleh tengok disebelah kanan , ada no. akaun..
setiap sumbangan korang akan membantu aku untuk update lagi blog dan bagi information berguna..plus boleh membantu aku dalam pengajian aku kat unisel ni..

untuk yang nak membeli ebook , buku , dan OTOT , klik link2 di atas... :)

**********************************************

1.ok , ramai antara korang yg suka ada cicahan untuk makan ayam atau daging atau yg seangkatan dgnnya.
haritu aku bagitau guna mayonis Kraft.lepas tu aku ckp jangan beli Kraft sebab tak ada logo halal . Aku dah bagitau ha , so , kalau korang beli jugak , aku tak tanggung..dosa sendiri pun tak tertanggung , ni kan dosa korang..puiii..(sila baca dgn nada gurau)
jadi , aku recommendkan kat korang , mayonis lady's choice...tapi bukan yg biasa.. yg western recipe..
kalau yg biasa , rupa dia mcm ni kan?

tapi yg western recipe , label dia warna Coklat..carbs dia rendah je..dalam 0.7g untuk 1 sudu..

2.Sardin
ramai org risau wo nak makan sardin. sebab dia ada kuah , and kuah dia rasa macam ada carbs tinggi..eh , jgn risau , sardin tin carbs dia tak tinggi.. cuba cari kat mall.. kalau tak silap aku , yg 1malaysia punya sardin , 0g carbs..tapi rasa dia.. baik makan ikan mentah..huhu..

3.Creative sikit boleh?
ni nak bagitau , selalu bosan dgn makanan yg sama kan? cuba kreatif sikit..guna bahan2 low carbs , and jadikan dia menarik..lg menarik drpd nora danish.. 
ni contohnya breakfast aku 


aku just grill ayam , pastu ratakan telur , letak cheese atas telur , letak ayam , letak lada hitam sikit and oregano kalau ada...pastu rollkan dia..kan menarik? plus sedap.. :)
jgn risau pasal serbuk2 perasa yg tak manis , biasanya low carbs.. contohnya lada2...

aku cuba sebaik mungkin untuk update 2 kali dalam seminggu sepertimana aku cuba sebaik mungkin untuk bangun pagi.

******************************************************
apa2 pun , jangan lupa add aku di fb..just cari "dzulfikri zulkifle"

Kalau nak whatsapp , sila pm di facebook ya..

ok, selamat berdiet , asslamualaikum!! Goodluck!!


Monday, January 7, 2013

Kembali!!

Assalamualaikum!! :)

haa... apa macam? dah rindu kat dzul untuk update blog? kalau anda berusia 20-27 tahun dan masih bujang , rindu itu dibenarkan..
ok , macam biasa , jangan lupa baca daripada Bab 1...  ini link dia..KLIK SINI
baca daripada bab 1 sampai la bab akhir..ini untuk mengelakkan semua soalan yg berulang..
and pleaseee , jangan la tanya soalan mcm "dzul , kalau nak makan ayam tu , ayam tu kena ayam tempatan atau import?"

*******************************************************

So , rasanya ramai dah yang kurus dgn Atkins ,,
ok , apa lagi , ucap Alhamdulillah , dan berjalanlah 1 kampung untuk tunjuk anda dah kurus...
and cari budak yg pernah ejek anda gemuk dulu , tumbuk muka dia 3 kali , and cakap , "aku minta maaf sebab tumbuk ko"

oookaaayyy.. jgn ikut nasihat kat atas...

bila dah setel induction , kena la masuk fasa 2,3,4 .. semua tu ada dalam ebook and buku taknakgemuk..

sangat penting untuk korang handle stress dgn berkesan dan kawal perasaan nak makan semua benda yg boleh dikunyah termasuk katil kayu yg hampir reput... ive been there..kekadang memalam rasa nak makan je semua yg ada.. tahap desperate tu sampaikan sanggup pinjam megi kat jiran..but its ok , tu la function jiran..

tahun ni tahun baru..azam baru.. jgn la kantoi diet , semangat baru..badan dah naik? its ok , masih ada masa lagi.. lagipun doomsday 21.12 tak jadi apa2...korang baru berharap kot meteor jatuh boleh kasi pecah lemak korang kan? teruskan berharap...

nak diet? rajin la sikit..dah la malas , bangun tido , sambung tido.. bukannya nak bangun , senaman sikit... set dalam otak , kena "paksa" diri tu.. jgn biarkan diri anda , diselubungiiii.. LEMAAAAKKKKK
ada kesempatan untuk bersenam , pergi! tak semestinya dalam cara formal..contohnya main bola , kejar anak buah yg dah jatuhkan galaxy tab , atau lari sambil menjerit dalam kawasan perumahan tanpa sebab..pun boleh!

Motif utama aku update nak dapatkan soalan dr korang..next post aku balas haaa... tulis soalan korang kat bawah bahagian komen.

and last but not least , support la sikit www.taknakgemuk.com ni kalau korang nak tengok www.taknakgemuk.com ni penuh dengan info2 yg menarik...
kalau rasa dah kurus dgn taknakgemuk.com dan nak bantu taknakgemuk , boleh buat donation kat sidebar...
maaf sebelum ni mmg tak update , aku sibuk sangat , baru masuk Universiti..tahniah Unisel sebab dapat dzul..puiii..

**********************************************

apa2 pun , jangan lupa add aku di fb..just cari "dzulfikri zulkifle"

jgn lupa beli ebook , klik link di tab atas...

ok, selamat berdiet , asslamualaikum!! Goodluck!!