Thursday, September 26, 2013

I'm back!

Assalamualaikum...

kita buat intro macam biasa dulu , sebelum tanya sebarang soalan , pertanyaan , question , tanda tanya , sila baca daripada bab 1 dahulu... kenapa? untuk mengelakkan daripada aku kena jawab soalan yg berulang ulang... kalau sekali dua takpa , kalau masuk 3 kali , dzul boleh jadi ironman..semua dia nak tembak...

Untuk membeli ebook , sila klik link INI

*******************************************

hmmm , well , selamat kembali kpd aku , korang , dan semua... nampaknya dah lama aku tinggalkan blog ni..aku taknak guna ayat mainstream "blog i dah bersawang la" . Tapi aku akan cakap , aku dah dewasa , aku sangat sibuk menguruskan kehidupan , takda masa nak blogging..*nada serius..

Tapi bila aku fikir2 balik , kenapa perlu berhenti kan? sama macam diet la..kalau berhenti , gemuk la jawabnya..kalau aku berhenti blogging , makin ramai la yg makin gemuk!

********************************************

Apa yg kita nak bincangkan pada hari ini? *macam lecturer

DIET

macam yg korang tahu , aku mengamalkan atkins...thousands of people yg dah berjaya turunkan berat badan menggunakan Atkins... It works! Diet nya mmg menjadi , testimonial bersepah2 , lagi sepah daripada bilik aku!

TAPI

Kenapa masih ada yg tak berjaya? kenapa masih ramai yg terpaksa beli seluar saiz besar di bundle? berapa ramai budak2 sekolah yg terpaksa berlakon sakit perut bagi tak payah merentas desa? semua tu puncanya satu je , GEMUK!

kalau dah tahu gemuk , kenapa tak diet ? "dah cuba bro , tapi gagal , paling lama tahan dua tiga hari"
yup..itu masalah utama kita , asyik kantoi ... mmg tak dapat nak nafikan , itu masalah utama aku juga... mengatasi masalah kewangan aku ... haha...

STAY on TRACK! itu sangat penting .. buatlah apa jenis diet pun , kalau kau mampu bertahan untuk jangka masa panjang , konfirm menjadi punya.. kalau tak mampu nak tahan , mmg kelangit le....
kalau dapat bertahan seminggu pun , tapi lepas tu kantoi sebulan , badan tak kurus bang , lagi gemuk ada la.... Cuba engkome pikior sikit... yeah , mmg susah nak diet , kena tahan makan semua , tapi think about the result...

aku nak bagi big tip! berkesan untuk aku
bila dah mula diet , cuba bertahan hingga hari ke4. lepas hari ke4 , banyak perbezaan yg boleh dilihat. Tapi , jangan terlampau fikirkan pasal scale...24 jam nak naik penimbang , apa gila? berat tak turun tak bermaksud kita tak makin mengurus.. kadangkala , memang berat kita tak turun..banyak faktor , contoh macam air masih belum diflush..banyak lagi dalam badan... plus kalau kita baru lepas makan , lu masuk makanan dalam badan lu , ofcourse la lepas masuk tu badan lu berat..tunggu la dah process baru nak nimbangnya,...

Pasal perbezaaan tadi , paling ketara bagi aku , badan rasa ringan..light...
kita akan rasa macam lagi cergas... then seluar rasa longgar2 sikit...ok , now , think! perbezaan yg ada tu , semua baik ke buruk? baik kan? kalau dah baik , taknak ke rasa lagi banyak perbezaan2 yg baik yg akan datang... Bayangkan! jadi kurus!! macam2 tau boleh buat kalau dah kurus , nak bersenam senang , nak beli baju senang...

So,katakanlah selepas 4 hari kita tgk ada perubahan sikit , kita kena set dalam otak , "aku kena dapat lebih! aku kena kuat lagi! takkan nak kantoi!"
biar aku bagitau korang apa kesan lepas korang dah diet beberapa hari , then korang kantoi..bagi aku , paling ketara adalah , jadi malas nak mampus...nak bangun pun malas..bila tgh diet tuh , pergh , fresh sangattttt... rasa macam lepas bangun pagi , nak berlari je pergi kerja...tapi make sure pakai baju dulu la...aku tak bertanggungjawab kalau korang masuk FB...

Banyak lagi kita boleh sembang ni , kita berhenti dulu kejap , nanti kita akan discuss pasal "diary , important or not?"

ill see u again tomorrow... aku janji aku akan rajin update blog , berubah!!! *macam ultraman

***********************************************
 Do not forget to check out my Facebook , click HERE

Sebarang soalan sila letak di bahagian comment..

Dzul out! Assalamualaikum..

17 comments:

  1. Cayalah diks... sangat membantu kami semua... ultraman dzul dgn misi meringankan malaysia udah kembali..hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam,,dik akak masalah sama jugak produk sume beli tp hangat hangat tahi ayam je,, pernah cuba dah sume diet dan x istiqamah bertahan dua minggu bile dh dpt turun 4 kilo rasa mcm dh turun 40 kilo,,kena ade org bg smgt stp hari bantulah akak..

      Delete
  2. Dzul. Nak tanya, kenapa tak hantar ebook yang saya tempah dan bayar sejak di hari pertama dzul keluarkan kenyataan tersebut.

    ReplyDelete
  3. salam zul! lamanya x nmpk zul! rindu!!! ehhhhhh~~~

    dik... akak dah gemuk!
    dah tua ni, dah x mampu nk atkins diet. x ambik karbo habis pale lutut gigil. nak naik tangga pon x larat. hahahahaaa... alasan!

    best of luck dik!!! kamu sgt menginspirasikan! kalo pompuan dah muah2 ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam! sy pun rindu kat diri sy! heheh..

      sy tgk ada 50thn pun boleh diet...heheh... tp alasan tu kira ok la...

      selamat mebaca selalu sebab sy akan update selalu :)

      Delete
    2. zul!!! akak dah start balik!!!
      chop zul... thousand island bleh mkn x?
      letak sikit dlm salad?

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. SALAM ZUL

    akak nak Tanya.akak lg dlm 5 kg je lagi nak capai berat ideal.akak tgh dlm proses induction.baru hari ke 5. tp tingal 5 kilo lg nak dpt berat ideal.adakah perlu trus ke fasa 2 atau teruskan induction lgi 9 hari tu.sebabnya bila baca kalau tinggal lagi 5-10kilo nak ke berat ideal.leh pergi ke fasa 2.minta pencerahan zul..akak baru belajar

    tima kasih ye zul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sy jawab dalam next post boleh? thanks in advance.. :)

      Delete
  6. Bagus laa blog zul ni..semoga boleh bantu org yang gemuk atau obes kuruskan badan dan menjadi lebih sihat..insya Allah. =) Keep up the good work!

    http://ruangsayanaksihat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. nama i sofia.
    zul dah ade gepren ke?

    ReplyDelete
  8. Ebook ini ada testimoni tak .. just nak tengok jer..sebagai sumber inspirasi..

    ReplyDelete
  9. Trima kasih ats prkongsian ye. Same same lah kita kuruskan bdn!! Huhu

    ReplyDelete