Wednesday, March 21, 2012

Honeychikcs dah Tinggi Carbs?

Assalamualaikum..

Assalamualaikum !!
www.taknakgemuk.com sudah pun berubah rupa kepada rupa yang lebih simple dan memudahkan orang yang ada masalah rabun warna untuk baca . Kelllllasss kau dzul ambil berat pasal colour blind.. huhu..

Seperti biasa , sebelum korang mengeluarkan sebarang soalan mengenai diet Atkins , maka , wajiblah korang khatam dulu seluruh blog ni secara sukarela , gembira , bersahaja , dan apa2 sahaja...pastikan juga korang sentiasa tgk maklumat terkini yang aku letak kat blog untuk mengelakkan daripada salah faham . sebab post2 yang tahun lepas mungkin ada keilapan yang aku dah perbaiki . macam kereta pulak boleh baiki2 ni .

tolong baca ni..
bulan Jun mungkin aku akan travel ke Sarawak , konon nak jadi backpackers , dan mana tahu ada orang nak OTOT kat Kuching kan? meoow...huhu..
jadi , kalau korang nak tengok aku habiskan semua makanan kat Kuching , tolong like gambar ni di Facebook boleh? akak yang baikkk hati dan pemurah ni nak bagi aku tiket free... kelllasss kan? haha..
dijangkan akan ke Kuching drpd 26jun hingga 7julai...
tolong Like gambar ni di Facebook eh? TEKAN SINI

Sesiapa yang berminat mendapatkan program One To One Tutor , sila KLIK SINI

terbaru , client One To One Tutor (otot) yg berusia lebih 50 tahun berjaya kurangkan saiz baju drpd 3xl ke 2xl.. jadi , siapa kata kalau dah berusia susah nak turun berat?   =D

***************************************************

Ok..
ingat tak aku selalu sebut pasal honeychic ? aku sebut honeychic lagi banyak daripada aku sebut "apa khabar" kat orang ramai.. huhu..

Honey chic adalah antara sosej paling rendah karbohidrat.. 0.21g untuk 1 batang .
walaweih , rendahnya , lagi rendah daripada kawan2 aku yang pendek..

tapi..baru2 ini , honeychic dah keluarkan package baru..


Thanks kepada FB friend aku (sori lupa nama) untuk gambar di atas.

Sekarang , karbohidrat untuk sebatang sosej ni , 4.9g . yeay , tingginya , kalau aku dah cakap carbs dia tinggi , jangan la gatal pergi beli ok?
aku bercadang untuk email syarikat ni mengenai package baru dan nak tanya samaada package yg lama keluar lagi tak..

*****************************************************

abang2 dan kakak2 yang dihormati sekalian .
sy merancang untuk membuat perjumpaan taknakgemuk 2012 pada bulan April .
jadi , diet la woiiiiiiiiii!! nanti boleh jumpa ;) sy juga mengharapkan mana2 insan yang sudi menyeponcer untuk perjumpaan 2012 ini ... 

Plusssss.. ada promosi untuk OTOT melalui telefon.. KLIK

dannn.. sila support business baru dzulfikri iaitu fotografi . Give Photography


apa2 soalan tanya di bahagian komen and aku akn jawab dalam next post. soalan berulang dan soalan "dzul , berapa hari dalam seminggu?" tidak dijawab .. huhu .. =)

sekian , dzul melaporkan dari .. batang kali , Brazil. 

15 comments:

  1. dzul apa jenama sosej yg blh dimkn skrg?bosan dah mkn ayam dgn ikan je..telur pn same..hehehe..nk ubah menu ckit...cecite ckit..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. daging hancur ramly brand - 0.2gm / 100gm

    ReplyDelete
  3. itu la pasal,kene nengok nutrisinya sebelum beli barang2 yang nak kita makan.
    macamana dengan Sayur kobis asin...

    ada tak sesapa yang masih sembelit walaupun makan Psyllium Husk ?

    ada tak apa2 biskut yang rendah carbs yang boleh dimakan>Share!!!!

    Beras Perang boleh tak ?

    Tomyam campur ?

    Roti Pita Saudi brand cuma ada 1.6gm...boleh dibakar than sumbatkan telo dadar yang dimasak bersma potongan carrot,sayu asin,ikan bilis ..best jugak.

    Daging ayam cincang tu dicampur ngan rempah kari,serbuk kunyit,hirisan daun bawang/daun sup than digoreng menjadi burger.

    ReplyDelete
  4. Anonymous..guna la ikan plak..masak la mcm2 .. kari ke...ape2 jela..and guna santan kotak , low carbs..

    Anonymous
    boleh buat mcm2 dgn daging hancur tu

    Anonymous..
    beras perang xleh..tomyam boleh..
    roti pita saudi gold takleh.tinggi carbs..fake nutrition rasanya sebab berat tak turun lepas amek tu..ada cita kat post2 lepas..
    biskut takde yg rendah carbs..and tak berbaloi untuk makan..makan chewing gum..

    ReplyDelete
  5. alamak...da makan banyak da...aisey...da la suke makan sosej...

    ReplyDelete
  6. shikin~~
    dzul ada soklan penting nak tnya....
    ermm...
    batang kali memang ada kat semua negara ya???
    hahaha...
    apa2 pon tq untuk diet ni..berkesan sgt..
    diet+exercise=sukses.. ^_^

    ReplyDelete
  7. hy Dzul!
    Salam ...

    Berapa Umo arini?
    *xtaulah kalu soalan berulang ..sbb round2 dr 1st mnth xjumpa pun ..*

    ReplyDelete
  8. Aku baru jer khatam blog ko nie dari post Jan 2010 sampai yang nie... amik masa 3 hari gak laa.... n hari nie hari ke-2 aku Induction... semoga diet atkins nie dapat menurunkan berat aku... target 60kg nak turun untuk kembali ke berat masa zaman U dlu

    nie menu aku

    Day 1
    B/f : Telur 1/2 masuk 2 biji n serbuk lada putih, Ayam kari mamak 1 ketul
    Lunch : Ikan Keli Goreng 1 ekor; Sayur campur
    Dinner: Ayam Panggang 5 ketul
    Air : 3liter

    Day 2
    B/F : Telur 1/2 masuk 2 biji n serbuk lada putih, Ayam goreng 1
    ketul
    Lunch : Ayam Kampung Goreng 2 ketul, Ulam2 sepinggan
    Dinner : belum lagi
    Air : 4liter

    ReplyDelete
  9. dayana..
    dah mkn banyak?? bawak mengucap dan mula balik..haha

    Shikin..
    btg kali takde kat semmua negara , tapi ia semakin berkembang..huhu..

    Chenta..
    salam.. :)
    umur 20 , muka 16 , perangai 25..haha

    Ralph..
    menu dah cun..teruskan eh.. :D

    ReplyDelete
  10. as salam zull

    nak tanya jika saya batuk dan minum sirap batuk dan sirao batuk itu ada mempunyai campuran madu,adakah ia akan menganggu diet saya?

    ReplyDelete
  11. salam dik,

    aku dah terujas gilas dgn ko punya site ni. dah khatam dah baca.. n serius aku rs diet atkins ni paling senang nak buat kot except nak telan air masak tu, overlimit aku.. hahaha..

    okay stret forward... soklannya:

    1. Aku ni peten x amik breakfast. sebab apa? bukan sebab aku malas bekfes. Sebab aku hari2 kerja sampai 4-5 pagi. So kalau dah 4-5 pagi ofkos aku bgn tghari or lepas tghari. So adakah ketosis akan terganggu sebab aku x breakfast?

    2. Sejujurnya aku punya rutin makan mmg lari. So xde istilah breakfast, lunch utk aku. Lunch aku stat dlm pkl 2 ptg sbb masa tu aku br lps mandi n nak pg keja. Dinner je wujud tp tu pun lewat. Tapi ko dah ckp jgn mkn lps pkl 8. Mandi toqq! Bila aku kerja smpi awal pagi, ofkos dicelah2 keheningan malam tu aku akan lapar. So kalau aku nak makan saladke, ikanke bleh x? tp bknlah bedal ikan dlm 5 ekor, cuma nak buat alas perut je. boleh tak? boleh tak?

    3. Ni satu lagi masalah dlm hidup aku, aku xleh tinggalkan kaffein, dah sebati. Kalau satu hari aku x minum aku akan malas, lemah, longlai. Bila malas, kerja x jln, pastu bos aku kompomlah marah bila keja x jalan. So klu aku nak amik jugak tp kandungan gula hanya setengah sudu je boleh x? Secawan pun jadikla dpt ilangkan gian terhadap kfein tu.. boleh tak? aku baca 1 sudu gula = 4g carbs. agak tggilah, so aku kena kurangkan gula tu. boleh x?

    Lagi satu, aku dh bkk si BOWULF tu punya youtube, cam menarik je menu dia, bleh ikutke menu atkins dia tu? Tu jelah kot buat masa ni.. ni pun dah berjela dah.. Thanks anyway! =D

    ReplyDelete
  12. dah try seminggu x turun sgt sbb lum khatam blog adik ni.rupanya banyak langgar pantang.isnin ni nak start semula.boleh tgok menu sya ni x..kira lulus x lam diet atkins ni.
    bfst-telur rebus 2 biji+mayonis
    lunch-dada ayam goreng+mayonis+salad
    snack-telur rebus 1 bji
    dinner-tuna+telur sebiji+chesee=omelet
    air mineral 3 botol besar sehari.
    kena beli telur bebanyak la ni..
    lagi satu boleh bitau vitamin ape sesuai tuk saya yg baru nak start ni sbb x pnah mkan vitamin..

    ReplyDelete
  13. banyakkan berpuasa untuk kurangkan lemak dalam badan :)

    ReplyDelete
  14. dzul..saya dah wat pembayaran buku taknakgemuk 15.3.12..tapi buku tak sampai2 pun...:(

    ReplyDelete
  15. ada sosej jenama yasmine...3 ketul 1 carbs je..tp takot de karbo tersembunyi..tp dah seminggu mkn elok je turun..try ar...

    ReplyDelete