Wednesday, December 6, 2017

Atkins, Restart!

Assalamualaikum..

Ebook taknakgemuk dan OTOT masih lagi dijual. untuk maklumat lanjut sila whatsapp  0163241493.


Kalau ini kali pertama anda ke blog ini , sila baca dari bab 1 dahulu!

******************************************************************
Atkins day 3. 

Aku ada update kat fb perjalanan diet aku yg aku start hari isnin 4/12/2018 aritu. Tapi disebabkan mcm tak sesuai je aku membebel panjang2 kat situ, aku buat keputusan untuk tulis kat blog je. lagipun dah lama kot tak menulis. takkan la, takkan la, walau sorang pun, walau secebis orang pun, tak rindu baca blog ni. (Perasan)

kau nak aku jujur dgn kau ke? secara jujurnya, mmg dah lama aku terpesong. tapi bukan akidah aku la, maksud aku pemakanan aku. lain mcm dia punya terpesong. aku jadi someone yg addict dgn makanan. semuanya start masa zaman aku belajar kat U dulu, yelah asyik outing gi makan sana makan sini, pastu pantang tgk kedai viral sikit, terus terjah. (secara jujurnya aku taktau mana aku dapat duit makan banyak2 masa tu. Thanks PTPTN.haha)

Pastu gaya pemakanan masa kat U mmg la tersangat tak sihat. malam2 kalau pukul 2-3 pagi tu buat kerja kat hostel atau rumah sewa, mesti cari makan. siang makan banyak, malam pun aku makan banyak. aku jadi manusia yg tak kenal erti kenyang. setiap masa makan. bila orang makan, aku makan, bila org tak makan, pun aku makan. aku ingat elok aku tukar nama dr dzulfikri jd dzulmakan la.

lepas habis belajar pun sama. pantang tgk makan best, mesti aku ziarah. dah jadi manusia yg tak kenal erti kenyang.

Sampai la minggu lepas, aku buat keputusan untuk betul2 diet. aku nk ubah hidup aku. sebelum ni pun ada jugak aku nk diet, tapi mcm biasalah, setiap hari isnin je jadi. haha. 

Hari ni hari ke3 aku diet. Pasal makanan tak payah la aku cita kan sebab semua dah tau pasal makanan2 atkins ni. tp lepas ni maybe aku update menu aku skali. sekarang aku tak update menu sebab aku nk bebel pasal benda yg lagi penting iaitu CABARAN AKU MASA DIET ni

Bila kau dah lama sangat hari2 makan macam badak, nanti kau pun jadi ala2 badak tau. bukan fizikal je, malah mental dan emosi kau turut sama membadak. hari pertama dan kedua, waktu malam, aku jadi macam sakit kepala. sakit memikirkan, ini je ke yg aku boleh makan. sebelum ni macam2 aku boleh makan. aku dah tak boleh minum teh tarik ke? nape org lain boleh, nape aku tak boleh? aku nak teh tarik!!! kenapa aku dh xboleh makan 3-4pagi. aku tak dapat makan roti canai dah ke?

See, kau nampak tak apa jadi kat aku? aku dah biasa sgt makan banyak, bila aku diet, badan aku mcm tak dapat terima kenyataan. semalam aku siap pening rasa nak pitam. Aku tak pasti sebab aku kurang makan ke, sebab aku tak dapat kafein ke, sebab aku tak dapat terima kenyataan aku kena diet ke. 

Yang pasti, aku dah nekad, apa jadi pun, aku akan paksa diri aku untuk diet. aku nk berubah. aku xnk dah lifestyle badak walaupun lifestyle tu best.(mula2 la best, kalau kau dah sakit nanti?)

Aku always fikir dalam kepala otak aku yg jarang bekerja sekarang ni, kalau dzul 2009 boleh buat, kenapa dzul 2017 tak boleh kan? (dah nak masuk 2018 bang, december baru kau nk diet ye)

Kau pulak? takkan nak tunggu new year baru nk diet? kalau new year nanti kau kantoi mcm mana? kau nak sambung 2019 pulak? jom lah kita diet bersama. kita bagi semangat antara satu sama lain okay?

Sedar tak sedar panjang pulak aku tulis. Ok la, kita jumpa lagi next post. 

Bye Yollss

17 comments:

  1. Yeahhhh... u are back sifu... Sama2 jaga diri, jaga nafsu k...

    ReplyDelete
  2. It s a very useful page. Thank you. b96e8965202651a024730001b468fe98
    karacabey
    adana
    karapurcek
    araban
    kalkandere
    inebolu
    kas
    burhankent
    bismil

    ReplyDelete
  3. It s a very useful page. Thank you. c42e500357fc8cc23354cdfaf7707666
    ayas
    cicekdagi
    cay
    refahiye
    urgup
    aksoy
    avcilar
    manyas
    erdemli

    ReplyDelete
  4. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 27faebe4eee772dbe783973d5cbf269e
    website kurma
    sms onay
    numara onay

    ReplyDelete
  5. Thank you for your explanation, very good content. e1e4d3272dc1f503dd1843c399ef9577
    altın dedektörü

    ReplyDelete
  6. Thanks for your article. f4548dc5e2964bcb915d97bef852f5ed
    evden iş imkanı

    ReplyDelete