Monday, February 13, 2017

Kau Sahut tak Cabaran?

Assalamualaikum..

Ebook taknakgemuk dan OTOT masih lagi dijual. untuk maklumat lanjut sila whatsapp aku 0163241493.

Jangan lupa lawat sekali penaja taknakgemuk kat bawah tau.

Kalau ini kali pertama anda ke blog ini , sila baca dari bab 1 dahulu!

******************************************************************************************
Apa macam semua? dah mula? 

macam yang aku cakap hari sabtu yg lepas, aku nak ajak korang semua diet sekali dengan aku. ingat, kalau dzul boleh, kenapa korang tak boleh?
aku pun dah sedar badan aku dah naik, and aku dah janji nak diet sesungguhnya. rasanya dah sampai masa dah kita tinggalkan semua makanan2 yg tak sihat. tinggalkan semua cafe hipster!!

everything is going well untuk aku hari ni. aku start dengan breakfast.

Breakfast



Telur scramble 2 biji. aku letak garam je sebab tak jumpa mayonis dn tak jumpa jodoh. eh tetiba.

Lunch


Ayam aku salut dgn garam dan lada hitam pastu aku masak dalam magic pan. simple kan? im a simple man. haha.


Aku doakan korang semua berjaya la dalam diet ni.
Lepas ni aku nak update mcm mana kita nak berperang dgn diri kita masa diet. aku tak boleh nak nafikan, nak diet mmg susah. cakap mmg senang kan, bila buat baru tau azab dia.
Next aku nak update guna voicenote boleh? banyak sikit aku boleh sembang.

Goodluck untuk diet korang, jgn mudah terhasut dgn makanan, nanti dah makan sumpah menyesal.

*********************************************************************************************************************
Sila lawat penaja taknakgemuk , Turmeric Mask Powder untuk muka yg berseri!!!



Saturday, February 11, 2017

Kembali dan Berjanji!!

Assalamualaikum!
Ingat aku lagi tak? 😅

Wow , dah lama betul tak datang sini. Bak kata blogger2 terdahulu, " naik bersawang dah blog kita!".
Kali terakhir aku update blog ni secara Regular , pada tahun 2013 , kiranya dah 4 tahun aku tak jenguk blog ni secara kerap. Maka rindu yg menebal kepada semua pejuang2 atkins mula muncul.

Dah lama tak sebut ni..

Kalau ini kali pertama anda ke blog ini , sila baca dari bab 1 dahulu!

*********************************************************************************
KENAPA AKU KEMBALI ?

aku nak taknakgemuk hidup kembali. Walaupun aku gagal untuk dapatkan domain taknakgemuk.com sebab dah ada org sailang aku , tapi tak apa la , yg penting segala isi blog tu masih ada lagi.
Kalau tahun 2010 dulu blog ni dah banyak sangat2 tolong org untuk kuruskan badan , kali ni aku nak lagi ramai yg jadi kurus. Tak best wei jadi gemuk , kang jalan takut terjatuh pastu berguling sampai hujung.

APA DAH JADI DENGAN AKU?

Apa dah jadi dgn dzul eh? 
kalau korang nak tahu budak sekolah yg baru form 4 dulu yg selalu bergaduh dgn org sekarang dah pun berusia 25 tahun dan kini dia selalu bergaduh dgn jiwanya sendiri. haha.

ok JUJUR. Memang badan aku ada naik. biasanya aku salahkan masalah sosial sebab kat Malaysia ni semua pasal MAKANAN!!! k la , salah aku.. tapi tu la sebab aku kembali , bukan korang je nak kurus , aku pun nak kurus jugak!

APA AKU NAK BUAT LEPAS NI?

aku janji dekat korang , janji sejanji janjinya , aku akan update secara regular start daripada hari ni. 3 hari sekali aku akan update blog ni. aku akan tulis semua pasal journey aku diet start drpd hari isnin ni sampai la aku kau dia kome mike ate semue le kurus.
aku pun mintak jasa korang supaya always respond dgn aku dlm blog ni , tinggalkan banyak2 soalan mcm dulu untuk hidupkan balik blog ni. aku akan cuba sedaya upaya aku untuk jawab semua soalan.

FUTURE PLAN

aku harap sangat2 lepas ni kita semua dah kurus , kita semua boleh jumpa. kita buat gathering!! 
amacam? ada berani? SAHUT CABARAN untuk start diet isnin ni dan kita akan buat gathering lepas raya nanti. kalau dzul yg sekolah dulu boleh diet , takkan korang tak boleh???

ok sampai sini dulu untuk post kali ni. Kita jumpa lagi dalam 2 hari. JANJI!

*********************************************************************************
Sila lawat penaja taknakgemuk , Turmeric Mask Powder untuk muka yg berseri!!!