Wednesday, July 1, 2015

Yang merindu diet di bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Salam Ramadhan

Hai ,  Lama betul kita tak jumpa ...

First thing first , aku dah lama teringin nak cakap balik benda ni...
"Untuk sesiapa yg belum pernah tengok blog ni, sila baca dari bab 1!"
Haha, lepas jugak rindu aku nak luahkan kata2 mutiara ni....

Aku rasa sangat sangat sangat bangga atkins yg dahulunya tak ramai orang tahu sekarang ni dah jadi something yang kita boleh categorikan sebagai phenomena. Dulu dulu kan , kalau nak makan dekat kedai , and aku ambil lauk je , aduh , segan ya amat,rasa macam nak makan bawah meja bagi orang tak nampak . Sekarang ni, mana2 pun kau boleh nampak org makan lauk je and mcm biasa lah , mesti geng2 comel kita jugak kan...

Oh well , i miss you guys so much.. Every single one of you followers taknakgemuk. Thank you so much sepanjang beberapa tahun ni korang jadikan taknakgemuk sebagai rujukan korang..

Ok , jom kita cakap pasal diet di bulan Ramadhan . Pernah aku tulis sebelum ni , tapi saja nak ingatkan korang lagi ... Mana tahu memory korang dah low .. Heh
Dalam bulan puasa macam mana aku diet dulu?
Simple , ratio sahur dan berbuka 2:1..

Maksudnya? Untuk sahur kita ambil dua hidangan atkins , dan waktu berbuka kita ambil 1 hidangan atkins. Aku bagi contoh menu ok.
Katakanlah menu kita 1 ekor ikan dan 1 ekor ayam .
Kalau untuk sahur , kita mesti ambil double . So jadi dua ketul ikan and dua ketul ayam . Jumlah ni boleh dikatakan banyak jugak . Cukup untik beri kita tenaga untuk sepanjang hari sampai lah tiba waktu berbuka nanti. Kalau korang makan sikit , and tengah hari korang beli ayam dalam plastik hitam , ingat2lah tuhan .
2 sajian semasa sahur boleh bantu untuk boost metabolisma kita ..

Semasa berbuka , makan sajian atkins seperti biasa.

Semasa bulan puasa ni , 1 benda korang kena ingat . Air air air. Jangan dehydratekan body tu... Air ni sangat penting dalam menurunkan berat badan... Kalaau air tak cukup , nanti kau jadi tak bermaya ! Badan kau pun takkan burn fat! Sila takut dengan amaran dzul


Remember , dietlah apa jenis diet kau nak buat pun , kalau kau kuat , inshaAllah kau mesti kurus
Aku janjikan lepas ni lebih banyak post dari aku.. Aku akan beri komitmen! Hahahahahaha (gelak kuat)

Iklan sikit ye.. Sekarang ni aku tengah mengumpulkan dana untuk aku bayar yuran pengajian aku yg berbaki lagi 1 tahun , kalaau ada followers yang sudi buat donation , bolehlah hubungi aku di whatsapp 0163241493.. Nanti aku hadiahkan ebook dan softcopy buku aku ye... Segala sumbangan dan jasa baik tuan sy dahulukan dengan ucapan terima kasih dan background lagu sonata musim salju oleh hazami..


Yang merinduimu ,
Dzul

6 comments:

  1. Adik Dzul,

    Dah timbul balik. Yeay.. Suka2 baca entry adik dulu2 dan ikut progress adik dalam atkins ni. Tapi diri ini jer yg still in progress dai dulu wlaupun da beli first batch buku Saya Nak Kurus dari adik dulu. Hahaha.. (ketawa malu2 ni).. Selamat Berpuasa, adik dzul...

    ReplyDelete
  2. Thanks kak sudi follow taknakgemuk dr dulu..
    Bulan puasa ni taknak ambil kesempatan diet ke.. Heheh..
    Selamat berpuasa jugak :)

    ReplyDelete
  3. bolehlah nak cuba diet atkin ni. banyak lagi nak kena baca posting dalam blog ni.

    ReplyDelete
  4. boleh juga ikuti perjalanan saya dalam mengurangkan 20kg ++ dalam masa 12 minggu

    ReplyDelete