Monday, December 20, 2010
Contest Sikit ?
Assalamualaikum... untuk sesiape yang baru masuk blog ni,tgk bab 1 dulu k? sebab....untuk mengelakkan soalan berulang... ade search button disebelah kiri..gunekan sebaik mungkin...please3...bace la sampai habis dulu k...
***********************************************
ntuk meraikan 700 follower taknakgemuk dalam masa setahun taknakgemuk beroperasi , aku dengan rela hati dan dan sedikit riaknya nak buat contest sikit untuk korang..huhu..
Sori aku tak tawu nak bagi korang apebende , jadi , aku beli bende2 yang anak korang boleh maen ... Korang nk watpe dah besa2 nak adiah..haip...
Bukan untk anak je , mak bpknye pn ade adiah gak..tp yg tuh tgk la dlm packaging nanti..
Antara hadiah2nya ...
Jangan persoalkan , dah aku suke binatang wane kuning tuh , aku beli la..lgpun mura..huhu..
Ok..Camne nak menang?
Jawab soalan berikut..
Kenapa Blog Dzul ni Best ?
Jawapan mestilah tidak melebihi 14ribu 3ratus patah perkataan .
Jawapan mestilah dalam bahasa melayu sebab sng aku nk bace..jawapan sume msti dlm bahagian komen .
Pemenang dipilih berdasarkan ayat yang tak memualkan dan menggoda..huhu..xde la, kalau menarik menang la kan?
5 jawapan terbaik akan menang...jawapan2 yang lain tidak tergolong dalam 5 tu dikira kalah dan akan menjadi kenang kenangan sampai bila2...sebarang surat menyurat tidak akan diterima ...huhu...
*******************************************************
Kalau sudi tekan la iklan nuffnang tu untuk tolong taknakgemuk.com ok?
Ok,nanti aku nak letak list blog korang dekat bahagian tepi sane..so,nanti letak link korang dan kite exchange link ok? Untuk nak tahu bile mase aku update n so on,LIKE la Fanpage facebook taknakgemuk ok...
Nak fb aku? khatamkan blog ni dan korang akan jumpe=) Sekian... Spread the words ok? .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Blog Dzul ni Best ?
ReplyDeleteBlog Dzul ni best sebab dia cerita semua dari pengalaman dia kurus sendiri, bukan auta atau jual barang atau apa. Tips dia sangat real, dan realistik (eh tak sama eh?) Tambahan pula dia SANGAT MUDA tapi dah BOLEH BERSYARAH ALA-ALA PAKAR PEMAKANAN. Saya harap dia lulus dengan cemerlang gemilang terbilang then bulehla dia jadi CHEGU sebab dia macam BERBAKAT. Then dia jugak baik, bahasa belog dia sempoi dan kelakar, saya nak komen dan baca pun kurang segan silu. Saya sangat adore dia sebab saya pun nak kurus, tapi tak kurus-kurus jadi makin lurus adalah.
-moga2 menang semangat nak kurus bertambah. (:P ecece bodek lak, haisyh)
ini brg2 mainan kamu ke hape ni..;P
ReplyDeleteeh bile tarikh tutup? nk kena cr ilham dulu nih..;P
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemak aih kjp nye!
ReplyDeleteKenapa blog dzul ni best?
ReplyDeleteBlog dzul ni best kerana isi kandungannya yang padat.. padat dari segi apa? padat dengan ilmu.. padat dengan nasihat.. padat dengan unsur2 jenaka.. padat dengan makanan-makanan lazat. *owh tiba2 terbayang prosperity…T_T…* Isi-isi kandungannya member ilham dan inspira.. eh inspirasi kepada ramai bloggers tak terkecuali bloggers yang chumel yang sedang menaip nih. Ha baca lagi baca lagi, ada lagi.. ada…sape kate dah abih.. *aku pun giler dengan menatang kuning tu beb! My faveret! ;P* eh cuba serius sikit. Peraduan ni weh. Okay2 *buat muka serius skrg*
Kenapa blog dzul best?
Blog dzul ni best sebab dzul tu best. Kalau dah tuannya best sah-sahla blognya pun best. Tak gitu? *err kan da start balik. Serius la weh serius*… okay2. Blog dzul ni best kerana input-input yang terdapat di dalamnya berguna kepada sekalian manusia. Dzul membuka blog bukan atas dasar wang dan bangga semata-mata. Ya.. mungkin dzul bangga.. bangga dengan dirinya yang berjaya menggapai impian.. dzul bukan setakat berjaya menjadi orang yang gemuk huduh kepada kurus bergaya.. malah berjaya menjadi dari insan yang tidak berdisiplin *dari segi pemakanan* kepada yang berdisiplin lagi bersusila.. dzul berjaya melawan nafsu.. Berjaya harungi macam2 jenis makanan enak dan lazat sehinggalah dia sampai ke hari ini! *Wallawehhhh… kalau aku lah! Dah setahun kot aku berazam nak diet tapi smpai la ni belum kesampaian..T_T…*
Berkat kesungguhan dan kesabaran dzul…akhirnya dzul berjaya memperoleh tubuh yang diidamkan..;P *kalau la I tade boipren dah lama kau aku kebas dikkk* ;P dengan kejayaan itulah dzul mendapat ilham menubuhkan blog yang best ni untuk ditunjukkan kepada sekalian makhluk bernama manusia.. especially yang gumuks dan suka makan rubbish..*pemakanan tak senonoh*. Dzul kongsikan semua pengalaman dan pengetahuan dzul kepada semua..satu dunia.. *kalau mat saleh tu tahu baca bahasa pasar kau di blog dik.. mesti dah 7000 followers kau dikkk*.. dzul bantu yang gemuk..yang obesity.. yang perasan dah gemuk padahal tadelah gemuk sgt pun.. yang buncit… yang boroi…dan yang sewaktu dengannya… semua orang kagum dengan dzul.. semua orang ikut nasihat dzul.. semua org ikut cara dzul… kini.. ramai orang dah lose weight hasil perkongsian ilmu dan pengalaman dari dzul…
Sebab itulah blog dzul ni best… dzul senang hati… orang lain pun suka hati… ee sronoklah jumpe blog best nih…;P
Dan yang paling penting… kenapa blog dzul ni best?
Blog Dzul best kerana mempuyai tuan blog yang semart lg hensem. (kipas kipas)…. Ditambah plak dengan followers yang chumel…*blushing*…. Bertambahla best belog dzul…;P
*moga dzul terus berkarya dengan belog + berjaya membukukannya..(=
*moga aku cepat beratkins, cepat kurus.. nanti kalau kawen pakai kebaya pun muat…*aminnnn*
Pendek ceghite… blog dzul memang superb best…!
*eh kwn2 jom follow blog I skali oke..http://maizatul-akma.blogspot.com (promote jap..;P)
p/s: eh dzul tayah la tunggu esok. Umumkan je la pemenang mlm ni..;P nak pooh!
olrite. blog dzul nyh best firstly sebab mase aku tengok name blog 'tak nak gemuk', sumpah berkobar kobar nak bace macam nak bace novel cinta hlovate. *tetiba* Aku khatam bace blog dzul dalam 2 hari. magic takkk? ehek~ Dah laa content best, penuh dengan lawak antarabangsa. siapa yang bace MESTI gelak ataupon at least tersenyum, kalau takkk, sah sah ade masalah urat di mulut. lepas tuh, even banyak lawak, blog ni penuh dgn informasi berguna buat orang-orang yang berangan nak pakai baju cantek, yang berangan nak orang cakap kat dia "ehh, ko dah kurus. serius!", yang berangan nak orang tengok dy 2 3 kali sebab dah kurus dan jugak yang berangan nak pakai baju kurung mase form 1 sedangkan dy dah 20 tahun (eh aku la tu!)erm, lagi kenape ehh blog dzul best? sebab blog ni ade aura yang sangat meng'inspired'kan orang untuk eat healthy and stay healthy. content yang senang difahami dan mudah untuk diikuti. lepas tuh, blog ni jugak lah yang dapat mengumpulkan pembaca-pembaca yang punya semangat yang kuat untuk menurunkan berat badan di samping nak badan sihat, lantas wujud satu medium untuk semua pembaca sama-sama berkongsi pengalaman dan gaya pemakanan. last but not least, i thank to you my dear dzul sebab because of dis blog, I LOST BOUT 10KG IN 1 MONTH! (ehh pehal tetibe speaking? jangan tolak markah ye.. ehehehe)
ReplyDeletenk join gak....hehehe
ReplyDeletesaya suke bacer blog dzul sbb bloog nie sgt best.....simple...sweet n coolzz..dpt hlgkn stress smbil ambik tip2 yg menarik..=)
thankz....
aku bole join x derr?hahahaa
ReplyDeleteKenape blog Zul ni best??
ReplyDeleteSebabnye..
haa Zul, meh sini bace molek2 eh pe yg bakal ditaip nih :P
K...1st skali..blog ni sangat unik dan ikhlas sebab niatnye adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan, dengan cara yang selamat dan berkesan.. Yang penting, Zul sebagai pemilik blog nih sendiri pon dah berjaya mengurangkan berat badan dalam tempoh yang sememangnye mengagumkan ramai orang.
Selain tu, ape yang buat saye tertarik dengan blog nih sebab cara penyampaian Zul yang boleh dikategorikan sebagai sempoi lagi bersahaja yang mane boleh membuat saye tersengih2 bile bace entry2 kat blog ni.hohoho.Secara automatik, bukak blog nih, senyum je memanjang ( chewahhh :P )
Lepastu, blog nih banyak bagi inspirasi untuk mereka yang menpunyai masalah berat badan tu untuk slim down. Bagus betul. Ape yang penting, blog ni tak mengenakan ape2 bayaran pun malah tips2 yang ade kat sini memang bagus dan berkesan sebab ramai yang dah berjaye turunkan berat badan ;)
ape2 pun, harap zul teruskan penulisan blog nih..saye pasti ramai yang suka blog nih.. :) keep it up zul!! :D
ala, sok ke tarikh tutp... x sempat la nk karang gempak2
ReplyDeleteJawapan soalan Kenapa Blog Dzul ni Best..
ReplyDelete1.Saya salah seorg pendiet atkins,blog dzul yang satu2 nye atkins bahasa melayu.
2.Cara penulisan agak melucukan,buat saya tergelak membaca.so..tak boring baca blog dzul..sehari mau 5-7 kali buka (baca topik yang sama)
3.Banyak info2 yang bagus untuk atkins
4.Blog dzul ni banyak bantu saya jadi slim sikit (sebab baru start).
5.NAK MENANG HADIAH... (melawak je)
pat pagi. x leh tido. aku jenjalan tetibe sampai sini. ada kontes lak. dah la adiah2 comel. layankan je ah. manataw menang boleh aku taqbur.
ReplyDeletekenapa blog ko ni besh?
er, pasai ramai awek suke kot?
awek pulak dari pelbagai kategori.
mak orang, anak orang, cucu orang, anak sedara orang, kawan orang, adik orang, kakak orang, gelfren oranga, isteri orang, dan, err, pengkid orang (???)
so, best-lah sebab awek suke.
kenapa best bila awek suke?
sebab kita akan rasa hensem.
dan lelaki lain akan rasa jeles dekat kita.
dan awek2 pun mesti akan cuba mendapatkan kita.
cube terai mintak nmor telefon dgn awek2 sekalian. dapat tak? kalo dapat, bak datang ye.
sekian.
sekejapnya due date..
ReplyDeletejawab jelah terus.. hehehe
Kenapa Blog Dzul ni Best ?
Sebabnya blog nih adalah pengalaman sebenar seorang jejaka bernama Dzul..ecece.. tentang menurunkan berat badan. Kalau bab turun berat badan, pompuan mana yang tak suka baca kan macam akak nih ha.. ;P
Akak berterima kasih jugaklah kepada teman yg promote blog Dzul nih sebab bagi info kat akak macamana nak turunkan berat badan dengan makan je..
Blog nih juga best sebab banyak info ttg pemakanan dan pantang larang semasa menjalani Atkins..kat blog nih saya berkenalan dengan Atkins..sampai jatuh cinta.. heee..Akak tak jemu2 nak jenguk sini dan baca entri yg lama2 dari 1st entry.. menaikkan semangat betul walaupun time tuh tgh down nak makan nasi.. huhuhu..
Apapun, thanks to dik dzul sebab berkongsi pengalaman.. Akak pun suka sangat yg warna kuning tuh.. hee.. akak nak pooh.. :D
Salam Superdzul and semua atkiners,
ReplyDeletekenapa blog taknakgemuk best? first time akak jumpa blog superdzul, masa google2 cari petua kurus secara sihat,..terus teruja bila tgk superdzul boleh kurus dr besar buah kelapa jd kecik mcm bola ping pong, bila ikut diet ATKINS,so terus akak khatam semalaman jer semua bab kt blog superdzul ,..esoknya diet terus on, hehe,..semangat laa katakan and teruja,..just follow low carbs food list yg disuggest oleh superdzul.pi sopping makanan low carbs,as simple as that jer,..becoz pada akak no harm trying,..lagi pun diet secara sihat, makan 3x sehari, dan tak payah berlapar.time induction sgt penting untuk ketosis.alhamdullillah after 115hari akak berjaya turun berat dr 66kg jadi 55kg.
Tips Superdzul sgt2 membantu utk kita tau secara ringkas dan mudah apa itu ATKINS in a simple words.Thank you very much SUPERDZUL.
wink! wink!
Kenapa Blog Dzul ni Best ?
ReplyDelete[B]agus untuk dibaca seisi keluarga,
[L]embaran baru untuk orang gemuk seperti saya,
[O]lahan menarik dan santai juga,
[G]amit aspirasi untuk sihat sentiasa.
[D]ah memang best nak buat macam mana,
[Z]ebra di zoo pun terhibur membacanya,
[U]lasan tentang Atkins diet dengan gaya bersahaja,
[L]agipun sarat dengan tips diiringi jenaka!
[B]erbekalkan pengalaman yang terbukti nyata,
[E]mpunya blog berkongsi cerita,
[S]isipan ringkas dan update sentiasa,
[T]atapan terbaik untuk 1Malaysia!
petite_penguin_golek2@yahoo.com
i like pooh...uwaaaaaaaaaaaaaa...
ReplyDeletedah tutup ke blm contest nih????
ReplyDeletearini dah nk tutup tarikh contest ke?if let say dah terlepas takpe..cume berkongsi ape yg akk rase ttg blog dzul
ReplyDeletenape ekk blog ni best??
sebab utama adalah blog ni telah menyebabkan akk tak jadi order HERBALIFE..mmg kesah bnar ni..akk dah msg2 ngn dealer dah nk order..skali terjumpe blog ko..n akk realize yg tak sume org blh kurus dgn bantuan alat pernafasan..opp..silap..dgn bantuan ubat2 ni sume..lagipun akk nk diet utk sehat..takmo stakat kurus esok lusa kna penyakit..pnat jela diet nnt..
sebab kedua adalah kerana blog ko mmg KNA BACE DARI BAB 1..maka bagi akk yg baru start bace bulan dec ni,,gigihlah abeskan hampir setahun pnye catatan..tpi mmg respect..setiap entry sgt membantu dlm proses kurus..
3rd sbb ko inspirasi akk..betapa seksa bile gumuk n seksa lagi bile org selalu ingt akk ni kakak..n kakak akk tu adik..pdahal dh beranak 1.cess..
sebab terakhir sbb akak ckgu n akk kagum ko bercita2 tinggi nk jdi ckgu..meh2..skolah akk tak rmai ckgu laki hensem...hehe..
smoga akk mampu kurus seperti ko dikk..
nak join jugaklah.........hurmm...
ReplyDeleteKenapa Blog Dzul ni Best sebabnya dzul memberi sumber inspirasi dan semangat yang berkobar-kobar kepada mereka yang obesiti termasuklah akak untuk turunkan berat badan. Huh! Semangat nie nak mula... dan buat kan akak rasa x sabar2 sangat nak mula coz baru la hari nie aku jumpa blog nie...(ruginya rasa....) n akak lupakan keje yang bertimbun nak kena wat ri nie semata-mata nak khatamkan blog nie dan
semestinya......"AKU TAK NAK GEMUK!!!"
Tak tutup lagi..Friday tutup...cepat2 ampu dzul..huhu..
ReplyDeleteKenapa blog Dzul best?
ReplyDelete1. Start kenal blog Dzul
Memula kenal blog Dzul ni, tetiba je dlm ruangan komen blog Lia ada manusia ni suruh g tengok blog dia... Kita yang excited terlebih sebab takde orang pun sebelum ni yang komen kat blog kita, terjahlah blog Dzul ni. 1st time tengok and baca, tergelak sorang-sorang. Pastu asyik kena marah je sebab tak baca bab 1. Terus nak cari tips kurussss capet memanjang.. Badan dah terlebey sudah, kenalah cari penyelesaian yang cepat,ye dak.. Tapi Dzul marah...sila ke bab 1...haha
Lia siap copy , past and print apa yang ada dalam blog Dzul ni supaya Lia boleh remindkan diri Lia untuk sentiasa berdiet dengan atkins diet. Tapi tahan setengah hari je boleh pastu hancurrr!!...Tapi Lia tak putus asa, blog Dzul sentiasa ku baca tiap2 hari dan kata2 dlm blog mmg sempoi habiss!!Lia rasa Lia boleh kurus sbb baca blog Dzul ni sbb badan Lia bergegar2 sbb menahan gelak (ye lah...baca kat ofis. Kang gelak kuat2 orang marah pulak.)
2. Layout blog:
Pastu blog Dzul ni tukar pulak layoutnya... Gambar tolurrr..terbayang gmbr badan sendiri macam tolurr... Bulat bulat... hahaha... So, sendiri mau ingatlat.
Tapi skrg jangan main2. Follower je lebih 700 orang.. Wah...mmg menakjubkan.
3. Program.
Pasal program ni bukan ape. Bagus Dzul ni.berwawasan. Sebab pakcik ni dah glamer, dia tubuhkan pulak kelab tak nak gemuk. Dengan t-Shirt sendiri, le ni buat pulak GA camni. Wah..syok jugak.. Menghargai peminat gitu...
4. Akhir kalam... Lia berusaha jugak untuk dapatkan berat unggul. Cam kakak Dzul dan Dzul sendiri. Harap2 Lia ada kekuatan ..:)
kenape blog dzul best?
ReplyDeleteakk rasa sbb gaya penulisan blog sgt sempoi..bahasanye mudah nk faham.
akk suke informasi yg dzul sampai dlm blog ni
(n dzul suke ingat kn pembaca yg baru pertama kali menjengah blognye utk membaca DARI BAB 1 dlu hu hu hu)
yg akk dpt perati n baca...boleh dikatan tukang2 komen dlom blog dzul jugak ade memainkan peranan penting dgn MENOLONG MENJAWAB PERSOALAN2 yg diajukan oleh pembaca2 blog ni...dgn itu secara xlangsung..dzul mudah nk kendalikan pembaca2 blog ni.
akk kagum dgn usia muda dzul..mampu jlnkn selidik terlebih dahulu utk diet ni n SUDAH MENCUBA dgn jayanye baru la dzul yakin utk mengajak kami2 yg xmo gemuk ni sama2 mengamalkan diet atkins kerana ianye mmg BERKESAN dan betul2 DIET yg sihat (walaupun kdg2 akk ni tipu gak mkn CARB lbh hu hu hu)
selain dr tu, dzul jugak ade tempah tshirt taknakgemok.com (akk dh beli dh pkai td) di mana bile akk baca ayat2 yg tertera di dpn baju tu..akk rs amat terkejut rupe2 nye bnyk lagi kesan sampingan apabila kite gemuk n akk xmo gemuk..seriyes..
akk rs tu jek kot kenapa AKK RASA BLOG DZUL NI BEST..
P/S akk nk gak hadiah hu hu hu...xdpt yg beso....yg kecik pun jd le...
sekian ikhlas dr akk ye adik dzul..slmt menilai penulisan akk ni
hahaha.
ReplyDeletedzul. aku selalu bace je blog kau. tak penah2 rajin nak komen. keh3.
tapi oleh kerana aku rase aku nak join contest ko neh. aku tetiba rasa suke ngan binatang warna oren tuh.
kenapa blog dzul best? (best ke?) ha ha ha.
ta tau lah. tapi aku suka baca. dari dulu lagi. sebelum ko ada tak nak gemuk ni. suka baca. sbb aku boleh gelak-gelak kan kau. ha ha ha.
dan sekarang. blog kau masih boleh aku gelak-gelak. tapi agak ada ilmu lah. tentang bab carbs. tentang kurus-kuruskan badan neh. jadi aku ada lah amik sikit2 tips. sbb aku tamau la kurus sangat. sedang2 ok. ha ha ha ha.
itu ja kot dzul. good luck !
p.s : sila dengar cakap cikgu tau. ha ha ha. :)
Salam, tumpang lalu.
ReplyDeleteDzul ada gambar diri yang terkini tak? lebih cantik kalo diletakkan di blog ini bagi membakar semangat orang2 yg nk kurus mcm saya nie..tq!
aiyooo , terima kasih la abg zul ( layak dpnggil abg kn??) sbb mmg da berhasil lah !
ReplyDeletelg semangat nk buat nih ! aku atkien da sminggu stengah , kire ok laa sbb aku xbuat btol2 ,, nasik aku tibai , karbohidrat mmg agak trok lah , xkawal sgt , kdg2 je . tp alhamdulillah la , da turun 3.8 kg . terima kasih yep :)
salam..
ReplyDeletebest sbb sgla info n nasihat di berikan spt sseorang pakar pemakanan a.k.a pakar nutrisi..
tq
dzul.. leh ke kalo nk makan in between meals? sbb kat diary tu ade bekpes, lunch dinner. tp kalo in between lunch ngan dinner aku nk makan lg xpe ke?xkan xde maksimum kalori boleh consumed?
ReplyDeletebtw, ni first time aku bukak blog ko nih..best gler n very informative. i like!!